May 2008


“Saya orang Pak Lah! Saya sedang membawa dana Kementerian Kewangan 5 juta untuk Inpens”

Gambar: Takril Tasuki, Pengurus Besar Yayasan Selangor

Oleh Zamlan Arabi, Ibnu Khuzaimah

Pada 24 April 2008 satu surat ’umum’ arahan dari Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri agar Pengurus Besar Yayasan Selangor memberi kerjasama terhadap kemasukan Kolej Inpens yang diketuai Dato’ ’Nana’ Mydin dan ’Nana’ Dr.Aziz ke Kampus IKYS yang menyebabkan suasana agak tegang berlaku.

Bagaimana Inpens yang banyak hutang dengan Yayasan Selangor boleh ’telan’ IKYS? Lebih ’tegang’ lagi apabila budaya pelajar Inpens membawa imej ’International’ ke Kuala Selangor yang sebelumnya aman tenteram dan agak kekampungan kerana biasanya pelajar IKYS adalah lelaki disamping penekanan saksiah keagamaan sepanjang berkursus di IKYS.

Staf IKYS naik pusing kepala kerana keputusan yang dicatatkan pada kertas minit berbeza dari segi perlaksanaanya. Akibatnya ada ’kaduk dah naik junjung’ yang memanipulasi pengurusan ’lembam’ ibu pejabat Yayasan Selangor.

Sejak pemerintahan BN lagi sudah diberitakan IKYS dipindahkan ke Pusat Pertumbuhan Desa di Bagan Terap dengan projek pengubahsuaian lebih kurang RM7.2 juta yang diuruskan oleh kroni bekas MB melalui Yayasan Selangor.

Ini kerana sudah dihebohkan kampus IKYS akan dijadikan Sekolah Bestari Yayasan Selangor kendalian Kementerian Pelajaran. Pusat pertumbuhan desa sebenarnya di ‘design’ bukan untuk tujuan pendidikan tetapi memandangkan ia kawasan mantan MB Khir Toyo, maka kaedah ‘build first justify later’ digunakan.

Apabila tarikh pilihan raya dalam ramalan, justifikasi mesti dibuat untuk mengelakkan ia jadi gajah putih sambil mendapatkan dana pilihanraya serta ‘mileage’ politik. Itulah antara sebabnya peti undi Bagan Terap dalam DUN Sungai Panjang dalam PRU12 tidak mendapat kesan tsunami malah memihak ’gila’ kepada bekas MB.

Inpens sebenarnya tidak ’float’. Sebelum ini sudah beberapa kali berpindah randah. Dari Kelana Jaya, Maxi Segar dan Pualu Indah. Semasa di Pulau Indah ini, sekumpulan lebih 20 orang staf Inpens diselamatkan dan diserapkan antaranya ke Unisel kerana Inpens dikatakan tidak mampu kewangannya. Perkara ini boleh disahkan oleh ramai orang. Hairannya, apabila staf lama dikeluarkan Inpens mengambil pula staf baru yang sama jumlahnya.

Inpens yang ’sesak’ nafas kerana pelbagai masalah di Kampus Pulau Indah mendapat durian runtuh apabila diarahkan berpindah ke Kuala Selangor. Presidennya Dato’ Mydin dan CEO nya ‘Dr’ Aziz yang kedua-duanya ’Nana Tanjung’ bermain mata dengan orang-orang besar di SUK, bergegas ke Kuala Selangor bukan sahaja membawa imej koperat malah politik dengan pengakuan “Saya orang Pak Lah! Saya sedang membawa dana Kementerian Kewangan 5 juta untuk Inpens”di hadapan staf IKYS. Kecut perut staf marhain IKYS!

Berkemungkinan besar beberapa ’top gun’ GLC malah di SUK Selangor semasa zaman DS Dr Khir bukan dipilih atas kehendak MB tapi diarahkan dari Putrajaya dan team-team tertentu dalam UMNO! Itu sebabnya bekas MB sentiasa panas punggung dengan kebocoran pelbagai maklumat yang dianggap sulit.

Buktinya lepas PRU12, tone warna kem-kem dalam UMNO menjadi semakin jelas dan rakyat boleh membuat telahan sendiri.

Bersambung..

Setelah melayari satu blog baru, yang menawarkan secara khusus intisari perjuangan dan kisah Ezam Mohamad Nor semasa di luar UMNO, jelas kelihatan Ezam bagaikan dalam keadaan yang sukar untuk meneruskan agenda masa depan politiknya.

Pelbagai kisah menarik yang mengimbas kembali perjalanan hidup Ezam Mohamad Nor sebelum kembali kepangkuan UMNO. Memahami apa yang dipaparkan di blog ini, Ezam tidak lebih sebagai lebihan kepada perjuangan yang dibawa oleh Pakatan Rakyat.

Maka tempat yang tinggal hanyalah UMNO. Ezam tiada pilihan. Mungkin juga Ezam terperangkap dengan keegoannya sendiri. Semasa diluar UMNO, tidak ada satu kebaikan UMNO pada mata Ezam. Apa yang beliau tidak kata kepada umno? Apa yang beliau tidak tuduh kepada Pak Lah? Apa yang beliau sebut kepada Khairy? Apa yang beliau tak kutuk kapada Najib?Layari blog ini.
Nallakarupan, sekutu baru ezam??

Seperti tersiar di Tranungkite,

Perlukah BPR menyisat perkara ini? Khabarnya anak Ghani Patail ini baharu sahaja mendapat ijazah undang-undang dari Uitm.

Oleh Ibnu Khuzaimah

Setelah tiga tahun pertikaian berlanjutan, setelah berpuluh juta wang ringgit dibayar sebagai tol kepada Grand Saga, kini baharulah perjuangan rakyat marhaen terbela. Sekurang-kurangnya buat sementara.

Berasaskan perkiraan 10 ribu kenderaan melalui laluan ini seperti dilaporkan berita TV 3 iaitu 90 sen, hitunglah sendiri jumlah yang masuk kantong Grand Saga.

Akan tetapi nilai sebenar yang dibayar bukan 90 sen. Laluan yang semakin jauh untuk membuat pusingan U, kesesakan dan tekanan atau stress yang ditanggung oleh pengguna atau penduduk BMC.

Kini setelah Selangor dipimpin oleh kerajaan baru Pakatan Rakyat, suara marhaen dalam isu ini semakin jelas dan nyata. Bersama wakil rakyat dan exco, mereka terlibat di padang menolak batu penghalang yang berpuluh tan beratnya.

Kerajaan negeri melalui Menteri Besarnya perlu menulis surat agar menteri yang menjaga jalan campur tangan menyelesaikan masalah. Tan Sri Khalid Ibrahim juga mendesak agar pihak terlibat menyelesaikan masalah dengan mengambil kira kepentingan rakyat.

Bukan sekadar peluh, airmata malah darah juga turut menitis untuk membela sekelumit hak sebagai rakyat marhaen. Keberanian rakyat sekali lagi menang buat sementara sehingga semua permasalahan terurai antara pemaju Narajaya Sdn Bhd dan Grand Saga.

Penggunaan pasukan FRU gagal menundukan keazaman dan keyakinan penduduk BMC. Malang sekali tindakan kerajaan pusat amat perlahan. Kehendak rakyat dipenuhi setelah peluh, airmata dan darah menitis. Sikap lewa ini antara faktor yang menjadikan rakyat tidak memihak kepada kerajaan BN lewat PRU 12 yang lalu.

Agak jelik menonton berita TV 3 bila menteri jalan mengumumkan pembukaan sementara ini seolah-olah kemenangan besar bagi mereka, bertepuk, bersorak dan menjulang tangan pak menteri jalan, Dato Mohd Zin Mohamad. Terlupakah betapa sukarnya rakyat marhaen berjuang mendapatkan hak mereka.

Dunia mentertawakan cara Malaysia ini. Bayangkan sebuah syarikat besar bertanding membina dan meruntuh benteng batu yang besar sehingga 3 kali. Rakyat marhaen terpaksa menghadapi kehebatan kuasa pihak berkuasa. Terpaksa menghadapi semburan gas pemedih mata dan kini ada pula yang disiasat atas dakwaan cuba membunuh.

Peristiwa di atas adalah refleksi kebejatan pembangunan. Pembangunan yang dilaksanakan tanpa koordinasi dan perancangan dan meletakkan keuntungan sebagai paksi. Pihak-pihak yang terlibat perlu dipersalahkan. Pejabat Tanah, Majlis Perbandaran, syarikat terlibat dan lain-lain yang semberono tindakannya.

Perlu diingatkan, dimasa hadapan,terutama negeri Pakatan Rakyat hendaklah mengambil kira pihak ketiga, iaitu rakyat pembayar cukai atau pengguna penyumbang hasil dalam melaksanakan projek-projek awam terutamanya penswastaaan. ST

Banyak lagi projek awam yang dilaksanakan dengan tidak mengambil kira pihak ketiga. Kebanyakan projek awam ini menjurus kepada pengswastaan. Rakyat marhaen lah yang menanggung derita akibat perlaksanaan yang tidak mengambil kira pengguna.

“Saya tahu siapa Mat Ezam ini. Dua tahun saya berkongsi satu sel dengan dia. Ezam bukan Mat Ezam poyo. Dia bukan pengkhianat. Garis Mat Ezam sampai hari kiamat pun tidak akan mengkhianati garis perjuangan yang menjadi akidah hidupnya”.


Shaid Rosli, Berwajah Malaysia Baru - UMNO baru sama waktu dengan Kadeik Sheikh Fadzir, Zam Maidin dan yang sewaktu dengannya.
Penipuannya : Dalam laporan kepada polis terhadap kerajaan Selangor, dia berkata bahawa dia penganggur dan tidak bekerja sedangkan dia adalah seorang usahawan yang berjaya. Disebutkan sebagai bekas pelajar UITM. Pelik, belajar tinggi, jadi pembohong yang semberono.

Khir Toyo, berwajah macho dengan gelaran baru budak macho Sungai Besar. Dulu wajahnya tidak secerah hari ini, hidungnya juga tidak semancung hari ini. Penipuannya kepada seluruh rakyat Malaysia; kulitnya menjadi cerah kerana makan tempe. Beribu-ribu rakyat Malaysia tak kira melayu, jawa, banjar, mendeleng dan sebagainya makan tempe. Tokeh tempepun tak jadi putih kulitnya.

By drrafick

First of all, I would like to thank the Good Samaritan that drops the envelope containing Balkis Constitution into my mailbox. It would have been better if you had leave your name and telephone number so that I could thank you personally.

I have been trying to get my hand on the constitution from the day, the Balkis issue erupted. I had even written to Dr Khir Toyo but was not given a copy. For the benefit of all readers I am going to extract the relevant piece of information from the constitution that seems to be an issue with the office bearers and the State of Selangor. Please bear in mind, when you read the constitution that I had not verified with ROS Selangor, whether this is indeed the updated copy of the constitution. read more

Alahai Yayasan, Alahai INPENS

Oleh Ibnu Khuzaimah, Zamlan Arabi.

Peristiwa kejayaan Pakatan Rakyat yang paling “pelik” ialah kejayaannya memerintah Selangor. Kejayaan ini mungkin dikaitkan dengan pemikiran demokratik yang semangkin meningkat di kalangan penduduknya yang terdiri daripada pelbagai kaum dan kelas sosial.

Memenangi dan mengisi kemenangan adalah cerita berbeza.

Antaranya ialah wawasan Tan Sri Dato’ Menteri Besar untuk membantu para belia di negeri ini mengisi dan mewujudkan pasaran pekerjaan melalui pakej latihan kemahiran yang mempastikan belia yang dilatih ini mampu mencapai gaji minima RM1500 hingga RM2000 amat disanjung tinggi.

Pakej ini mula digerakkan bermula dengan 145 belia DUN Ijok telah di “motivasikan” oleh Yayasan Selangor di Kem Ampang Pecah pada 13 -15 Mei yang lalu. Maklumat yang diterima kesan dari program tersebut kurang memberangsangkan dan tidak mencapai objektifnya yang berkemungkinan disebabkan modul yang tidak sesuai.

Ini bermungkinan “impian” MB baru Selangor tidak di fahami dan dihayati oleh agensi di bawah pentadbirannya kerana mereka daripada ‘parti dan kiblat’ yang berbeza atau ia digerakkan oleh orang yang tidak kompeten dalam bidangnya atau melakukan tanpa penghayatan.

Lantaran kegagalan pusingan pertama ini, pakej kedua ditangguhkan. Pakej kedua ditangguhkan sehingga modul yang lebih ‘original’ dan disediakan oleh orang yang lebih ‘profesional’ disediakan.

Lebih baik berundur setapak untuk maju beratus tapak. Terkini diberitakan pakej kedua akan dilaksanakan di Dewan Harmoni, DUN Ijok pada 8 Jun 2008 akan datang..

Para belia ini sudah dimotivasikan, akan dilatih dengan pelbagai kemahiran oleh samada Kolej Inpens “International” (INPENS), Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS), KUIS dan UNISEL mengikut kecenderungan kerjaya mereka.

Perlaksanaan wawasan sebegini hebat lagi murni biasanya melalui perancangan yang teliti, mempunyai keesahan yang tinggi dan yang paling penting diterajui oleh pakar pembangunan sumber manusia yang bergeliga dan ikhlas.

Langkah pertama untuk memenuhi tuntutan ini dapat dilihat dengan menstruktur semula agensi kerajaan negeri yang berkaitan dengan pendidikan dan modal insan.YB Dr Halimah Ali sebagai EXCO berkaitan, amat proaktif dalam menjayakan wawasan ini.

Beliau bukan sahaja membawa imej dan wawasan MB malah Pakatan Rakyat secara khusus. Tergambar segala keindahan Manifesto PR. Melalui lawatan samada yang diatur atau bidan terjun ke agensi berkaitan. Menganalisis gaya ucapan beliau terpancar satu harapan baru ke arah pendidikan lebih seimbang dengan tuntutan duniawi dan ukhrawi.

Taklimat demi taklimat diadakan oleh para Pengurus atau dan Pengurus Besar tentang kehebatan organisasi masing-masing, tak ketinggalan Yayasan Selangor.

Status quo

Apabila pulang, biasanya banyak ’homework’ yang hendak dibuat termasuk menyusun status quo ’key personel’ supaya perlaksanaannya bukan sahaja teratur malah memberi kesan membanggakan kepada semua pihak dan dicemburui oleh pihak lawan yang sudah 50 tahun memerintah.

YB Dr Halimah Ali secara logiknya sudah bersedia untuk membawa segala cadangan ke mesyuarat EXCO agar program tersebut dapat dilaksanakan dengan segera sekurang-kurangnya dalam tempoh 100 hari PR memerintah.

Maka pada tanggal 15 Mei 2008, untuk merealisasikan wawasan tersebut diberitakan Kolej Inpens disahkan oleh SUK mengambil alih kampus IKYS di Kuala Selangor walaupun sebenarnya ia telah diputuskan sejak pemerintahan Mohd Khir Toyo.

Sepanjang tahun 2007 agak jenuh juga orang-orang Kementerian Pelajaran berulang alik ke IKYS gara-gara wawasan DS Khir untuk menjadikannya Sekolah Bestari Yayasan Selangor di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran melalui kempennya ketika pilihan raya kecil DUN Ijok Walau bagaimanapun program ini dibatalkan kerana masalah teknikal yang memang rumit.

Tiba-tiba kini Kolej Inpens muncul dan menghantar secara ’express’ Institut Kemahiran Yayasan Selangor ke Padang Terap. Perpindahan kali ke 4 dalam tempuh tidak sampai 10 tahun. Setiap kali perpindahan kos menelan berjuta ringgit. Manakala Inpens pula berpindah buat kali yang ke 5.

Keadaan menjadi haru biru. Kemasukan Kolej Inpens mengambil tempat IKYS dengan kadar kesegeraan yang superfast, seperti ada sesuatu yang tersirat dari yang tersurat kesan arahan bersurat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor kepada Pengurus Besar Yayasan Selangor.

Bersambung..
Siapakah Inpens?
Siapa Nana Maidin? Siapa Takril, bekas ADO yang terlibat dalam kes tanah/senapang patah di Kerling, Apakah dosa IKYS. Mengapa keputusan Peperiksaan pelajar Yayasan Selangor merosot?

May 28, 08 10:50pm

Golongan miskin berpendapatan bawah RM1,500 sebulan di Selangor akan mendapat bantuan beras bagi menampung kenaikan harga makanan ruji itu, kata exco kebajikan negeri Dr A Xavier Jayakumar.

“Kita akan beli RM500,000 beras untuk diberikan kepada golongan miskin dalam negeri Selangor,” katanya di sidang media bersama menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selepas mesyuarat exco negeri di Shah Alam petang ini.

“Dengan kenaikan harga-harga komoditi di Malaysia, (pemberian) ini memberi sedikit pertolongan pada penduduk Selangor (yang berada) dalam kemiskinan.” Read more


Skandal ‘bunga annuals’ dengan DBKL

Oleh Harun Muda

MUNGKIN ia boleh dianggap skandal, atau mungkin juga ada unsur-unsur rasuah yang perlu disiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR) kerana banyak pihak sudah mula sangsi. Jika ia bersih dari skandal, atau rasuah, sekurang-kurangnya pembayar cukai dimaklumkan.

DBKL jangan takut-takut bertindak kerana setiap sen wang yang dibelanjakan perlu dipertanggungjawabkan. Jangan terpedaya dengan janji-janji palsu kontraktor dan sekaligus menganiaya peniaga-peniaga lain yang betul-betul berniaga dan mematuhi janji dan perjanjian.

Satu sumber dalaman Kementerian Wilayah Persekutuan, Putrajaya memberitahu – sepucuk surat dari sebuah syraikat yang mendapat sokongan Perdana Menteri dikatakan menulis kepada Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique yang berbunyi;

KAMI JAMIN BUNGA DAN WARNA BERKEMBANG SETIAP HARI, SETIAP MASA DI SEKITAR KAWASAN STRATEGIK SELURUH PUTRAJAYA DAN KUALA LUMPUR

Hari ini, bukan sahaja ‘bunga-bunga annuals’ itu dilihat layu dan kering, malahan ia tidak diganti seperti yang dijanjikan. Apakah Kementerian Wilayah Persekutuan dan DBKL terus membayar kepada kontraktor yang jelas menipu ini?

Dari rakaman foto-foto ini, jelas Kementerian Wilayah Persekutuan dan DBKL membayar harga bunga kering dan layu. Pemandangan ini jelas mencacatkan pemandangan Kuala Lumpur yang menerima tetamu-tetamu luar kerana sikap ‘lepas tangan’ kedua-dua pihak ini yang amat dicurigai.

Menurut sumber itu, sekitar RM7 juta dibayar kepada kontraktor itu untuk tempoh setahun kerana janjinya merekabentuk, framing/edging, maintenance termasuk membaja. Kontrak ini dipercayai berjalan selama 3 tahun.

Apa yang kontraktor ini tidak bertanggungjawab ialah jika berlaku bencana alam seperti banjir, rebut, kecurian atau vandalism. Tetapi bila pokok-pokok bunga ini kering dan layu, di mana tauke yang sepatutnya bertanggungjawab terhadap janjinya itu.

Apakah DBKL dan Kementerian Wilayah Persekutuan tidak boleh bertindak atas ‘mungkir janji’ ini dengan membatalkan kontraknya dan memberikan syarikat lain yang lebih mampu memenuhi tugas dan tanggungjawab memperindahkan Putrajaya dan Kuala Lumpur tanpa membiarkan bunga-bungan ini layu dan kering.

Antara janji yang tidak dipenuhi seperti ; ‘pihak kontraktor akan membuat pusingan (rotation) terhadap pokok-pokok setiap bulan dan pokok dihantar semasa dalam keadaan 30%-50% berbunga. Ini bermakna pokok-pokok akan 100% berkembang/berbunga di kawasan yang ditanam itu untuk ‘display’.
Pokok yang dijanjikan dari jenis mutu tinggi (biji benih dari Jepun atau Amsterdam) banyak bunga serta ‘bushy’ dan dibekal dalam pasu atau polybag.

Antara jenis-jenis pokok itu ialah Celosia Red, Marigold Yellow, Marigold Orange, Vinca dan Gomphrena Globosa. Apakah sudah tiada lagi bunga Malaysia atau bunga yang mampu hidup disamping memberi oksijen kepada kehidupan kotaraya yang yang bernafas dengan asap?

Lebih menarik, kontraktor ini berjanji “jangan bayar kami jika bunga tidak berkembang, setiap masa, setiap hari setiap bulan, sepanjang tahun”. Kalau kering dan layu pun dibayar, maknanya ‘wang itu dibayar kepada siapa?’

Setakat ini bukan di Kuala Lumpur dan Putrajaya sahaja bunga-bunga kering dan layu dibiarkan sehari-harian malahan di Langkawi, Pulau Pinanng, Melaka, Johor dan Selangor juga didakwa terdapat kontraktor ‘menanam bunga kering dan layu’.

Kontraktor ini sepatutnya tidak perlu bercakap besar, janji besar, mohon kontrak yang besar walaupun berbadan besar kerana ‘penipuan yang dibuat secara terang-terangan’ seperti ini tidak akan memberi faedah kepada negeri, PBT dan Negara.

Kebanyakan kontrak-kontrak dibuat secara runding terus dan diminta BPR tidak membiarkan sahaja isu ini berlanjutan.

related links

DUN Selangor Luluskan Peruntukan Tambahan 127 juta.

Dewan Undangan Negeri Selangor hari meluluskan sejumlah RM127,483,000.00 bajet tambahan peruntukan pembangunan bagi tahun 2007. Bajet tambahan ini bertujuan menampung pembayaran pelbagai peruntukan, Jabatan Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Perbendaharaan, JKR serta sejumlah peruntukan perbendaharaan luar jangka, di bawah Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2007) 2008 , semua peringkat.

Peruntukan ini antara lain menampung kekurangan akibat keborosan dan terlebih belanja kerajaan yang lalu pimpinan Khir Toyo. Dengan kelulusan ini pelbagai projek yang dilaksanakan oleh kerajaan yang lalu terutama semasa PRU ke 12 akan dapat dibayar dengan segera.

Selain itu usul perlantikan Ahli-ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Kerajaan negeri Selangor juga telah diluluskan. Usul perlantikan JK Pilihan Khas mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Special select committee and Transperancy - SELCAT) juga diterima sebulat suara tanpa bantahan ahli- ahli Dewan.

Selangor haramkan Islam hadhari

Kerajaan Selangor telah mengarahkan pengharaman sebarang program untuk menyebarkan Islam hadhari, tafsiran agama yang dikembangkan sejak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri.

Pengerusi jawatankuasa hal ehwal agama negeri Datuk Dr. Hassan Mohamed Ali berkata, semua masjid dan surau diarah tidak lagi dibenarkan mengadakan program yang menyentuh konsep Islam yang diperkenal sejak empat tahun lalu.

“Kita haramkan Islam hadhari di Selangor ini kerana Islam yang kita amalkan dulu dan hari ini tidak berubah dan sudah cukup.

“Oleh yang demikian, kita mahu sandarkan ajaran Islam sebenar untuk memerintah Selangor ini dan bukannya Islam Hadhari,” beliau dipetik sebagai berkata pada sesi penggulungan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Memorandum Anti ISA.

Sementara itu, satu kumpulan bertindak anti ISA (GMI) berhimpun diluar DUN Selangor menyampaikan memorandum mendesak pembebasan semua tahanan ISA. Di dalam DUN pula usul tergempar pembebasan tahanan ISA juga dibahaskan.

Menarik sekali dalam perbahasan ini, ADUN KG. Tunku, Lau Weng San memetik satu ayat dari Surah An-Nisa dan beberapa ayat dari Al Quran mengenai prinsip keadilan untuk menguatkan hujah beliau. Ketika ditanya mengenai perkara ini, beliau menjelaskan bahawa beliau telah membuat kajian.

Dalam kenyataannya, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid menegaskan bahawa Kerajaan Selangor akan membantu keluarga tahanan ISA yang terlibat.

Sementara itu di luar dewan, seorang ADUN BN ketika ditanya mengapa beliau tidak membela bossnya Khir Toyo yang dibelasah teruk di dalam dewan memberi jawapan mengejutkan.

“Tak pedulilah, tak campur”! Mungkin kerana baru dan masih tercari-cari rentak atau mungkin fakta yang dibentangkan oleh Hassan Ali ketika menggulung perbahasan tidak dapat dipertikaikan.

Persidangan kali ini akan berlarutan hingga lewat malam untuk menyelesaikan pelbagai isu yang berbangkit. ST 7.35 pm


ALAHAI IKYS…

Oleh Ibnu Khuzaimah, Zamlan Arabi.

Sejak penubuhannya pada tahun 2000 Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS)di Kuala Selangor ia lebih dikenali sebagai institusi pindah-randah kerana sudah 4 kali berputar-putar sekitar Kuala Selangor.

Kini IKYS sedang terhalau dari bumi kelahirannya oleh kuasa luar yang rakus dan bergaya sombong..

IKYS ditubuhkan di Kuala Selangor iaitu tanah kelahiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor bermula dengan kampusnya menyewa deretan bangunan kedai di Bandar Malawati dengan kos pengubahsuian tidak sampai RM400,000.00.

Program ini di asaskan oleh bekas Timbalan Pengurus Besar Yayasan Selangor Tuan Haji Idrus Bahari yang juga rakan senior sepersekolahan Tan Sri MB. Oleh kerana sifatnya sebagai pendidik tulin, Haji Idrus tewas kepada politicking dalam Yayasan Selangor.

Haji Idrus terkeluar dari Yayasan Selangor bersama pemikiran pendidikannya yang terkehadapan itu. Sebagai kredit Hj Idrus Bahari adalah antara tenaga pemikir awal dalam penubuhan Unisel.

IKYS sebelum ini di kenali sebagai Pusat Latihan Kemahiran Yayasan Selangor mendapat pentauliahan daripada Suruhanjaya Tenaga yang sebelumnya di kenali Jabatan Bekalan Elektrik untuk menjalankan kursus pendawaian fasa I sehingga III secara sepenuh masa dan separuh masa untuk pengajian 4 semester. Bantuan pinjaman kewangan juga disediakan kepada pelajar.

Ketiadaan Tuan Haji Idrus, IKYS dipindahkan ke bangunan peninggalan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor di Jalan Tanjong Keramat dengan kos pengubahsuaian lebih kurang RM3 juta pada tahun 2003.

Pada tahun 2005 berpindah pula ke bangunan kosong yang dicadangkan untuk Institut Latihan Keusahawanan di Seksyen 19, Kuala Selangor dengan kos pengubahsuaian lebih kurang RM3juta juga.

Sekarang ini IKYS para stafnya (akan berulang-alik setiap hari kerana 80% tinggal di Kuala Selangor) sedang bertungkus lumus mengemas lagi untuk berpindah ke Bagan Terap kerana kampusnya ‘ditakluk’ Kolej Inpens yang di ketuai oleh Presidennya Dato’ ‘Nana’ Mydin. Bagi Kolej Inpens ini adalah pindah yang kelima. Sebelum ini Kolej Inpens yang tidak float ini mengisi bangunan milik Brisdale di Pulau Indah.

Sekali lagi pengubahsuaian dilakukan. Kos pengubahsuaian kompleks pertumbuhan desa di Bagan Terap yang ‘design’ asalnya bukan untuk tujuan pendidikan berjumlah RM7.2 juta dilakukan sebelum PRU12.

Kontrak ini juga diberikan kepada orang dalam Yayasan Selangor sendiri. Sebahagiannya mungkin untuk ‘dana’ pilihanraya BN DUN Sekinchan.

Campur tolak IKYS sudah berbelanja pengubahsuaian lebih RM10 juta sejak lapan tahun hanya untuk setiap pengambilan 48 pelajar setiap semester!

Ini tidak termasuk kos pindah randah, emolumen staf, pengurusan, penyelengaraan dan pinjaman pelajar. Mengapa kos sebegini besar hanya untuk kursus setakat fasa III? Sepatutnya boleh melahirkan ‘chargeman’.

Jawapannya tentu berada dalam simpanan Pengurus Besar Yayasan Selangor dan Timbalannya. Yayasan Selangor kini diketuai oleh CEO nya Hj Takril Tasuki yang tidak ada langsung kelayakan pendidikan atau pengurusan pendidikan.

Bukan objektif penubuhann IKYS dipertikaikan, keperluannya disangsikan tetapi adakah kos sebegini besar dilakukan secara berhemah dan telus yang sebenarnya boleh menampung perbelanjaan sebuah sekolah menengah dengan penuntutnya 1000 orang selama 5 tahun tanpa berpindah randah!

Yayasan Selangor selama ini seolah-olah kebal dari pandangan media termasuk ‘bloggers’ perlu diberi perhatian serius oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor agar fungsinya dapat dikembalikan ke landasan yang asal objektif penubuhannya.

Tunggu pendedahan seterusnya dalam Selangortoday.


Koleksi ini melihatkan transformasi Khir Toyo, dari seorang tukang cabut gigi yang hitam legam kulitnya, dari seorang yang berhidung jambu, kini berhidung mancung berkulit putih. Apakah keperibadian sebenar Khir Toyo ini? Dengan selamba membohongi rakyat Malaysia, “putihnya kulitku kerana tempe”. Masa akan membongkar kisah sebenar mantan MB Selangor yang korap ini. Setialah dengan masa, masanya akan sampai.

Dari kekunci Editor.

TV 3 tidak mahu jadi juara kampung. TV 3 mahu jadi global… dan macam, macam lagi pernah dinyatakan oleh peneraju TV 3.

Namun, apa yang diperkatakan satu waktu dulu hanya baris-baris muluk yang mual dari seorang CEO sehebat Farid Ridzuan.

Realitas, TV 3 sebenarnya juara kampung, juara yang hanya mampu melalaikan minda rakyat dengan program Jom Hebohnya. Peratusan besar yang menonton JH melebihi 80 peratus umat Melayu.

Hari ini TV 3 menjadi benar benar 3 suku dengan siaran yang menghentam Kerajaan Selangor secara semberono. Berpesta besar-besaran seperti menjelang PRU 12 yang lalu.

Membuat libasan seperti kerbau naik minyak, seperti babi dimasuki kerengga hidungnya.

Hairan sekali, TV3 ini seperti mahu jadi juara yang entah siapa jurulatihnya. Jika siaran gila yang seperti ini hendak digunaka pakai untuk menghentam pembangkang atau negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat, maka RTM lebih layak berbuat demikian.

TV 3 suku, benar-benar 3 suku. Farid Riduan dimalukan dengan siaran yang sebegini. Begitu juga Shabery Chik menteri yang menjaga penyiaran, di malukan sekali gus. Hilang acara global, TV 3 tidak layak langsung untuk menjadi juara waima juara kampung.

Kini apa tindakan yang perlu Kerajaan Selangor ambil?

Pertama, hentikan acara Jom heboh di Selangor. Ambil tindakan drastik yang berani. Pakatan Rakyat menang dalam PRU lalu tanpa TV 3 suku. Mengapa perlu beri muka kepada fitnah-fitnah melalui saluran ini berterusan. Rakyat dan pendokong Pakatan Rakyat perlu memulaukan saluran yang gila ini.

Kedua ambil segera tindakan drastik membersihkan Selangor dari anasir gunting dalam lipatan. Tukar segera pegawai tinggi kerajaan, jabatan dan anak syarikat yang jelas hingga kini masih belum menyatakan taat setia kepada negeri ini.

Ketiga, keperluan satu sistem penyampaian berita dan saluran maklumat yang telus untuk rakyat, samada akhbar, portal berita dan cable TV.

Khir Toyo perlu dipertanggungjawabkan dalam usha memfitnah Negri ini. Pelapor kepada polis yang menipu dalam laporannya perlu diambil tindakan undang-undang.

“Beta memandang serius perbelanjaan peruntukan ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) tahun 2008 yang habis dibelanjakan pada dua bulan pertama tahun ini,” titah Sultan Sharafuddin Idris Shah ketika merasmikan pembukaan persidangan penggal pertama DUN Selangor.

“Kerajaan negeri telah melaksanakan budaya perbelanjaan berhemah dengan memastikan semua perbelanjaan dibuat secara lebih efisien dan berkesan bagi mengelakkan berlakunya pembaziran sumber.

“Beberapa surat pekeliling telah dikeluarkan sebagai garis panduan perbelanjaan berhemah yang efektif di mana program-program jabatan dilaksanakan berdasarkan ketepatan kos,” titah baginda lagi.

pautan lain

by Matthias Chang

Singapore Got The Mansion. Malaysia Got Some Rocks Which Cannot Be Used To Put Up Even A Kampong Hut

YET RAIS YATIM SAYS,

“We won half and Singapore won half. So I Say it’s a win-win situation …”

A PICTURE PAINTS A THOUSAND WORDS AND THE PICTURE OF PULAU BATU PUTEH, MIDDLE ROCKS AND THE SOUTH LEDGE AT THE FRONT PAGE OF STAR NEWSPAPER 24.5.2008 SAYS IT ALL.
read more



Oleh Fuad Rahim.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur - DBKL. Nama gah yang megah. Bandaraya pertama yang dimasyhurkan di Malaysia. Tujuh Datuk Bandar telah memanasi kerusi tertinggi DBKL.

Lokman Yusof, Yaakob Latif, Elyas Omar, Mazlan Ahmad, Kamruzalan Sharif, Mohd Shaid, Ruslin Hassan dan kini Hakim Borhan.

Setelah hampir lima dekad, DBKL bercakap masalah yang sama, perkara yang sama. Longkang, banjir kilat, pokok tumbang dan perkara-perkara yang sudah semestinya diselesaikan lama dahulu.

Kuala Lumpur berkembang, tanpa henti, penduduk bertambah. Namun sampai hari ini DBKL masih ditadbir dengan fikiran “longkang”.

Fikiran “longkang” ini jelas terpapar pada hari ini bila DBKL enggan menerima pandangan dan menerima 9 wakil yang dipilih oleh rakyat dalam PRU 12, untuk duduk di tempat sepatutnya dalam DBKL.

Bayangkan longkang - tak perdulilah apa yang masuk, apa yang lalu, apa yang tersangkut.

Bagaimana pula dengan bunga? Bukan bunga malam tetapi bunga dibahu jalan. Bunga betul.
Boleh kah bunga di bahu jalan Kuala Lumpur berbunga sepanjang masa??

Boleh, ada lah jawapan mudah yang sukar dipenuhi. Boleh, adalah jawapan kontraktor yang mahukan projek tanpa mengira kejayaan perlaksanaannya.

Bunga-bunga di Jalanan sudah mula diperkatakan. Ia diberitakan satu skandal yang diberitakan melibatkan orang politik berpangkat besar. Akan bersambung…

Cara-cara perbelanjaan pula agak pelik dengan “round figure” dan berulang-ulang beberapa syarikat yang sama mendapat projek seperti yang didedahkan oleh ADUN Kg. Tunku, Lau Weng San. ST

Adun Teratai, Janice membangkitkan mengenai masalah perkuburan Islam diampang yang tidak dirancang oleh pentadbiran lalu. Cara beliau menghujah isu ini sangat professional dan memahami aspirasi masyarakat Islam setempat.

Beliau berkata, masalah tanah perkuburan Islam Ampang tidak berlaku dalam sehari.

“Menurut hujah-hujah MPAJ, isu ini mula dibincangkan seawal tahun 2000. Masalahnya, kenapa selepas lapan tahun, saya katakan sekali lagi kepada semua YB-YB yang berada di dewan yang mulia ini, lapan tahun, masalah ini belum diselesaikan sepenuhnya.

“Kenapa pihak berkenaan enggan atau keberatan merancang terlebih dahulu? Apakah kita hendak menunggu sehingga kehabisan tapak perkuburan, barulah kita mula memikirkan jalan penyelesaian?

“Keadaan ini umpama tidak menyediakan tandas ketika membina rumah baru. Apabila kita memerlukannya, barulah pergi korek lubang tandas. Akibatnya, tandas sini tandas sana.

“Lubang tandas yang dikorek boleh menyuburkan tanah di sekitarnya, boleh menanam pokok durian berorganik. Tetapi, kalau sebidang tanah telah dijadikan tanah perkuburan, orang yang hidup langsung tidak boleh membuat apa-apa. Inilah masalah pembangunan yang tidak dirancang!” tambahnya.

Jenice berkata, sebagai Adun Teratai, beliau faham dan peka terhadap masalah kekurangan tanah perkuburan Islam.

“Tetapi kita perlu menyelesaikan masalah ini dengan kaedah yang profesional, umpamanya, berapa banyaknya keperluan tanah perkuburan di Ampang setahun, berapakah tapak perkuburan yang boleh disediakan dalam seeker tanah.

“Atas alasan-alasan seperti di atas, saya mencadangkan supaya satu penyelidikan selanjutnya dilakukan dengan teliti terhadap tanah perkuburan baru, antaranya ialah, lima ekar tanah boleh memuatkan berapa tapak perkuburan dan boleh digunakan selama berapa tahun mengikut kadar kematian setempat,” tegasnya.

Pembatalan dakwat kekal menjelang pilihanraya umum lalu hasil “komplot” tiga badan utama negara untuk “menggagalkan usaha memastikan pilihanraya itu tidak dicemari penipuan”, dakwa Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih).

Dalam laporan polisnya, jurucakap gabungan itu Faisal Mustaffa mendakwa usaha terancang itu melibatkan pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan. Baca seterusnya

“Kemelut antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sudah mencapai tahap memerlukan penglibatan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin sebagai “orang tengah” untuk menyelesaikannya, kata veteran Umno Tan Sri Abdul Aziz Tapa.”

Next Page »