Sedutan dari Hansard 7 Mei 2008

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak minta penjelasan dari Yang Berhormat Muar, ia mengenai taksiran. Tadi Yang Berhormat Bukit Gelugor, Batu Gajah cakap Malaysia. Yang Berhormat Muar setuju ataupun tidak dengan saya, bahawa tidak semua orang Malaysia faham dengan Bahasa Melayu.

Sebagai contoh; istilah. Istilahnya ialah derhaka dan juga pengkhianat.

Terrorism kalau hendak ikut dalam bahasa Melayunya kita kata pengkhianat dan kita mesti tahu bila masa kita guna perkataan pengkhianat dengan derhaka. Derhaka ini hanya istilah yang hanya boleh diberikan kepada Sultan, di mana, mana-mana rakyat yang mengingkari perintah Sultan itu dipanggil derhaka.

Itu kena faham! Jadi kadang-kadang, orang Malaysia, macam Yang Berhormat sebenarnya tidak faham bahasa Melayu, tetapi hendak cakap soal istiadat bahasa Melayu! Ini yang menyebabkan orang Melayu marah! Faham tak? Tak faham, jangan cakap! You terrorism, pengkhianat.

Kalau dia kata Yang Berhormat pengkhianat, betul. Saya pun tidak bersetuju. Tak ada siapa pun boleh jadi pengkhianat kerana kita sudah angkat sumpah, tetapi derhaka ini istilah.

Jadi Yang Berhormat jangan salah taksir. Jadi penjelasan saya Yang Berhormat daripada Muar, apakah maksudnya Yang Berhormat? Bolehkah Yang Berhormat terangkan kepada Dewan yang mulia ini, beza di antara derhaka dengan istilah pengkhianat ataupun terrorism yang disebutnya tadi? Saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat….

Komentar:
Aduh, Noh macam Ketam mengajar berjalan. Macamanalah dia ni boleh jadi menteri. Dolah Badawi salah pilih lagi ni. Dulu dia halau pelancung, “kalau tak suka polis Malaysia, jangan datang ke Malaysia”. Rasanya semua ahli Parlimen senyum kambing tengok si Pak Lawak ni tunjuk kepandaiannya. Betullah kata Nazri Aziz, tak semua menteri cerdik.

TERRORISM: (KEGANASAN) The unlawful use or threatened use of force or violence by a person or an organized group against people or property with the intention of intimidating or coercing societies or governments, often for ideological or political reasons.

Derhaka - treason/treachery - Violation of allegiance toward one’s country or sovereign, especially the betrayal of one’s country by waging war against it or by consciously and purposely acting to aid its enemies.

Khianat - double-cross/betray.

Semua yang berbahas dalam hal ini, membuang masa dan wang rakyat disamping menunjukkan ketidakmatangan mereka.

Ai yah, Karpal Singh bawa M16 ke, C4 ke??

2 Responses to “PANDAINYA NOH OMAR”

  1. Pandainya Noh Omar « Selangor Today Says:

    [...] PANDAINYA NOH OMAR [...]

  2. Muhyiddin perlu berundur « Selangor Today Says:

    [...] on Dr’s thotsprincenine on Ops Lalang Sepintas LaluPandainya Noh Omar … on PANDAINYA NOH OMARROMBAKAN BESAR-BESAR… on [...]

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.