SIAPA SABOTAJ UMNO?

mimpimu dikejut dengan sabotaj

Oleh IBNU KHUZAIMAH

PELBAGAI pandangan sudah didengar namun kebanyakannya bersifat streotype dan hampir sama dengan pendapat lain yang tersiar diruang akhbar arus perdana dan juga akhbar-akhbar online serta blogs.

Rakyat saban hari dan hampir mula jelek dengan tuding menuding, hentam menghentam, ulas-mengulas oleh puak-puak yang bertelagah ibarat bangun tidur terpinga-pinga melihat barang kesayangan hilang dari genggaman.

Dalam krisis kegawatan kepimpinan UMNO ini, secara langsung melibatkan kegawatan negara dan menjejaskan kredibiliti Malaysia di mata antarabangsa. Dan, ia memberikan gambaran betapa kepimpinan UMNO khususnya serta Barisan Nasional amnya sebagai tidak matang mengamalkan demokrasi melalui pilihanraya. Demokrasi dalam erti sebenar kacamata UMNO ialah “Demo yang keras dan basi”.

Keras dan basi, tidak mahu menerima hakikat perubahan, jumud, totok dan bobrok. Sifat jumud dan bobrok UMNO ini menular dari atas sampai ke bawah. Sejumlah besar pemimpin UMNO di pelbagai peringkat berlagak seperti “little napoleon” dengan sedikit kuasa yang ada atau perasan terlalu berkuasa.

Natijahnya, amalan demokrasi “dari rakyat untuk rakyat bertukar kepada dari rakyat untuk aku dan kroni-kroni aku”. Sehinggakan mereka ini bertindak “bersultan dimata beraja dihati”. Rakyat ibarat pelampung hanyut, yang digunakan jika diperlukan. Rakyat dimomokkan dengan dogma-dogma serta slogan-slogan atau retorik sehingga meletakkan UMNO semacam “sacred” sehingga tidak boleh diusik mahupun ditegur. Sikap ini terbawa-bawa samapi kini walaupun sudah dilibas begitu teruk oleh rakyat umum lewat PRU12 yang begitu “historic”.

Pencarian sebab utama telah dijumpai. Maka sekiranya UMNO hendak bertindak, maka UMNO perlu bersedia untuk menutup terus parti itu ataupun rela menjadi parti kecil dalam sistem demokrasi (baca ‘demokrasi haprak’) di Malaysia.

Jika sebab ini hendak diambil pakai oleh UMNO, maka UMNO juga perlu bersedia menunggu dipintu mahkamah akan saman-saman yang akan dibuat terhadap pemimpin UMNO semua peringkat.

Bersediakah UMNO yang dikatakan sebagai parti Melayu terbesar didunia menjadi parti Melayu terkecil di dunia? Sifat jumud UMNO itu sendiri tidak akan mahu ia berlaku walaupun ia sedang berlaku.

Bersediakah pemimpin UMNO untuk melihat muka di cermin? Ini kerana sebelum ini mereka seperti bercermin pada bontot kuali lantas tidak melihat wajah sebenar dan terus berseru “aku hansem, aku hansem”.

Bersediakah pemimpin UMNO pelbagai peringkat kehilangan jawatan ketua cawangan, ketua bahagian dan lain-lain kerana cawangan mereka akan ditutup kerana tidak cukup ahli? Sebenarnya sejak 10 tahun dulu sudah banyak cawangan yang perlu ditutup, Hairannya banyak juga yang dibuka.

Hairankah anda, bagaimana dalam sebuah kawasan atau kampung yang tak seberapa mana penduduknya, tolak yang tidak minat berparti politik, terdapat dua atau tiga cawangan UMNO? Rupa-rupanya untuk menubuhkan cawangan hanya perlu kutip kad pengenalan, daftar, hantar dan mesyuarat. Ramai orang tidak tahu dia telah menjadi ahli UMNO.

UMNO terus ujud di banyak cawangan walaupun diketahui ramai ahlinya sudah beralih angin. Amat melucukan bila seorang ketua parti keadilan masih lagi berstatus aktif sedangkan dia terang-terang tidak bayar yuran. Mengikut peraturan, sesiapa tidak membayar yuran berterusan, keahlianya hendaklah dilucutkan. Untuk kesinambungan cawangan, dan mahu jadi ketua cawangan maka , dibayarkan oleh ketua tersebut supaya cawanganya terus kelihatan cukup ahli dan hidup. Al maklum Ketua cawangan boleh jadi JKKK, Tok Sidang dan lain-lain yang pasti ada “perks”.

Lucu sangat bila seorang ahli PAS di Selangor, didaftarkan sebagai ahli di Kelantan sedangkan dia sendiri tidak pernah ke Kelantan. Yang penting, syarat menubuh cawangan dipenuhi, manakala korum mesyuarat cawangan hanyalah jawatankuasa cawangan tambah satu atau dua kepala lagi.

Nah, bolehkan seseorang mengambil tindakan mahkamah kepada ketua cawangan UMNO yang membayarkan yurannya tanpa izin? Dalam ertikata lain, ia menggunakan nama orang lain untuk sesuatu tujuan tanpa izin!

Apalagi sekarang?? Ambillah tindakan kepada ahli yang sabotaj UMNO. Ketua cawangan yang tidak melaporkan ahli yang pembangkang, ahli yang tidak membayar yuran dan melaporkan kesalahannya sendiri membawa masuk ahli tanpa pengetahuan ampunya badan.

Jika berani, UMNO ambillah tindakan kepada semua yang disebutkan di atas. Nescaya, banyak cawangan ditalkinkan. Berlori-lori pula ketua bahagian akan dicela kerana tidak tahu menjaga bahagian. Ini termasuklah Abdullah Badawi dan Najib serta memanda menteri, termasuklah menteri besar dan mantan-mantan menteri besar seperti “mamat macho dari Sungai Besar”.

Oleh itu, berhentilah menggunakan perkataan sabotaj kerana ia menuduh orang lain ibarat kata lama, “kokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi”. Hanya yang belum berkokok ialah “budak bijak dari Kolej St. Hughes, Kabupaten Oxford. Mungkin sedang fikir-fikir nak lompat ke PR.

Akhirnya, apakah panadol untuk UMNO? Bolehkah UMNO dimandi bunga, disintuk limau, dijampi serapah dan asap kemeyan untuk memulihkannya? Rasanya, Sang Kelembai, waima Ayah Pin mahupun Sai Baba tidak akan mampu melakukannya.

Selamat mencuba dan bertawakkal.

4 Responses

  1. Sesungguhnya jika UMNO masih ingin releven, ia perlukan re-inventing dan kelahiran semula di abad ini dengan kehendak dan cabaran kini dan bukan isu nostalgia lalu. Ia mendesak keberanian lebih dari keberanian Si Jebat apatah lagi kalau setakat menghunus keris hiasan. Mungkin hunusan “MuhKris” memberi harapan relevensi UMNO.

  2. Kalau semuanya temberang sampai bila pun tembera
    ng. Ini kan pula temberang nak menghukum temberan
    g. Alamat pecah tembelang. akhirnya mampus memb aham tanah. Karipap Hangus!

  3. Maka bertempiaran lari lah..juak juak parti yang ahli nyer dituduh mensabotaj parti dalam pemilihan umum tempoh hari…Naik menyampah lah ahli ahli dan rakyat …apabila Memanda masih ditakok lama pemikiran…masih mengatakan ada orang yang menyebabkan parti merosot disokong rakyat..”Orang yang salah…aku tidak..mana mungkin ..gambar aku menutup mata sekejap disamakan dengan tidur..?..ini tidak adil…ada orang sabotaj gambar aku…keluh Memanda didalam hati..”
    Yang Memanda “overlook”…atau buat buat “overlook”…ialah Memanda kuat cakap dan kuat berjanji…tapi LEMBAB dalam pelaksanaan dan mengotakan janji..
    Lagi satu Memanda juga…suka cakap main lepasss…tak ikut kitab dan buku rujukan…pas tu.bila orang dah tegur….Memanada buat buat bodohh jer seolah olah dia tak pernah bercakap benda benda yang salahhh…

    Bukan lama Prince nak puji sangat TUN M….. tapi TUN M memang selalu periksa fakta sebelum dia cakapp…

    TUN M…selalu baca buku rujukan atau buka Kitab sebelum menghadiri sesi soal jawab atau jadi perwakilan Malaysia masa Persidangan Antara Bangsa…

    Memang dulu TUN M…buruan wartawan media antara bangsa……

    Aper aper pun …memang benarlah cerita cerita betapa banyaknya cawang parti…betapa ahli parti tak pernah bayar yuran sendiri..

    ahli yang dah loncat ke parti lain pun masih dikira sebagai ahli….

    Tindakan Memanda dan menteri menteri menaikan harga barang keperluan rakyat serta meningkatkan ufti ditol…WALAU dibantah rakyat

  4. Banyak pihak yang Pucung Tuli tahu siapa yang sabotaj UMNO…orang umno, pemimpin, parti komponen BN dan macam-macam lagi…Tapi ada satu lagi pihak yang betul-betul sabotaj Umno iaitu Syarikat-syarikat hasil dari penswastaan Mahathir…TNB contohnya…kenaikan tarif elektrik buat rakyat marah,kos operasi meningkat dan harga barng naik…apa perlunya TNB yang untung lebih 500 juta tahun lalu nak naikkan tarif elektrik lagi…Pucung Tuli sebenarnya dapat rasa tujuan mereka…Tahukah pembaca bahawa seorang driver lori TNB yang berkelulusan SRP menerima gaji sehingga RM 4000/ sebulan. Itu belum lagi saham-saham yang pekerja TNB perolehi serta iklan-iklan jawatan yang mengutamanakn kerabat TNB sahaja. Ada kawan Pucung Tuli yang kerja berpangkat sikit dalam TNB mampu hidup mewah malah mengalahkan gaji guru berijazah. UMNO kena tahu inilah bentuk sabotaj terancang yang dilakukan oleh produk-produk mereka sendiri…..Pucung Tuli: tak pakai letrik

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: