Terbaru – UNDUR! DOLAH UNDUR!, – Dr. Khir

Oleh Zamlan Arabi
Mantan MB yang tidak berjaya ‘mempertahankan’ Selangor, Dato’ Seri Khir Toyo turut mencadangkan secara kias agar Abdullah meletakkan jawatan dan menyerahkan tampuk kepimpinan kepada Timbalannya Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak.

Katanya sebagai pemimpin Umno, yang telah dilatih untuk hormat pemimpin, untuk meminta Abdullah meletak jawatan secara terbuka adalah perbuatan terakhir yang terpaksa dilakukan.

“Selalunya kami tunjukkan secara kiasan atau tidak langsung, dengan harapan hasrat itu difahami,” katanya yang dipetik daripada blognya sendiri di drkhir.blogspot.com.

Sebelum itu beliau turut menyatakan hasil pertemuannya dengan Tun Mahathir yang gusar terhadap masa depan Umno dan BN jika ia terus dipimpin oleh Abdullah.

“Hasil perbincangan saya, Tun telah hilang keyakinan terhadap kewibawaan Pak Lah,” katanya.

“Sebagai pemimpin kerdil, secara peribadi saya berpendapat Abdullah mesti berani menerima kenyataan.

“Dan membuat rancangan keluar (exit plan) atau persaraan yang melibatkan peralihan kepimpinan parti dan negara kepada Najib,” katanya.

petikan : drkhir. blogspot.com

Sekiranya komen anda diblog dr khir tidak disiar, komen di sini…

2 Responses

  1. Orang yang letak jawatan kerana disuruh letak jawatan lebih baik daripada orang yang menyuruhnya letak jawatan kerana yang menyuruhnya tahu betapa hinanya tidak berjawatan setelah menyalahgunakan jawatan untuk jadi maha jutawan!

  2. Ha,ha,ha……..cepat betul jawa tali air 2 tg karang ni tukar dahan berteduh…Ye lah…, memang dulupun khir ni naik atas tunjuk Mahathir. Lepas 2 bila Mahathir jatuh, dia cuba-cuba duduk bawah pak lah dan KJ. Apa pun keadaannya dapat dilihat bagaimana gerakan menmusnahkan KJ sedang di atur oleh Mukhris dan Khir. pasti ada pakatan dan gabungan diantara keduanya untuk berpadu menyingkirkan KJ dari arena politik perdana. Dapat dijangka Mukhris pasti akan memenangi kerusi ketua pemuda kerana seluruh negara mahukannya dan Khir terpaksa berkompromi untuk duduk sebagi timbalan sahaja. Walaubagaimanpun kita harus ingat, KJ belum keluarkan kuku sepenuhnya…, jadi Khir kena hati-hati sikit….kesiannnnnn

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: