PECAT NC UNISEL, CEO & PENGURUS ASRAMA YAYASAN SELANGOR

Oleh Zamlan Arabi

USTAZ BELASAH PELAJAR, PENGURUS ASRAMA BROKER TENDER

Setelah menamatkan khidmat Pengarah Muzium Selangor dengan alasan terlebih usia – bahan artifek, Kerajaan Negeri Selangor perlu segera menamatkan khidmat CEO Yayasan Selangor, Takril Tasuki dan Naib Canselor UNISEL, Prof Razali Agus serta seorang pengurus Asrama Yayasan Selangor.

Takril Tasuki – CEO Yayasan Selangor.

Berikutan pendedahan Selangor Today akan kepincangan yang berlaku di Yayasan Selangor, pelbagai reaksi pembaca telah diterima.

Paling menarik ialah komen yang juga boleh dianggap sebagai pendedahan seorang pembaca yang pastinya bertugas di Yayasan Selangor dan mempunyai maklumat dalaman yang tepat.

Kali ini didedahkan pengurus asrama yang kuat berniaga dan menjadi broker serta tender projek Yayasan Selangor. Disamping itu, Selangor Today juga menerima beberapa aduan tentang beberapa lagi penyelewengan yang berlaku di YS.

Dalam laporan sebelum ini, beberapa persoalan telah ditimbulkan dengan jelas lagi nyata dan dibawa kepada pengetahuan EXCO pendidikan Dr Halimah Ali. Namun amat dikesalkan, respons dari Dr Halimah amat mengecewakan.

Dengan ini, Selangor Today mendesak Dr Halimah Ali selaku EXCO Pendidikan dan Modal Insan segera membuat siasatan terperinci.

Lihat reaksi terbaharu mengenai kepincangan Yayasan Selangor di bawah pimpinan Takril Tasuki. – ST

LAGI PENGURUS AYSK KLANG YANG LEMBAM

SDR EDITOR,

Saya setuju dengan prestasi pelajar yang SEMAKIN MERUDUM di Yayasan Selangor. Ini kerana terdapat pengurus asrama yang lebih mementingkan “duit poket luar” dr menjaga kebajikan dan prestasi pelajar. Bahkan beliau ( pengurus AYSK ) secara terang-terangan menjalankan perniagaan kosmetik dan spa serta melibatkan diri secara langsung sebagai “broker” tender dan sebutharga di YS sendiri.

Banyak komentar dari ibubapa menyatakan pengurus asrama ini jarang kelihatan di asrama kerana sering berkeliaran” di SUK Selangor mencari projek dan tender!!!.Oleh itu di mana rasional beliau sebagai seorang pengurus asrama YS-AYSK?

Maka sebagai imbuhan prestasi pelajar yang TERBURUK dalam sejarah YS pada PMR DAN SPM 2007!!!

Malahan dalam PRU12 beliau sebagai AHLI WANITA UMNO berdiri dengan lantang berdiri di atas pentas kempen menghentam” pembangkang (kini kerajaan PR). Namun setelah PR memerintah beliau menyorok diam seperti tikus!

Penyalahgunaan kuasa juga telah lama berlaku, iaitu dengan memberi keistimewaan kepada anak beliau sendiri tinggal di asrama sedangkan beliau tidak tinggal di asrama ( mengikut prosedur pengurus telah disediakan rumah ). Jadi di manakah fungsi YS bagi menyediakan kemudahan pelajaran bagi mereka yang tidak berkemampuan!

Namun begitu CEO YS (Takril Tasuki) bertindak bijak “menutup” kelemahan kakitangan YS di asrama AYSK sehinggakan kes seperti seorang ustaz membelasah pelajar DITUTUP ( 2007 ).

Pada dasarnya pihak pentadbir YS khususnya CEOnya sendiri sewajarnya lebih memberi perhatian terhadap fungsi YS sebagai suatu badan yang berteraskan pendidikan bukannya perniagaan!

RAZALI AGUS – NAIB CANSELOR UNISEL – langgar arahan kerajaan negeri

Dalam satu lagi komen berani, terbuka dan ‘no hold barred’, Saudara Zainofakr Yaacob, seorang bekas pelajar Universiti Malaya mendedahkan maklumat terbaharu salah laku Naib Canselor Unisel Razali Agus.

Dalam respons kepada satu komentar, beliau berkata :

‘Terima kasih atas komentar dan nasihat.

Untuk makluman viva080308, saya telah bertanya seorang teman aktivis di Unisel ketika saya membentangkan suatu kertas kerja akademia di Selangor minggu lepas.

Beliau memaklumkan bahawa ada skandal terbaru di UNISEL. Teman-teman saya di sana sedang mengumpulkan bahan-bahan signifikal dan akan fail timbulkan secara berperundangan.

Selebihnya, Sdr. boleh buat rumusan sendiri tentang diri bekas TNC saya.

Untuk makluman teman-teman, Biro Pengaduan Awam (BPA) Jabatan Perdana Menteri telah follow up kes ini 2 hari lepas.

Sdr. Karim (mangsa yang disogok duit oleh Razali Agus dan Dr. Adham Baba di KK7 UM tiga tahun lepas) sendiri telah hubungi saya lewat malam semalam untuk memaklumkan perkembanan siasatan BPA ini.

Menurut wakil BPA, Tn Hj. A****e, kes ini sengaja ditangguhkan oleh pihak2 tertentu melalui sogokan duit 3tahun lalu. Pegawai tersebut telah diheret ke Tribunal sendiri.

Terima kasih BPA. Terimakasih JPM. Terima kasih Sengor Today.’

Razali tentang arahan Kerajaan Selangor.

Terbaharu, Razali Agus diberitakan secara terang-terangan menentang arahan surat pekeliling Kerajaan Negeri Selangor dalam isu pemulauan Utusan Malaysia.

Dalam mesyuarat senet universiti pada 19 Jun lalu, Utusan Malaysia masih mendapat tempat di Unisel. Menteri Besar Selangor diberitakan sempat menjeling akhbar tersebut.

Razali juga dikatakan enggan menerima nasihat pegawai lain di Unisel apabila dia terus mengarahkan pembelian ruang iklan di dalam Utusan Malaysia ketika melancarkan program ICE baru-baru ini.

Program tersebut telah dilancarkan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Razali Agus begitu diingati oleh penduduk Ijok ketika Pilihanraya Kecil Ijok kerana peranannya sebagai Pengerusi Pemantau yang menjadikan Unisel sebagai kem UMNO untuk berkempen mengalahkan Tan Sri Khalid.

Razali adalah satu-satunya Naib Canselor yang perlu ditamatkan khidmatnya berdasarkan lantikannya masih bersifat “probation” (2nd probation) berikutan pertelagahan antara Khir Toyo dan Setiausaha Kerajaan Negeri ketika membawanya masuk sebagai Naib Canselor pada bulan Ogos 2007.

Sekiranya Razali tidak ditamatkan khidmatnya, setelah dua kali dalam probation, satu kesalahn mengikut Akta Perhubungan Industri (IRA) dilakukan. pihak Kerajaan Negeri.

Mengikut satu sumber lagi, Razali Agus cuba untuk mendapatkan talian hayat supaya dikekalkan dengan melobi Tan Sri Khalid melalui Timbalan Ketua PKR Selangor Dr. Zainal Abidin Ahmad.

About these ads

5 Responses

  1. Bagaimana dengan kes TNC UNISEL ? Ramai lagi puak2 UMNO dalam pengurusan tertinggi UNISEL … Harap Tan Sri berindak segera … Ironnya , mereka inilah yang begitu hebat merebut kuasa antara satu sama lain … seolah-olah tak sedar yang bukan lagi UMNO dan BN mentadbir negeri. Bagaimana pula dgn , Pendaftar, Bendahari , Ketua Pustakawan, Pengarah Korporat, Pengarah Komunikasi Korporat, Pengarah HEP, Sumber Manusia, semua ini org2 kuat UMNO .. sampai bila Tan Sri nak bergantung dengan mereka?

  2. Bekas NC saya ini ada anak di Alor Star, Kedah. Anak ini nakal tetapi cukup jujur dlm memberitahu prilaku ayahnya.

    Bleh tanya org di Pejabat TNC lama, mrk tahu di mana anak ini tinggal.

    Cuba tanya tentang skandal seks di Kolej Kediaman 10 UM yg melibatkan bapaknya, tentu kita akan ketawa.

    Sampai bila nak sembunyi, kalau tak didunia di depan tuhan tetap kena. Doa org yg dizalimi tentu makbul. Mahasiswa Mendepani Massa….

    http://zainulfaqar.wordpress.com

  3. PENGURUS AYSK – “ARTIFAK” YAYASAN YG PERLU DIPUPUSKAN SEGERA.

    Setelah menamatkan khidmat Pengarah Muzium Selangor satu lagi pendekatan perlu dilaksanakan dalam membersihkan organisasi yang korup khususnya di dalam bidang pendidikan di Negeri Selangor.

    Ramai ibubapa di asrama YS-AYSK Klang yang “bangkit” memberitahu keadaan sebenar yang berlaku di dalam asrama ini bahkan para pelajar juga ” mula bangkit” untuk meluahkan perasaan mereka yang selama ini dimomokkan dengan ‘ugutan ‘dibuang asrama oleh pengurus asrama yang selama ini bermain wayang dengan pihak pengurusan tertinggi Yayasan Selangor.

    Jika dilihat di bawah naungan pengurus ini, prestasi pelajar SPM 2007 MERUDUM ke 11% ( pelajar 5A ke atas ) berbanding 80% pada 2004 iaitu di bawah pengurusan pengurus sebelum ini!!Jadi di manakah rasional pihak Yayasan Selangor untuk mengekalkan pengurus “broker tender” ini sebagai Pengurus asrama AYSK lagi.Untuk makluman pihak pengurus asrama sebelum ini kesemuanya tinggal di dalam asrama kecuali BELIAU!Ini kerana dikatakan beliau tinggal mewah di rumah 4 bilik di sekitar kawasan elit Shah Alam.Jika begitu apakah rasionalnya beliau menjadi Pengurus asrama?

    Untuk makluman, beliau juga pernah memohon biasiswa atas alasan status ibu tunggal untuk anak beliau di asrama AYSK. Namun begitu permohonan tersebut telah ditolak oleh pihak pengurusan Yayasan Selangor yang masih lagi telus dan cekap. Jadi apakah nasib para pelajar yang sebenarnya telah “digula-gulakan” oleh pihak pengurus asrama seperti ini walhal sepatutnya beliau menjadi “Payung” kepada anak-anak ini khususnya dalam menjaga kebajikan mereka.

    “Personal Touch” yang diberikan oleh pengurus ini berbeza dengan sebelumnya, contohnya dalam pengurusan yg lalu para pelajar akan bersalaman dan mencium tangan pengurus sebelum ke sekolah. Namun pengurus ini pula lebih mengutamakan “personal Business’ beliau daripada kebajikan dan pencapaian akademik pelajar-pelajar AYSK Klang ini.

    Selebihnya, para pembaca boleh merumuskan sendiri dan khususnya kepada YB EXCO pendidikan Dr Halimah Ali, adakah wajar perkara ini dipertontonkan kepada generasi belia khususnya para pelajar di asrama AYSK Klang.Tepuk dada tanya iman……..wassalam

  4. PELAJAR KEMUKA MEMORENDUM TUKAR ‘PENGURUS ASRAMA ARTIFAK’

    Berikut adalah reaksi terbaru para pelajar asrama AYSK yang telah menendatangani satu memorendum agar pengurusan YS-AYSK ditukar.Namun begitu belum ada sebarang tindakan susulan daripada pihak pengurusan tertinggi Yayasan Selangor.

  5. semAssalamualaikum…..

    Saya ada seorang kawan di mana dia bekerja sambilan di UNISEL. Saya simpati dengan dia kerana sampai sekarang dia masih bekerja sambilan di UNISEL dengan hanya bergajikan RM35 sehari, tiada bonus, tiada kad perubatan, tiada hak2 istimewa seperti mana pekerja tetap dapat tp paling menyedihkan……. dalam keadaan ekonomi yang agak tinggi taraf hidup sekarang, mampukah dia mengatasi masalah wang…… gaji ikut hari yg kita dtg…..klw sakit xdtg xde lah gaji, wang ke klinik dibayar sendiri, minyak kereta, rumah…….adakah ini dinamakan kesempatan …… saya berharap sangat2 agar perkara begini dipertimbangkan…. saya berharap kerajaan baru negeri selangor mempertimbangkan pengambilan baru untuk pekerja2 sambilan ini agar diserap pekerja tetap kerana mereka semua telah pun mempunyai pengalaman yang banyak hasil dari kerja2 yg dibuat di UNISEL….. sekian terima kasih….. berani utk KEADILAN….

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: