ADUN SELANGOR ANGKAT SUMPAH – TENG SPEAKER

Oleh: Wartawan Kita

SHAH ALAM, Selasa 22 April: Kesemua 55 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor mengangkat sumpah hari ini, kecuali Adun Kota Alam Shah, M. Manoharan yang kini menjalani tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA.

Majlis angkat sumpah pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, hari ini bermula dengan Adun Sungai Pinang, Teng Chang Khim yang dilantik Speaker atau Yang Dipertua Dewan.

Teng, 45, wakil rakyat DAP mengangkat sumpah di hadapan setiausaha Dewan, Shukri Hamin dan selepas menandatangani surat sumpah, beliau dipakaikan jubah serta songkok bagi melengkapkan pelantikan jawatan itu.

Dewan Undangan Negeri Selangor akan mengadakan sidang pertamanya pada 28 April 2008 akan datang.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: