“Amal Makruf Nahi Mungkar”

Oleh Zamlan Arabi.

Sejak peristiwa merentap kain rentang yang menyokong kepimpinan Tan Sri Khalid berlaku di Kuala Selangor saya tercari-cari siapa di sebalik arahan ini.

Akhirnya kami mendapat pengesahan ianya di turunkan oleh anggota PEKIDA diatas arahan CEO Yayasan Selangor. Institut Kemahiran Yayasan Selangor adalah cabang bahagian latihan industri Yayasan Selangor. CEO Yayasan Adalah Takril Tasuki, Pengetua IKYS adalah Kasmuni Selamat. (Rencana khas Yayasan Selangor akan menyusul).

Bolehlah dianggap bahawa CEO Yayasan Selangor adalah seorang kekanda kerana berkuasa mengarahkan adinda-adinda merentap kain rentang. Penulis menganggap perkara itu kecil sahaja lantaran MB Selangor juga tidak kisah.

Cuma penulis agak mushkil kerja-kerja thugs & rough yang dilakukan oleh anak-anak muda yang datang memberi amaran yang keras kepada Saudara Hamzah dari IKYS supaya kain rentang itu tidak dipasang lagi disamping mengambil dua kain yang lain.

Dengan bantuan seorang sahabat yang rapat dengan PEKIDA, beliau meminta sahabatnya orang kuat PEKIDA untuk membantu. Beliau terus menyusun gerak mencari dan menyelamat dan akhirnya berjaya dijumpai polan-polan yang dimaksudkan sejauh Pekan Meru. Maka mereka memulangkan kain 2 lagi kain rentang itu kepada sahabat saya tadi.

Wahhh, kamu ayahnda ke kekanda??? Jenaka saya kepada sahabat saya. Sahabat saya panjang lebar menjelaskan kepada saya dan kekesalannya apa yang sedang berlaku dalam PEKIDA yang dahulu amat dihormati, sebagai satu gagasan yang sangat perihatin terhadap ahlinya dan umat Islam amnya. Ringkasnya PEKIDA adalah pembela agama dengan prinsip ‘amal makruf nahil mungkar’.

Penulis telahh melayari portal PEKIDA tetapi tidak begitu memaparkan sesuatu yang seperti maklumat dibawah ini.

Secara umumnya dari segi kepimpinan bolehlah dikatakan bahawa Pekida dikuasai oleh UMNO.

Penulis juga sempat melayari Tranungkite dan terjumpa satu pendapat yang menarik oleh seorang penulis dengan nickname koboi bm – kopral. Diperturunkan disini tulisannya.

Koboi bm menulis:,

PEKIDA yang ada sekarang sebenarnya jauh menyimpang dari asas sewaktu pertama pertubuhan ini di tubuhkan. Berlandaskan prinsip syarak ‘amal makruf nahi mungkar ‘ hanya sebuah slogan yang di cetak di kad ahli dan letterhead pertubuhan.

Segala keburukan yang diperkatakan pada Pekida seperti tulisan yang ada di atas ini adalah benar dan ini menyifatkan pertubuhan ini telah jauh menyimpang dari asas pertubuhannya. Amal makruf nahi mungkar adalah tuntutan agama Islam pada semua umatnya tidak kira samada merupakan anggota Pekida ataupun tidak.

Selepas mengucap dua kalimah syahadah maka telah jatuh tuntutan kepada yang melafaznya untuk mengamalkan amal makruf nahi mungkar. Selain Pekida masih ada badan-badan dakwah lain yang lahir dari ketidak sefahaman dengan Pekida seperti Pekima , Pelita dan beberapa pertubuhan yang lain yang tidak mahu dikaitkan dengan aktiviti Pekida selama ini. Tidak semua anggota Pekida mendapat keistimewaan seperti tidak ditarik keretanya. Ada juga anggota Pekida mengalami kereta di tarik.

Walaupun tidak semua anggota Pekida ini berada dalam mungkar namun sebahagianya memang byk yang melakukan mungkar sedangkan telah ada ‘ikrar’ mereka untuk mempertahankan agama , bangsa dan tanahair. Apapun ingin saya katakan disini ialah memang benar andaian sesetengah orang mengatakan pertubuhan ini cenderung kepada samseng ada benarnya. Yang merosakan nama pertubuhan ini sepatutnya menginsafi perlakuan mereka kerana seolah-olah telah memberi imej yang buruk pada pertubuhan yang mereka anggotai.

Pekida mempunyai hampir 580 bahasa rahsia atau dinamakan bahasa isyarat tetapi tidak semua anggota Pekida mengetahuinya tambahan pula kalau anggota yang baru menyertainya yang jarang bersujud di sejadah sememangnya tidak akan dapat menguasai bahasa isyarat ini. Kekadang biarpun ada anggota lama menggunakan bahasa ini ianya tidak di layan kerana sebilangan anggota tidak tahu tentang isyarat yang di gunakan.

Buah 7 adalah merupakan isyarat pertama bagi yang baru menyertainya agar dapat menjawap balikan isyarat ini bila ada yang mempersoalkanya.
340 isyarat yang terkandung dlm bahasa isyarat 580 adalah digunakan oleh badan-badan antarabangsa yang lainnya seperi di Indonesia , Filipina dan selatan Thailand. Dan dari 340 isyarat antarabangsa ini ,140 adalah di gunakan oleh beberapa pertubuhan rahsia yang lainya seperti mafia dan yakuza.

Kalau memang Pekida ini ingin menjadi benar seperti slogannya alhamdulillah tapi yang terjadi sekarang sebenarnya jauh menyimpang dari sebenarnya.

Sewaktu zaman komunis beberapa rejimen askar telah di bentuk dan salah satunya ialah 508 yang hampir keseluruhannya ialah anggota Pekida yang merupakan pelajar Malaya baru kembali dari India dan Mesir ketika itu. Mereka ini merupakan palapis pertama anggota Pekida yang menggunakan hampir kesemua bahasa isyarat yang saya katakan tadi.

Tiga (3) line hanya merupakan 3 garis yang nampak pada bendera. Pada amnya Pekida mempunyai 5 line atau 5 garis dengan tambahan 2 garis putih dan hitam yang tidak pernah di tonjolkan dlm bendera mahupun apa2 tanda dalam Pekida. Jadi sekiranya anda menyebut 3 line , ia adalah panggilan orang luar terhadap anggota Pekida sedangkan untuk anggota Pekida sendiripun tidak semua yang tahu Pekida mempunyai 5 garis.

Ulasan Editor.

Pekida hari ini sudah menjadi momokan dan ejekan umum. Tindgkah laku Pekida sudah lari dari tujuan asal. Hujah diatas amat berasas. Lima garisan sebenarnya melambangkan Rukun Islam Lima Perkara. Andainya masih tidak terlewat Pekida perlu kembali dan memberbetulkan atau mentarbiah anggotanya.

Sekiranya ini dapat dilakukan pasti Pekida akan menjadi asset untuk mendaulatkan Islam dimasa masa mendatang. Imej sombong yang terbawa-bawa bersama UMNO perlu segera dibersihkan jika mahu kembali kepada prinsip asal ‘amal makruf nahil mungkar’.

One Response to “PEKIDA”

  1. princenine Says:

    LEBIH KURANG MACAM BANGSAT AMENO JUGAK LAH………

    AMIK YG SESUAI UNTUK DIRI SENDIRI……

    YG TAK BOLEH……..BUAT BUAT DEK JERR….

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.