Khir Toyo, Isteri.. & Yang Sekaum Dengannya

April 26, 2008 by drrafick

[Penulisan ini sengaja di buat di dalam bahasa Malaysia, supaya lebih ramai orang melayu boleh membaca dan menyelami maksudnya]

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[1] Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),
[2] Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;
[3] Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, –
[4] Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, –
[5] Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.
[6] Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau yang sewajibnya),
[7] Dengan sebab ia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya.
[8] (Ingatlah) sesungguhnya kepada Tuhanmu lah tempat kembali (untuk menerima balasan).
[9] Adakah engkau nampak (baiknya) orang yang melarang (dan menghalang) –
[10] Seorang hamba Allah apabila ia mengerjakan sembahyang?
[11] Adakah engkau nampak (buruknya) jika ia berada di atas jalan yang betul? –
[12] Atau ia menyuruh orang bertaqwa (jangan melakukan syirik)?
[13] Adakah engkau nampak (terlepasnya dari azab) jika ia mendustakan (apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad kepadanya) serta ia berpaling ingkar?
[14] Tidakkah ia mengetahui bahawa sesungguhnya Allah melihat (segala amal perbuatannya dan membalasnya)?
[15] Jangan sekali-kali berlaku derhaka! Demi sesungguhnya jika ia tidak berhenti (dari perbuatannya yang buruk itu), nescaya Kami akan menyentap ubun-ubunnya (dan menyeretnya ke dalam neraka), –
[16] Ubun-ubun (orang) yang berdusta, yang bersalah.
[17] Kemudian biarlah ia memanggil kumpulannya (untuk menyelamatkannya),
[18] Kami pula akan memanggil malaikat Zabaniyah (untuk menyeksanya)!
[19] Ingatlah! Janganlah engkau (wahai Muhammad) menurut kehendaknya, dan (sebaliknya) sujudlah dan dampingkanlah dirimu kepada Allah (dengan taat dan beramal soleh)!

Mungkin ramai pembaca berasa hairan mengapa saya menulis pada kali ini dengan memulakan dengan tafseer dari Surah 96 iaitu Surah Al Alaq. Dengan sengaja mengambil tafsirnya dalam bahasa melayu supaya mudah bagi Khir Toyo (KT) dan Isteri dan rakan rakan sekaum dengannya memahami apa yang di tulis dalam Al Quran. Kalau tak faham maksudnya , jumpalah mufti Selangor untuk dapatkan nasihat beliau.

Para pembaca mungkin bertanya apa kena mengenanya surah 96 ini dengan KT, isteri dan orang orang yang sekaum dengannya. Izinkan saya menjelaskan di dalam konteks 2 situasi semasa iaitu dalam kes isu babi dan dalam kes mencuri duit Balkis.

Babi OooOi Babi II

Jika ada kesempatan bacalah artikel saya dengan tajuk Babi Ooooi Babi yang ada di laman web saya. Ayat 1 -4 menyebut berulang kali perkataan “Bacalah” . Saya minta KT dan orang orang yang sekaum dengannya supaya Bacalah… Bacalah.. Sebelum buka mulut dan memalukan Umat Islam satu dunia, bacalah. Kalau nabi Mohamed di minta membaca Alquran buat pertama kalinya, maka marilah kita sama sama membaca buku buku dan laman laman web dan dapatkanlah sedikit ilmu tentang isu tentang ternakan babi moden sebelum membuka mulut dan bercakap tentang penternakan babi di Sepang.

Saya agak kecewa apabila KT dan orang orang sekaumnya belum sedar dan masih terus menghebahkan maklumat maklumat yang tidak benar tentang penternakan babi di sepang. Hentikanlah penipuan. Tunjukkanlah sikit kebijaksanaan tu. Jangan la malukan bangsa dan agama kita. Engkau tu pemimpin. Apa yang kau cakap tu, kaum kaum kau dengan membabi buta akan mengiakan apa yang dicakapkan.

Saya agak kecewa apabila TV3 juga turut mengambil peluang menggembar gemburkan isu ladang babi ini. Agaknya untuk tujuan nak melagakan lagakan orang Islam dan bukan Islam. Dalam siaran terbarunya, ianya mengaitkan kedudukan ladang babi tadi dengan kedudukan LTAKL yang akan memalukan negara dan pantai Bagan lalang yang kononnya akan tercemar.

Yang menghairankan, sebelum ini Karam Singh Walia, dengan pelabagai peribahasa telah membuat beberapa siaran yang menunjukkan betapa kotornya ladang babi yang tidak diuruskan dengan baik di serata semenanjung.

Disini ingin saya jelaskan, Jarak Radius Kawasan Tapak Projek jaraknya lebih dari 20km radius. Ini bermakna jarak melalui jalanraya mungking lebih iaitu pada anggaran 50km. Tak payah lah nak kaitkan dengan KLIA. Yang keduanya jarak diantara Tapak projek juga dengan pantai bagan lalang lebih dari 20 km radius.

Selama 50 tahun, BN memerintah ladang babi tumbuh macam cendawan tanpa kawalan. Mengikut penelitian saya terdapat 132 ladang babi di seluroh Selangor yang timbul dibawah kepimpinan BN. Sekarang ini kerajaan baru nak meneruskan usaha KT dimana satu ladang pusat di bina dan 132 ladang babi yang bertaburan ini dan memberi masalah kepada seluroh rakyat jelata akan di tutupkan di 132 kawasan di Selangor di selesaikan. Ini patut di sokong dan bukannya dijadilkan bahan politik. Yang lebih buruk lagi apabila percakapan mereka menggambarkan perwatakan mereka.

Sistem kawalan najis berpusat akan di bina. Kaedah ini akan membantu ekonomi penternak dan menaik taraf penternak dan pada masa yang sama akan memberi kualiti hidup yang lebih baik untuk rakyat Selangor dimana kualiti air sungai, pencemaran bau dll yang di biarkan berlarutan selama 50tahun oleh kerajaan BN dapat di pulihkan. Ini samalah seperti memproses air jamban yang KT dan kaum kaumnya “flush” tiap hari dan di proses oleh IWK.

Bukankan ini baik. Bacalah … Bacalah.. jangan jadi pemimpin yang memalukan Agama Islam dan penganutnya. Engkau dengan mudah menghina kami orang orang Islam yang pakai akal fikiran. Baik jangan bagi tau satu dunia yang engkau ini orang islam. Aku malu dengan pemimpin yang bergelar orang Islam macam ini.

Sepatutnya KT dan kaum kaumnya meniliti laporan pembinaan ladang dan tengok dari segi teknikal bagaimana sisa kumbahannya di buat. Apa masalah yang diselesaikan dan apa faedah dan masalah yang mungkin timbul. Adakah ianya memenuhi piawaian EIA? Cubalah baca atau kalau tak ada masa nak baca ,tanyalah pakar samada cukup ke saiz sistem kumbahan yang di bina.

Adakah system kumbahan yang di cadangkan dapat menampung penternakan besar besaran yang nak di buat. Adakah pengeluaran cukup untuk menampung keperluan Selangor untuk 10 tahun akan datang. Cubalah tonjolkan sedikit kebijaksanaan sebagai seorang Islam. Agaknya inilah akibatnya kalau makan banyak tempe.. muka jadi putih, otak jadi kecut..

Pencuri Duit Balkis

Terlebih dahulu saya ingin melahirkan rasa dukacita saya diatas sikap kedua dua laki bini ini. Memalukan bangsa, agama dengan sikap mereka. Duit persatuan di buatnnya macam duit mak bapak dia. Amat memalukan apabila KT mengeluarkan kenyataan bahawa duit itu di pindahkan kerana takut bahawa anak anak tertentu akan di keluarkan dari senarai. Apa yang KT cakap ini? Cakap macam orang tanpa pelajaran. Mungkin sebenarnya KT takut duit Balkis di gunakan di jalan yang betul dan tidak sebelum ini. Kalau di audit akaun Balkis, kita boleh menentukkan banyak mana duit ini digunakan untuk kebajikan. Mungkinkah dari setiap RM1.00 yang di belanjakan oleh Balkis, hanya sejumlah kecil duit di gunakan untuk kebajikan. Selebihnya?.. Gunakan daya pemikiran anda!

Saya pun berpesatuan. Biarlah saya ceritakan sedikit tentang apa yang saya tahu tentang persatuan persatuan yang di kawal selia oleh ROS (Registrar of Society). Oleh kerana saya tidak mempunyai salinan perlembagaan persatuan Balkis, saya hanya memberi pandangan sahaja mengikut apa yang saya tahu dan apa yang saya baca melalui akhbar. Kalau ada sesiapa yang mempunnyai perlembagaan terkini Balkis, saya minta tolong email kan kepada saya di drrafick@gmail.com untuk di kaji.

Siapa ahli ahli Balkis – Dalam kes ini mengikut nama persatuan itu sendiri, ianya memberikan gambaran bahawa keahliannya terhad kepada Isteri isteri ADUN dan Ahli Parlimen Selangor sahaja. Oleh kerana saya tidak ada perlembagaan Balkis, adakah ini bermakna kelayakan ahli persatuan itu luput apabila suami bukan lagi menjadi ADUN atau MP. Ianya juga bermakna, persatuan hanya boleh menerima mana mana ahli baru yang suami mereka menjadi ADUN atau MP di selangor tanpa mengira kedudukan parti politik mereka.

Apakah tujuan penubuhan Balkis mengikut perlembagaan – Di dalam kes ini pihak berwajib perlu meneliti samada Balkis menjalankan aktiviti mereka mengikut perlembagaan atau sebaliknya.

Apa peranan MB di dalam Balkis. Mengikut kepada nama persatuan, saya rasa MB tak ada apa apa peranan atau kuasa tetapi kemungkinannya hanya menjadi penasihat atau penaung persatuan

Dalam ertikata lain, MB tak boleh campur tangan dalam urusan Balkis kecuali la MB ini tukar jantina dan jadi isteri!

Proses pembubaran persatuan

Pada kebiasaanya kalau kita baca apa apa perlembagaan persatuan yang dikawal selia oleh ROS, kuasa untuk membubarkan apa apa persatuan adalah terletak kepada ahli yang di buat di mesyuarat agong dan bergantung kepada kata putus akhir ROS. Dalam ertikata lain, sehingga hari ini persatuan belum lagi di bubarkan kerana kata putus ROS belum di buat. Ini adalah kerana, sepertimana yang di laporkan dalam media bahawa ROS masih lagi meminta maklumat tambahan dari pengurusan Balkis. Jika belum mendapat kelulusan ROS, maka duit Balkis tidak boleh di pindahkan kemana mana.

Saya tak tahu nak kata apa lagi Cik zaharah dan En Khir Toyo. Saya malu dengan tindakan kedua dua suami isteri. Saya tidak peduli apa saja alasan yang nak di berikan. Yang jelasnya duit Persatuan bukannya duit hak milik mak bapak atau duit mereka yang boleh di pindahkan sesuka hati. Ini mencuri namanya. Ini pecah amanah namanya. Tahu apa hukum pecah amanah di Malaysia. Baca Kanun Keseksaan.. kalau tak silap saya boleh duduk dengan selesa di Penjara Sg Buloh sampai 20 tahun.

Sekarang saya pinta Cik zaharah dan suami serta kaum kaum sejenis mereka ini. Bacalah Surah Al Alaq sekali lagi dari ayat no 5 sampai ke no 19. Kalau tak faham baca surah .. bacalah Perlembagaan persatuan…

Kepada orang Islam di Malaysia, saya minta tolong edarkan surat saya ini keseberapa ramai kawan kawan yang mementingkan kebenaran. Surah Al Alaq adalah ayat pertama yang di ajar oleh Malaikat kepada Nabi Mohamed saw. Kalau yang 5 baris pertama ini pun Khir dan Isteri tak faham, tak tahulah nak cakap apa lagi. Tentang babi di perbohongi dan tentang duit di curi..

Pak Lah, saya minta Pak Lah sebagai Pengerusi BN untuk ambil tindakan yang betul. Apatah lagi Pak Lah datang dari keluarga Ilmuan Islam dan Pak Lah sendiri menegakkan Islam Hadhari. Ambil tindakan sewajarnya terhadap Khir dan Isteri.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: