BERAPA HARGA AIR JIKA PR TEWAS?

MUNGKIN HAMPIR RM2 SATU KUBIK METER! Harga ini pasti akan terus naik kerana perjanjian konsesi biasanya memuatkan klausa kenaikan beberapa tahun seperti yang berlaku dalam perjanjian konsesi lebuhraya.

Dengan pertelagahan antara Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Kerajaan Negeri Selangor atas isu air percuma, sesuatu yang pelik mungkin sedang berlaku. Mengapa seperti ada halangan untuk Kerajaan Selangor melaksanakannya? Sedangkan pemegang konsesi air di Selangor adalah syarikat-syarikat GLE milik Kerajaan Negeri atau syarikat yang mana Kerajaan Negeri ada kepentingan.

Projek air di Selangor mencapai tahap mega bernilai bilion ringgit melibatkan syrikat-syarikat milik Kerajaan Negeri seperti KDEB, Syabas, KPS dan lain-lain. Berikutan cadangan pembekalan air merentasi Banjaran Titiwangsa telah di persetujui oleh Kerajaan dahulu pimpinan Khir Toyo, pastinya ia melibatkan sejumlah yang amat besar. Kos Modal dan Kos Operasi sudah tentu akan menggunung berikutan kenaikan harga minyak sedunia $118 setong.

Sebelum ini Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor pernah menegaskan bahawa perjanjian konsesi air dengan pemegang konsesi tidak mengambil kira kepentingan pihak ketiga yang sangat penting iaitu pengguna atau rakyat jelata.

Kerajaan negeri perlu lebih tegas. Jika boleh perlu membatalkan projek mega air dengan alasan kenaikan harga minyak dan kemelesetan ekonomi yang bakal tiba berikutan kesan kenaikan harga minyak mentah dunia.

Pada masa yang sama, persoalan apakah ‘top guns’ dalam GLE Selangor telus terhadap kerajaan Pakatan Rakyat Selangor perlu diberi perhatian. Sebaik-baiknya Kerajaan Ngeri mendapatkan pandangan kedua atau ‘second opinion’ akan laporan-laporan teraju GLE Selangor samada telus atau tidak.

One Response

  1. ———- Forwarded message ———-
    From: Sulaiman Masri

    PAKATAN RAKYAT MESTI JANGAN LEKA WALAU SEDETIK PUN
    (Pengalaman di Selangor)

    Awas, Pakatan Rakyat, terus diasak kiri dan kanan; cuba disabotaj di
    mana-mana; diremehkan di sana sini; cuba ditindih dan dihimpit atas
    dan bawah!

    Khususnya, pakatan PKR, yang memimpin pentadbiran kerajaan negeri
    Selangor sekarang, nampaknya terus dipantau, diasak, dicerca, diremeh,
    dileceh.

    “General Umno” di Selangor yang kehilangan kuasa dan terus ‘gila
    kuasa’ , Datuk Seri Mohd Khir Toyo, nampaknya terus mengepalai gerakan
    ‘ganggu’ terhadap gaya, perancangan dan tindakan pentadbiran kerajaan
    negeri Selangor sekarang.

    Walhal, sesungguhnya, kerajaan Negeri Selangor sekarang dikuasai
    Pakatan Rakyat, yang pucuk kepemimpinan negeri diterajui PKR, dan YAB
    Tan Sri Dato’ Abdul KHalid Ibrahim, kini Menteri Besar Selangor Darul
    Ehsan.

    Barisan kepemimpinan Umno/BN Selangor masih belum menunjukkan sikap
    “gentlemen” walaupun sudah angkat sumpah menjadi Ahli Dewan undangan
    Negeri pada Selasa, 22 April.

    Menurut risikan, terdapat YB Umno dan orang mereka rancak memantau
    dan merisik gaya dan gerakan pentadbiran Pakatan Rakyat di Tingkat 21
    Bangunan Sultan Sallahuddin Abdul Aziz Shah @SUK, yang diterajui YAB
    Tan Sri Khalid.

    Diberitakan, di bangunan SUK masih ada “konco” Umno yang menghantar
    emel atau memberi laporan lisan kepada “orang gila kuasa di luar sana”
    (orgium) tentang pentabiran kerajaan negeri Selangor pimpinan YAB Tan
    Sri Khlaid.

    Menurut sumber, segelintir petugas media cetak dan media maya
    (internet) di tingkat 4 dan tingkat 20 bangunan SUK, dan satu media
    maya yang beroperasi di luar SUK, masih “berkonco” dengan “orgium”
    tersebut, lantas “memberi atau menyebar maklumat” yang menguntungkan
    pihak mereka.

    Menurut pengamal media politik, pihak pentadbiran negeri Selangor
    sekarang, terutama pihak pemantau atau penggempur Pakatan Rakyat,
    khususnya PKR, mesti melakukan sesi “taat dan setia” terhadap
    kerajaan pimpinan YAB Tan Sri Khalid dalam kalangan petugas media di
    SUK dan di luar, yang direkrut pentadbiran negeri Selangor yang
    ditewaskan dalam PRU-12.

    Tegasnya, semua petugas media, termasuk semua petugas di Bangunan
    Salahuddin Abdul Aziz Shah@SUK mesti bertugas untuk kerajaan negeri
    sekarang dalam kekuasaan Pakatan Rakyat, yang diterajui YAB Tan Sri
    Khalid.

    Mujurnya, kita harap dengan kehadiran bertugas Setiausaha Akhbar YAB
    Dato Menteri Besar Selangor, hari ini dapat segera mengubah senario
    petugas dan aktiviti media cetak dan maya di SUK yang “masih
    membimbangkan Pakatan Rakyat”.

    Mengapa tidak? Mata pena, dan kini jejari di kekunci komputer yang
    dikirim oleh segelintir “petugas media yang masih berpihak kepada
    orgiku Umno/BN”, ke alam alam maya (laman web), sesungguhnya lebih
    tajam daripada mata pedang atau pisau cukur.

    Barisan kepemimpinan Pakatan Rakat, terutama barisan Ahli Majlis
    Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (Ahmas), pimpinan YAB Tan Sri Dato’
    Abdul Khlaid Ibrahim,
    termasuk kakitangan, mesti jangan pandang sebelah mata terhadap
    perkara yang diperkatakan.

    Kepemimpinan Kerajaan Negeri Selangor di bangunan SUK, mesti melakukan
    “gerak mesra pekerja” sekerap mungkin bagi memastikan seluruh pekerja,
    termasuk lantikan kerajaan pusat, agar sewajarnya “menyokong dan setia
    bekerja” untuk kerajaan pimpinan YAB Tan Sri Khalid, demi manfaat
    seluruh rakyat negeri Selangor khususnya.

    Malahan, tidak menjadi kesilapan sekiranya kerajaan negeri Selangor
    sekarang bertindak “mengambil bekerja” kalangan petugas daripada
    ahli Pakatan Rakyat bagi mengoperasi seluruh aktiviti media cetak dan
    media maya, dan beberapa unit atau bahagian lain di SUK yang dianggap
    “mudah” dipengaruhi oleh “golongan orgium”.

    Ingat, seluruh pemimpin Pakatan Rakyat, barisan pemimpin sokongan,
    para ahli PKR, PAS, DAP, serta pengundi mesti berusaha mengekalkan
    kemenangan menjelang PRU-13, dan seterusnya.

    Pakatan Rakyat di Selangor dan empat negeri lain, mesti membina citra
    (imej) dan jati diri (identiti) mulai sekarang, dan memantapkannya
    dalam peredaran masa yang singkat.

    Pakatan Rakyat mesti berusaha mengekalkan kemenangan ini yang turut
    didukungi jutaan ahli mahupun pengundi bagi kemenangan dalam PRU-13,
    dan seterusnya. Justeru itu, jangan leka walau sedetik pun jua!

    Ingat, dalam senyuman petugas media, atau petugas lain di tingkat 21
    dan tingkat 20, bangunan SUK, terkandung seribu makna. Mungkin
    ratusan senyuman sinis masih memihak kepada Umno/BN!

    (Namun, kalangan ahli setia Pakatan Rakyat, perlu juga mengawasi
    “orang dalam” lantaran rasa cemburu kerana tidak dapat habuan, tidak
    dilantik ke jawatan parti atau bukan parti, atau sebab peribadi lain,
    boleh melahirkan ahli-ahli PKR/PAS/DAP bersikap “telunjuk lurus
    kelengking berkait”).

    Wassalam.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: