TERBARU: LZS – DUA DIREMAN

Oleh : Zamlan Arabi

Seorang pegawai tinggi Lembaga Zakat Selangor dan seorang eksekutif dari MAIS Corporations, anak syarikat Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) diberitakan telah ditahan direman untuk membantu siasatan BPR terhadap penyelewengan yang melibatkan LZS.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, kedua-duanya terlibat dalam projek berkaitan pembekalan peralatan di Pusat Dialisis LZS. Sumber tersebut melaporkan berlaku peningkatan “mark-up” terhadap harga peralatan di pusat itu.
Mengikut laporan laman webnya, Lembaga Zakat Selangor, telah membuka beberapa pusat dialisis sekitar Selangor dan Lembah Kelang. Antaranya di Sungai Besar, Kelang, Shah Alam dan Kuala Selangor (dalam proses).
Sementara itu, berikutan laporan pembongkaran ini, Selangor Today dihujani dengan panggilan dengan maklumat baru mengenai penyelewengan dalam program ‘F1 in schools’ di sekolah-sekolah yang terlibat. “Ini adalah daylight robbery”, kata pemanggil tersebut. Program ‘F1 in schools’ melibatkan pembekalan mesin ” CNC router” untuk kegunaan dalam latihan pemotongan bahan 3 dimensi dan sebagainya. Mesin ini diberitakan dibekalkan pada harga yang terlalu mahal berbanding harga pasaran.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: