LAPORKAN KEPADA POLIS!

Kes ini sudah lama dikenal pasti oleh kerajaan negeri sebelum ini. Malah penyelewengan itu merupakan satu sindikit memalsukan nama-nama pemilik tanah yang membabitkan pegawai-pegawai PTG sendiri”


Begitu mudah Khir Toyo melepaskan baton kesalahan kepada tangan lain, di dalam isu tanah yang kini menggegarkan Negeri Selangor Pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Meletakkan kesalahan pada orang lain sedangkan Fotfolio tanah dibawah kuasanya. Mengetahui perkara ini, apakah tindakan Khir pada masa itu?? Ada membuat laporan polis? Biro Pencegah Rasuah? Atau memberi galakan kepada penyelewengan ini??

Bagaimana pula dengan Pegawai-Pegawai Daerah di 9 Daerah di Selangor?? Semuanya juga punya kuasa sedikit sebanyak berkaitan tanah. Wah, jika begitu, tidak seorangpun para pegawai di PTG dan Daerah yang boleh dipercayai jika kenyataan Khir Toyo hendak di pakai.

Satu laporan polis hendaklah segera dibuat terhadap mereka ini manakala Khir Toyo perlu bersedia untuk menjadi saksi soal-siasat di mahkamah nanti. Jika tidak, Khir perlu bertanggungjawab terhadap tuduhannya terhadap PTG.

Bagaimanapun kenyataan Khir ini jelas mencerminkan kurang bijaknya dia dan kurang pandainya dia ketika mentadbir Selangor. Pembaziran melimpah ruah, Kronisma berleluasa, nepotisma juga subur bercambah.

Beberapa sumber yang boleh dipakai menyatakan, bahawa beberapa bidang tanah bernilai jutaan ringgit milik agensi negeri telah dijual kepada pihak lain. Selangortoday juga ada menerima laporan mengenai status pelaboran hartanah/ladang di Kalimantan yang dipercayai dijual kepada pemilik baru.

Selangor akan ambil tindakan keatas Khir Toyo
Monday, April 7, 2008 | Category : News

SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor akan mengambil tindakan undang-undang keatas Khir Toyo sekiranya bekas Menteri Besar itu dibuktikan terbabit dalam penyelewenangan, rasuah dan salahguna kuasa sepanjang tempoh 8 tahun mentadbir negeri itu.

Menteri Besar Khalid Ibrahim membuat kenyataan tegas itu dalam satu sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Selangor di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam, 2 April lalu.

Khalid Ibrahim merujuk kepada skandal kontral pembinaan dan penyelenggaraan loji rawatan air Sungai Sireh di Tanjung Karang membabitkan pegawai-pegawai kanan kerajaan BN Selangor, Pundak Niaga Holdings Berhad dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

Isu tercetus apabila kerajaan baru negeri Selangor mendapati kontrak tersebut dianugerahkan kerajaan BN Selangor pada 7 Mac, iaitu sehari sebelum mengundi. Kontrak itu ditandatangani oleh Setiausaha Negeri.

Menurut Khalid, kajian semula perjanjian menyelenggara loji Sungai Sireh membabitkan Puncak Niaga Holdings Berhad dan Syabas dilakukan selepas kerajaan negeri mendapati wujud ketidakseimbangan daripada hasil yang diberi kepada negeri dan rakyat serta kebimbangan hanya menguntungkan pemegang konsesi.

“Bersih atau tidak bersih kerajaan negeri akan siasat. Minggu ini, Majlis Exco telah menjemput Ketua Polis Negeri Selangor memberi keterangan dalam mesyuarat Exc. Minggu depan pula giliran Pengarah BPR untuk memberi keterangan kepada Exco,” kata Khalid.

Khalid berkata siasatan yang menyeluruh akan dibuat agar tindakan yang sesuai boleh diambil.

Selain dari skandal air Selangor, Pembinaan 10 rumah banglo bernilai RM4 juta setiap satu di Seksyen 7 Shah Alam juga mencetuskan kontroversi. Lengkap dengan kelab mewah dan kolam renang ekslusif, projek bernilai lebih RM40 juta itu dibina tiga tahun lalu ketika ekonomi negara sedang tenat dan dibina untuk kegunaan Exco-exco negeri.

Khir Toyo juga didakwa terlibat dalam skandal tanah di Kajang. Khir Toyo dikatakan membeli sebidang tanah dengan harga RM2 bagi setiap kaki persegi dan menjualnya kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk RM22 sekaki persegi. Khir Toyo dikatakan meraih RM59 juta hasil transaksi itu.

Khir juga didakwa rasuah dalam urusan tawaran tapak banglo PKNS di Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi pada tahun 2002. Dalam urusniaga itu, Khir selaku Pengerusi PKNS meluluskan tanah untuk kegunaan sendiri dengan mendapat 50 peratus potongan dari harga asal.

Tanah Lot 14, Jalan 2/1G yang seluas 22,863 kaki persegi itu ditawarkan buat kali kedua dengan harga RM10.00 kaki persegi pada 12 Mei 2001 berbanding tawaran pertama pada 13 Februari 2001 sebanyak RM20.00 kaki persegi.

Sebelum ini, Khir Toyo dikatakan menuntut ufti RM20 juta dari projek-projek tertentu di negeri Selangor antaranya projek pembinaan jalan di Sekincan yang diusahakan Meram Holdings (bernilai RM92.5 juta), Jalan di Sungai Panjang bernilai RM32.5 juta, jalan dari Sabak Bernam bernilai RM40 juta dan pembinaan paip air bernilai RM87 juta yang diusahakan LBH Engineering.

Sejauh mana kebenaran tiga rasuah terakhir itu akan diketahui sekiranya siasatan kerajaan negeri digerakkan keatas dakwaan-dakwaan ini. Menurut Khalid Ibrahim, dengan adanya bukti-bukti kukuh, mana-mana pegawai dan Exco negeri, baik dari BN atau Pakatan Rakyat, khususnya bekas Menteri Besar Khir Toyo akan diheret ke mahkamah.

“Setelah siasatan dijalankan dan maklumat dikumpul, tindakan yang sesuai dan sewajarnya pasti akan diambil terhadap Khir Toyo,” tegas Khalid.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s