Kain rentang diarah cabut!


Kuala Selangor: Pihak Pengurusan Tertinggi Yayasan Selangor, telah mengarahkan supaya kain rentang menyokong kepimpinan YAB Dato’ Menteri Besar Selangor tanggalkan. IKYS merupakan PUsat Latihan Kemahiran Yayasan Selangor terletak di Kuala Selangor menawarkan kursus kemahiran elektrik.

Baru-baru ini pusat yang ‘under used” ini telah mendapat kunjungan Ahli Parlimen Kuala Selangor dan juga EXCO Kerajaan Negeri (Pendidikan) Halimah Ali. Pusat latihan yang mampu memuatkan lebih 1000 pelajar ini hanya di isi seramai lebih kurang 200 pelajar setelah lima tahun beroperasi.

Selangor Today diberitahu mengenai perkara ini oleh staf Institut ini dan ia disahkan oleh Pengetuanya Sdra. Kasmuni Selamat.

Lewat petang hari ini sekumpulan yang dikatakan menerima arahan “pihak atasan” memaksa supaya banner sokongan secara terbuka kepada kepimpinan menteri besar dicabut, manakala banner yang lain akan mereka tanggalkan sekiranya pihak IKYS tidak menaggalkan mulai esok.

Kain rentang sokongan terhadap MB Selangor menjadi hangat apabila ia menjadi isu perbincangan dalam satu pertemuan kepimpinan UMNO Selangor baru-baru ini.

Pengetua IKYS, Kasmuni Selamat dilaporkan telah dipanggil ‘mengadap’ pengurusan tertinggi Yayasan Selangor.

Sumber-sumber tidak resmi menjelaskan berlaku pertelagahan di peringkat atasan mengenai status institut ini.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s