AUKU – Sentuhan Gincu & Bedak Sejuk.

Mahasiswa mendesak - Foto ihsan Harakah
Oleh: Siswa Tua

Pindaan Akta Kolej dan Universiti 1972 – AUKU, yang diwar-warkan tidak lebih sebagai satu ‘cosmetic changes’ atau sentuhan gincu dan bedak sejuk yang tidak akan merobah sturuktur wajahnya supaya dilihat cantik dan menarik tetapi badan dan isinya tetap sama.

Pindaan AUKU 1972 yang lebih kepada penglibatan pelajar universiti dalam aktiviti kemasyarakatan, bukannya politik, dilihat sebagai strategik licik Kementerian Pengajian Tinggi dalam memenuhi gesaan pelajar yang mahukan akta itu dimansuhkan.

Ini lawak jenaka pertama oleh Kementerian Pendidikan Tinggi melalui Timbalan Menterinya Idris Haron dengan menmberi gambaran agar mahasiswa digalakkan beraktif dalam NGO seperti Belia 4B. Ironisnya, Idris Haron memetik Belia 4B pimpinan Pak Lawak Ali Rustam sebagai contoh.

Pandangan Idris Haron terus disanggah oleh bekas Presiden Persatuan Mahasiswa UKM, Abdullah Abdul Karim ketika memberi respons bahawa pindaan itu sebenarnya masih tidak memberi kebebasan kepada mahasiswa yang lebih menjurus kepada persatuan yang ada hubungan dengan kerajaan.
Dalam kenyataan nya kepada Harakah, beliau menekankan betapa adanya agenda tersembunyi kerajaan.

Abdullah juga mencabar kerajaan supaya tidak menyekat pelajar untuk terlibat dengan mana-mana pertubuhan NGO selain Belia 4B seperti Teras, Jemaah Islah Malaysia (JIM), Suaram, Gerak, Jerit, dan sebagainya. “Jika pelajar boleh terlibat dalam NGO, saya minta mereka juga tidak dihadkan untuk NGO tertentu sahaja biarlah ia menyeluruh,” tegas beliau.

Jelas sekali kerajaan tidak berniat atau berani untuk melepaskan cengkaman terhadap para mahasiwa sejak terbitnya AUKU hingga kini. Jika diperhatikan tekanan terhadap gerakan dan pergerakan mahasiswa semkin teruk sehingga menghampiri tahaf memperbudak-budakkan mahasiswa. Pandangan, cadangan, desakan untuk membebaskan mahasiswa dari cengkaman AUKU tidak diberi perhatian. Pada Ogos 2007 misalnya, berlaku demonstrasi mahasiswa ke pejabat SUHAKAM menuntut perubahan beberapa artikel dalam AUKU 1972 dipinda. Namun hingga kini tiada apa yang menjurus kearah itu melainkan cadangan perubahan yang berupa kosmetik dari KPT sendiri baru-baru ini.

Melalui NC HEP yang dipengaruhi oleh UMNO tekanan terhadap mahasiswa ketahap yang amat buruk sehingga terdapat para NC HEP yang lebih sudu dari kuah. Terdapat NC HEP yang mahu memastikan mahasiswa hanya menyokong politik UMNO BN dan kerajaan. Malahan terdapat NC HEP yang terlibat langsung dengan politik kepartian, berkempen untuk calon kerajaan dalam pilihanraya-pilihanraya yang lalu. Di Macap, di Ijuk dua pilihanrya kecil yang melibatkan dua orang TNC HEP melalui gerakan PEMANTAU yang jelas dan terang terang berkempen bagi pihak BN UMNO.
Entah dimana letaknya Perintah Am – General Order jelas melarang pegawai kategori A terlibat dalam politik kepartian. Bagaimanapun UMNO dan BN sendiri telah menodai arahan ini.

AUKU bukan setakat ditekankan kepada mahasiswa dalam negeri. Ia juga terbawa-bawa hingga ke luar negara seperti Mesir. Pelbagai tekanan telah dilakukan oleh pehak Pegawai HEP kepada pelajar di Universiti Al-Azhar Kaherah. Laporan dan keluhan mereka terpapar dalam blog-blog seperti PMRAM dan mykebenaran. Apa rasionalnya Kelab UMNO dipaksakan kepada mahasiswa disana? (Baca artikel Keluhan Mahasiswa Selangor di Kaherah).

Dengan terdedahnya kelemahan kerajaan UMNO-BN lewat pilihanraya umum ke 12 yang lalu, sudah sampai masanya bagi kerajaan UMNO BN belajar menghormati institusi pembangunan intelektuil atau pusat pengajian tinggi kerana dengan perkembangan terbaharu hari ini, jelas sekali kekangan semberono tidak akan menghasilkan apa-apa malahan merobek keyakinan masyarakat terhadap pemerintah hari ini khususnya jenerasi muda yang pasti akan menentukan arah mana kuasa pemerintahan dan politik Malaysia pada PRU 13 nanti.

http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=7138&Itemid=85
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=13991&Itemid=28
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=7436&Itemid=75

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: