Tingkat 4 & Tingkat 20 SUK

PAKATAN RAKYAT MESTI JANGAN LEKA WALAU SEDETIK PUN
(Pengalaman di Selangor)

Oleh Dr. Sulaiman Masri

Awas, Pakatan Rakyat, terus diasak kiri dan kanan; cuba disabotaj di
mana-mana; diremehkan di sana sini; cuba ditindih dan dihimpit atas
dan bawah!

Khususnya, pakatan PKR, yang memimpin pentadbiran kerajaan negeri
Selangor sekarang, nampaknya terus dipantau, diasak, dicerca, diremeh,
dileceh.

“General Umno” di Selangor yang kehilangan kuasa dan terus ‘gila
kuasa’ , Datuk Seri Mohd Khir Toyo, nampaknya terus mengepalai gerakan
‘ganggu’ terhadap gaya, perancangan dan tindakan pentadbiran kerajaan
negeri Selangor sekarang.

Walhal, sesungguhnya, kerajaan Negeri Selangor sekarang dikuasai
Pakatan Rakyat, yang pucuk kepemimpinan negeri diterajui PKR, dan YAB
Tan Sri Dato’ Abdul KHalid Ibrahim, kini Menteri Besar Selangor Darul
Ehsan.

Barisan kepemimpinan Umno/BN Selangor masih belum menunjukkan sikap
“gentlemen” walaupun sudah angkat sumpah menjadi Ahli Dewan undangan
Negeri pada Selasa, 22 April.

Menurut risikan, terdapat YB Umno dan orang mereka rancak memantau
dan merisik gaya dan gerakan pentadbiran Pakatan Rakyat di Tingkat 21
Bangunan Sultan Sallahuddin Abdul Aziz Shah @SUK, yang diterajui YAB
Tan Sri Khalid.

Diberitakan, di bangunan SUK masih ada “konco” Umno yang menghantar
emel atau memberi laporan lisan kepada “orang gila kuasa di luar sana”
(orgium) tentang pentabiran kerajaan negeri Selangor pimpinan YAB Tan
Sri Khlaid.

Menurut sumber, segelintir petugas media cetak dan media maya
(internet) di tingkat 4 dan tingkat 20 bangunan SUK, dan satu media
maya yang beroperasi di luar SUK, masih “berkonco” dengan “orgium”
tersebut, lantas “memberi atau menyebar maklumat” yang menguntungkan
pihak mereka.

Menurut pengamal media politik, pihak pentadbiran negeri Selangor
sekarang, terutama pihak pemantau atau penggempur Pakatan Rakyat,
khususnya PKR, mesti melakukan sesi “taat dan setia” terhadap
kerajaan pimpinan YAB Tan Sri Khalid dalam kalangan petugas media di
SUK dan di luar, yang direkrut pentadbiran negeri Selangor yang
ditewaskan dalam PRU-12.

Tegasnya, semua petugas media, termasuk semua petugas di Bangunan
Salahuddin Abdul Aziz Shah@SUK mesti bertugas untuk kerajaan negeri
sekarang dalam kekuasaan Pakatan Rakyat, yang diterajui YAB Tan Sri
Khalid.

Mujurnya, kita harap dengan kehadiran bertugas Setiausaha Akhbar YAB
Dato Menteri Besar Selangor, hari ini dapat segera mengubah senario
petugas dan aktiviti media cetak dan maya di SUK yang “masih
membimbangkan Pakatan Rakyat”.

Mengapa tidak? Mata pena, dan kini jejari di kekunci komputer yang
dikirim oleh segelintir “petugas media yang masih berpihak kepada
orgiku Umno/BN”, ke alam alam maya (laman web), sesungguhnya lebih
tajam daripada mata pedang atau pisau cukur.

Barisan kepemimpinan Pakatan Rakat, terutama barisan Ahli Majlis
Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (Ahmas), pimpinan YAB Tan Sri Dato’
Abdul Khlaid Ibrahim,termasuk kakitangan, mesti jangan pandang sebelah
mata terhadap perkara yang diperkatakan.

Kepemimpinan Kerajaan Negeri Selangor di bangunan SUK, mesti melakukan
“gerak mesra pekerja” sekerap mungkin bagi memastikan seluruh pekerja,
termasuk lantikan kerajaan pusat, agar sewajarnya “menyokong dan setia
bekerja” untuk kerajaan pimpinan YAB Tan Sri Khalid, demi manfaat
seluruh rakyat negeri Selangor khususnya.
Malahan, tidak menjadi kesilapan sekiranya kerajaan negeri Selangor
sekarang bertindak “mengambil bekerja” kalangan petugas daripada
ahli Pakatan Rakyat bagi mengoperasi seluruh aktiviti media cetak dan
media maya, dan beberapa unit atau bahagian lain di SUK yang dianggap
“mudah” dipengaruhi oleh “golongan orgium”.
Ingat, seluruh pemimpin Pakatan Rakyat, barisan pemimpin sokongan,
para ahli PKR, PAS, DAP, serta pengundi mesti berusaha mengekalkan
kemenangan menjelang PRU-13, dan seterusnya.
Pakatan Rakyat di Selangor dan empat negeri lain, mesti membina citra
(imej) dan jati diri (identiti) mulai sekarang, dan memantapkannya
dalam peredaran masa yang singkat.
Pakatan Rakyat mesti berusaha mengekalkan kemenangan ini yang turut
didukungi jutaan ahli mahupun pengundi bagi kemenangan dalam PRU-13,
dan seterusnya. Justeru itu, jangan leka walau sedetik pun jua!
Ingat, dalam senyuman petugas media, atau petugas lain di tingkat 21
dan tingkat 20, bangunan SUK, terkandung seribu makna. Mungkin
ratusan senyuman sinis masih memihak kepada Umno/BN!
(Namun, kalangan ahli setia Pakatan Rakyat, perlu juga mengawasi
“orang dalam” lantaran rasa cemburu kerana tidak dapat habuan, tidak
dilantik ke jawatan parti atau bukan parti, atau sebab peribadi lain,
boleh melahirkan ahli-ahli PKR/PAS/DAP bersikap “telunjuk lurus
kelengking berkait”).

Editors Note:

Hampir keseluruhan pegawai tinggi di bawah MBI Incorporated terdiri dari anak-anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor berkempen untuk BN pada pilihanraya lalu. Mereka masih cuba bermain wayang dengan Menteri Besar Tan Sri Khalid. KDEB, PKNS, KPS, UNISEL, Yayasan Selangor and all. Khir Toyo jelas sekali mendapat first hand info dari mereka. Lihat hentaman Khir tentang isu air. Sehari sebelum itu diberitakan top guns KDEB, Syabas, ABASS dan lain-lain jabatan terlibat berbincang isu air. Esuk, Khir buat kenyataan dalam akhbar.

Wah bukan main lagi kelihatan akrabnya mereka dengan MB. Jangan terkejut nanti jika Razali Agus, Takril Tasuki, isi borang Keadilan.

Tan Sri, we will not let this state and PKR Govt falls. Please get second opinion regarding these people. Be your, own you are the people’s hope. Millions of people behind you. This Govt is their’s. Rakyat. Please also look at some of YB PKR yang lebih selesa berkawan dengan orabg-orang PPP dan MIC, yang terang-terang usung bendera BN hingga pukul 5 petang pada 8 March 2008. Pekerja parti kaum India yang bekerja kuat mempastikan kemenangan di Kuala Selangor sudah mula marah dan naik muak dengan sikap YB Muthiah ini.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: