AL-ANSAR – Di mana LZS?

 

Laporan Khas

 

img_1047.jpg

Oleh Ibnu Khuzaimah

Dalam kemelut pembangunan dan teriakan Selangor Negeri Maju gagasan Mantan MB, Khir Toyo, pelbagai kehebatan yang dilaungkan, dengan berhujungkan sifar. Setinggan sifar, pembangkang sifar, dan semua yang jika boleh dikira hendaklah diakhiri dengan sifar. Begitu mungkin harapan kepimpinan Kerajan Selangor yang lalu.

Al-Ansar – sebuah kisah kedukaan rakyat bawahan akibat sikap bongkak dan sombong kepimpinan dan pegawai-pegawai jabatan di bawah pimpinan Khir Toyo.

Sudah hampir malah melebihi 3 dekad, diinisiatifkan oleh seorang Guru Agama yang cintakan agamanya dan mahu melihat generasi akan datang terus mengagongkan Islam. Al- Ansar ditubuhkan Ustaz Zakaria Ansari .

Ia berkembang dan satu ketika ia merupakan pusat tarbiah dan dakwah yang menjadi sebutan masyarakat sekitarannya. Sudah menjadi lumrah, pusat-pusat pendidikan agama berteraskan pondok tidak lagi mendapat tempat di hati pihak kerajaan Barisan Nasional.

Begitu juga nasib Al-Ansar yang mengharapkan sumbangan dan keikhlasan awam untuk meneruskan hayatnya sehingga hari ini.

Seramai 150 pelajar terdiri dari anak-anak yatim/piatu dan miskin belajar di sini menuntut ilmu agama. Segalanya serba kekurangan, daif sekali.

Siapakah yang sepatutnya membantu dalam bidang pembangunan ilmu keagaman, kemiskinan umat Islam, dan anak-anak yatim ?

Sejurus berfikir, maka terbayanglah Jabatan Agama Islam, Majlis Agam Islam, Pusat Zakat dan JKM dan lain-lain. Diperkecilkan ruang maka terpantul LZS – Lembaga Zakat Selangor.

Pusat Zakat /Lembaga Zakat Selangor yang sepatutnya bertanggung-jawab membela nasib anak yatim dan fisabilillah yang belajar disini telah didapati mengambil sikap pilih bulu dalam memberi bantuan atau agihan dalam kes Al-Ansar ini.

Mengikut laporan seorang staf lembaga zakat, Al-Ansar itu milik orang PAS. Maka pihak atasan buat keputusan tak perlu beribantu. Maka begitulah akhirnya Al-Ansar terus hidup sendiri serba kekurangan.

Pejabat LZS yang begitu gah dan hebat di Shah Alam menjadi lambang yang memalukan bagi umat Islam. Bangunan LZS Kuala Selangor yang begitu gah dan indah menjadi lambang yang memalukan umat Islam.

 

Sikap LZS selangor yang terlalu ‘berdarah biru’ cap dacing, menjadikan ia sebagai satu lembaga yang benar-benar berhantu dan menjadi hantu yang menghisap darah umat Islam yang membayar zakat tetapi tidak memulangkannya kepada asnaf-asnaf yang berhak.

Contoh paling dahsyat peranan LZS yang tak boleh dimaafkan ialah berkampung selama 12 hari dalam Pilihanraya Kecil Ijuk yang lalu untuk memenangkan calon Barisan Nasional K. Parthiban. Perlukah begitu?

Pendapat umum mendesak pihak LZS segera berubah kerana ketika membayar zakat orang ramai tidak menyebut dia UMNO atau PAS, kata Sdra. Ariman Osman, penduduk berhampiran Al-Ansar.

Peranan beberapa orang pegawai tinggi LZS yang menekan staf-staf LZS yang mirip parti bukan BN juga amat dikesali. Beberapa staf LZS yang ditemui melahirkan hasrat perlunya LZS disusun semula supaya ia lebih bermakna di masa akan datang. – st

3 Responses

  1. Rahman’s name in the Sultan’s list to be remove…

  2. Semalam Ahad, Ahli Parlimen Dr Dzulkefly telah melawat, Maahad Al Ansar, penemuan baru, tanah tanah disekeliling sekolah tersebut telah dirampas orang BN, walau pun tanah TOL tadi sudah dimiliki oleh orang yang memohon, dengan beralamat Al-Ansar pemilik tanah tersebut hilang pemilikkannya.

  3. Salam,

    Tulisan saudara:
    Seramai 150 pelajar terdiri dari anak-anak yatim/piatu dan miskin belajar di sini menuntut ilmu agama. Segalanya serba kekurangan, daif sekali.

    Cuba senaraikan nama mereka dan cuba semak didalam rekod di LZS untuk mendapatkan pengesahan. Anak2 yatim dan orang2 tua tidak termasuk dalam asnaf zakat. Saya tahu saudara juga telah maklum tentang hal tersebut..Kelulusan dan pemberian bantuan bukan boleh dibuat oleh seorang individu sahaja tp ia melibatkan proses2 yg telah didokumenkan dan mempunyai prosedur dari permohonan hingga peringkat kelulusan..Permohonan institusi pengajian dan individu berbeza..Pastikah saudara mereka telah memohon dengan sempurna? BAgaimana dengan pendaftaran sekolah dsb..

    Saudara,
    LZS adalah institusi yg berada di bawah pengawasan langsung Sultan Selangor dan merupakan satu badan yg bebas. Salah seorang Ahli Lembaga Pengarah juga adalah Mufti Selangor. Adakah saudara juga beranggapan mufti selangor turut bersubahat dalam hal ini? Adakah keputusan mufti selangor tersebut dalam meluluskan hal berkaitan zakat tidak betul dan salah??

    Adalah sangat malang apabila institusi yg telah disebut didalam Al-Quran ini, yang menegakkan rukun Islam ketiga dan cuba mengatasi masalah fakir miskin dihamburkan dengan tuduhan2 yg tidak jelas dan berasas..dan kesannya adalah sangat besar terutamanya kepada pembayar2 zakat. Jika pembayar tidak membayar zakat, maka nasib asnaf juga tidak akan terbela..

    Cubalah saudara ambil sedikit masa untuk kenali LZS dan ambil laporan kewangan tahunan(percuma) yg dikeluarkan oleh badan bebas (audit negara) dan juga program2 agihan dan kutipan yg cuba dilaksanakan oleh LZS selama ini.Cuba bercakap dan berbincang tanpa beremosikan politik. Adakah org2 di LZS tu semuanya sengaja berniat nak masuk neraka dan tak takut dengan hukum Allah? adakah semua mereka bodoh dan tidak mempunyai pengetahuan agama dan tidak sebijak ahli2 agama parti politik? cubalah fikirkan..

    Saudara, zakat merupakan salah satu ibadah yg mmg kena diwar2kankan kepada umum..semua bantuan2 yg diberi perlu dihebahkan kepada umum supaya terdetik dalam hati mereka untuk bayar zakat..Ia juga dapat menimbulkan minat supaya mereka membayar zakat. kalau bantuan dibuat secara senyap2 tiada sapa tahu kemana yang zakat di agihkan.

    Surau dan masjid juga adalah termasuk dalam institusi agama dibawah fisabilillah..mereka layak menerima wang zakat tersebut…tentang surau TV3, tahukah saudara wang tersebut diambil daripada portion potongan gaji kakitangan TV3 tersebut sendiri..Dan ia adalah supaya menggalakkan lagi kakitangan disana menunaikan zakat. Itu juga salah satu cara dakwah kepada org ramai membayar zakat..Mereka yg membayar zakat diTV3 akan rase seronok kerana hasil dari zakat mereka yg sikit itu telah dapat menyumbang kepada penubuhan surau di tpt kerja mereka..Adakah perkara itu salah saudara?

    Banyak lagi boleh dibincangkan sebenarnya..tapi saya lebih suka berbincang dgn org yagn berfikiran terbuka. Arab Saudi yang ada wang wakaf berbilion rial setahun tak pernah selesaikan masalah kemiskinan kat sana..setiap tahun kita dapat lihat pengemis minta sedekah ketika musim umrah dan haji..kenapa itu terjadi?? itu belum wang zakat mereka..

    Di Selangor yang membayar zakat tak sampai 20% (data: drp yg melayu yg bayar income tax di selangor)..usaha bersungguh2 dijalankan supaya kesedaran berzakat itu sampai kepada umat Islam.. Dengan harapan umat Islam lain turut membantu meningkatkan Syiar Islam ketiga ini.. Malangnya, orang Islam jugalah yg menjatuhkan dan merendahkan usaha baik tersebut..*sad.

    Usaha berterusan sedang dijalankan bagi mengemaskan organisasi dari segi kutipan dan agihan..Audit dari Negeri, audit dalaman&SIRIM dan audit kewangan juga sebagai salah satu cara memperbaiki sistem tersebut. Begitu juga dengan memanggil BPR untuk menjalankan siasatan terhadap sebarang bentuk penyelewengan dalam institusi agama ini.. At least mereka berusaha memperbaiki kekurangan tersebut..kenapa atas nama politik ada org cuba menggagalkan usaha tersebut dengan menyebarkan perkara yg tidak sepatutnya?

    Saudara,
    Kenapa dalam Islam Allah masih suruh memberi Zakat kepada pemerintah even kepada pemerintah yang zalim? Kenapa Allah tak suruh memberi zakat terus kepada org fakir miskin? Kenapa Allah sebut didalam AlQuran asnaf zakat tu ada bahagian Amil? Kenapa nak wujudkan bahagian Amil kalau kita boleh bagi sendiri kepada yg berhak? saudara lebih berilmu dan saudara lebih tahu tentang itu..Kalau dengan berita2 tidak benar spt yg saudara ckp (disebabkan tidak mendapat info sbnar) dan ia menyebabkan org ramai tidak membayar zakat lagi, siapa yg lebih berdosa? Institusi zakat, orang ramai ataupun saudara..
    wassalam

    Editors comment : Satu pendangan yang sangat telus dari Insan Lemah. Pandangan sebegini sangat dialu-alukan supaya masyarakat Islam dapat kefahaman yang baik. Pendapat sebegini harus berpanjangan. Semuga Allah memberkati diri saudara. Allahuakbar.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: