Skandal BALKIS-gate

Oleh Ibnu Khuzaimah

Transaksi jualbeli tanah dan sumbangan PKNS kepada BALKIS

Lokasi Tanah: SEKSYEN 7 Shah Alam
Harga : RM250,000.00 Keluasan: 43560 k/p : RM5.74 pkp
Penjual : PKNS, Pembeli Balkis.
Cara Bayaran – Kontra. Hutang Kerajaan Negeri daripada PKNS.

PKNS – Derma Majlis Perasmian Kompleks Balkis RM218,719.60
Sumbangan Majlis Makan Malam Balkis RM200,000.00
Tajaan Meja Majlis Makan malam RM 10,000.00
Program Tahunan Isteri Wakil Rakyat RM161,660.00
Jumlah : RM590,379.60

Para pembaca bolehlah berfikir sendiri betapa rosak dan korapnya Kerajaan Selangor semasa Khir Toyo menjadi kepalanya.

Dalam bantahannya kepada akhbar The Sun Khir berkata bahawa denda yang dibayar oleh PKNS sejumlah RM330,00 kerana pembersihan haram di Bukit Cahaya adalah bukan wang rakyat

Khir Toyo: “You wrote that the fine paid by PKNS was people’s money. No, PKNS is a private company.”

Then Khir Toyo made a remarkable statement:

“The fine goes back to the state coffin! (I’m sure he meant “coffers” but those at the lunch looked stunned when he used the word a second time). The money comes back to us.”

Khir Toyo, bukan sahaja tidak reti berbahasa inggeris tak tau apa itu coffin, apa itu coffers. PKNS adalah anak syarikat kerajaan negeri diperbadankan bukan private company. Ini lah contoh menteri kurang cerdik yang Nazri Aziz (terlebih pandai) pernah sebutkan tempuh hari.

Anehnya bagaimana wang denda boleh kembali kepada khazanah negeri??

Bolehkah transaksi jualbeli seperti ini sah disisi undang-undang? Berapa pula jumlah nilai premium yang dibayar Balkis bagi tanah ini? Bagi tanah bangunan ianya mesti bernilai sekurang-kurangnya RM5 sekaki persegi. Jika diperhatikan jumlah sumbangan derma majlis perasmian Kompleks Balkis RM218,719.60.
Mengapa 60 sen? Mengapa satu jumlah yang tidak round figure? Mengkinkah PKNS juga membayarkan sekali wang premium bagi tanah itu apabila menjualnya kepada Balkis?

Pada kebiasaannya Kerajaan Negeri memberikan tanah kepada agensi seperti PKNS atas keperluan tertentu pembangunan. PKNS kemudiannya membangunkan tanah itu atau menjualkan kepada pembeli baru. Jika telahan ini benar maka sekali persegi ialah RM5.02, nilai terendah bagi tanah bangunan bagi tempat yang prime di Seksyen 7 Shah Alam.

Memohon tanah kerajaan dan kemudian menjualkan kepada pihak lain adalah antara kegiatan utama badan badan dibawah Kerajaan negeri Selangor.

Yayasan Selangor adalah antara yang banyak mendapat tanah dari Kerajaan Negeri dan banyak juga yang dijualkan untuk mendapatkan wang. Cara mudah. Yayasan Selangor perlu dibedah siasat segera.

Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Tan Sri Khalid perlu tegas dalam isu ini supaya tidak berlaku dan tidak ada siapa yang berani menderhaka kepada rakyat dimasa akan datang.

Salah urus/mismanagent jelas berlaku dalam anak-anak syarikat negeri yang diperbadankan termasuk juga badan-badan seperti Yayasan Selangor dan PKPS. Bedah siasat, reinvent dan turn around perlu malah wajib disegerakan sebelum menjadi lebih parah! Dan sebelum rakyat berarak menuntut keadilan diperkasakan!

Updates:

Kenyataan Zaharah Kecik bahawa pemindahan wang Balkis kepada Bakti yang dilakukannya adalah sah adalah salah sama sekali. Korum 2/3 yang disebutkannya tidak ujud sama sekali kerana dalam sebuah kerajaan caretaker hanyalah Perdana Menteri, Jemaah Menteri dan Menteri Besar. Timbalan Menteri, Ahli Parlimen, ADUN tidak berfungsi langsung. Bermakna mantan ADUN tidak berfungsi apa tah lagi sang isteri, sejak pembubaran Parlimen dan DUN. Maka jika Zaharah berkata ada koram, maka koram itu tidak sah. Samalah, bahawa Zaharah membuat keputusan sendiri dengan nasihat kekandanya abang sayang abang ku Khir… Alahai..

3 Responses

  1. Dua Dua Bangsat…..

    wang dari rakyat dan agensi2 yg ditubuhkan untuk rakyat selangor..kenapa perlu dipindahkan kepada BAKTI…

    Kita tidak ada kaum ..

    “Bangsa Barisan Nasional Keturunan Selangor…”..

    Perlu diingat…kita hanya ada Rakyat Selangor…yg bernaung dibawah Sultan Selangor…

    To Mantat MB dan Isteri…bawak bawak lah bertaubat…

    ITU WANG UNTUK RAKYAT SELANGOR…bukan untuk PARTI BN SELANGOR…

  2. […] Lembaga Zakat adalah antara penyumbang sejumlah wang wang besar kepada Balkis yang sedang kontroversi sekarang […]

  3. just wondering …

    what have the State Gov. can do to recover monies that should be spend for Rakyat of Selangor..which was transfered out from BALKIS …

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: