Dermasiswa/zakat Pelajar Kena Songlap??

Oleh : Zamlan Arabi

Berikutan terbongkarnya isu penyelewengan di Lembaga Zakat Selangor, timbul pula pelbagai rentetan penyelewengan di institusi itu. Sumber dalaman LZS memberitahu berlaku penyelewengan dalam pemberian dermasiswa bagi pelajar anak Selangor yang sedang menuntut di Al-Azhar Mesir.

Menurut sumber itu, wang dermasiswa untuk pelajar-pelajar tersebut tidak diberikan dalam jumlah yang cukup atau sepenuhnya. Sejumlah RM4 ribu diberitakan diperuntukkan bagi setiap penerima dermasiswa tersebut. Hanya sebahagian sahaja diberikan manakala selebihnya lewat atau tidak diberi langsung.

Menurutnya, wang dermasiswa tersebut diberikan melalui wakil LZS (HEP). Berikutan itu pegawai tersebut dipanggil pulang dan digantikan dengan pegawai yang baru. Bagaimanapun, perkara yang hampir sama dilaporkan berlaku dan pegawai baru itu juga dipercayai telah dipanggil pulang ke tanah air.

Menurut sumber dalaman, LZS kini terpecah dua. Kumpulan yang mahukan LZS dibersihkan dan untuk menarik semula keyakinan umat Islam di Selangor terhadap institusi tersebut manakala sekumpulan lagi adalah kumpulan yang cuba menutup kemungkaran yang berlaku di LZS dengan mencari pemberi maklumat kepada blog-blog seperti ini.

Sementara itu, Pengurus Bahagian Agihan LZS yang ditahan reman untuk soal-siasat BPR telah kembali bertugas semula.

Selangor Today akan membuat pendedahan lengkap dalam tempuh terdekat ini – tungguuu.

One Response

  1. Saya agak tertarikmembaca berita yang disiarkan di blog ini akhir-akhir ini. Tetapi sebagai seorang yang arif dalam penulisan berita saya agak kecewa kerana ada berita yang disiarkan lebih berbentuk emosi dan mengunakan cakap-cakap orang sebagai pengukuhan.

    Adakah cakap-cakap ini boleh dijadikan bukti? Jika benar seperti telahan penulis banyak kemungkaran berlaku kepada pelajar di Mesir, kenapa pihak yang sebenarnya menerima bantuan kewangan itu sendiri tidak datang sendiri ke LZS dan membuat aduan tidak menerima bantuan sepenuhnya. Mengapa pula mereka berdiam diri. Dan jika segala telahan penulis adalah benar kenapa laporan polis tidak dilakukan. Dan kenapa setelah siasatan BPR dilakukan terhadap LZS hanyalah diperolehi kesalahan terhadap individu sahaja yang ditemui (itupun disyaki). Ini adalah antara bukti LZS berada dalam keadaan bersih.

    Saudara penulis,
    Saya kuatir… apabila terlalu lantang penulis menyuarakan pendapat tanpa ada bukti yang kukuh akhirnya akan berlaku sebaran fitnah yang boleh menghancurkan pelbagai pihak. Dan kita sebagai umat Islam akan terus berpecah belah sibuk dengan kata mengata itu dan ini tanpa bukti yang shahih. Sedangkan orang yahudi dan sekian-sekian manusia yang bukan beragama Islam bertepuk tangan melihat telatah kita sebagai umat Islam…yang sibuk mengata dan menjatuhkan…

    Editor says:

    I accept with open mind of the comments above. I met one top brass in JAIS. He told me that 2 HEP officers is being oulled back due to numerous complaints by the publics. My question, do I have to reveal names?? No. We have to protect our source. Wassalam.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: