UMNO yg Hodoh

Kita Pakat beli kopiah putih

Oleh Pak Din

Baru – baru ini saya bersama keluarga menghadiri majlis perkahwinan sahabat saya di Taman Perumahan SMTD Kampar, apa yang menariknya adalah apabila melalui Pekan Kampar di sepanjang jalan tersebut terdapat banting dan banner Parti Islam semalaysia (PAS) mengucap terima kasih dan ucapan selamat kepada pemandu yang melalui jalan tersebut. Terdetik di hati saya “wah! PAS dah tawan Kampar”.

Pada keesokan harinya sewaktu melayari internet di pejabat, saya merasa agak mual dengan kenyataan UMNO Kampar yang mendesak agar YB Dato’ Seri DiRaja Tajol Rosli meletakkan jawatan kononnya petisyen telah ditandatangani oleh 111 ahli jawatankuasa cawangan UMNO Kampar, ketua kampung dan sebagainya. Mengapa begitu berdendam UMNO Kampar terhadap YB Dato’ Seri DiRaja Tajol Rosli? Adakah ia benar-benar luahan hati masyarakat Kampar atau terdapat tangan jahat di belakang tabir yang mengawal ‘remote control ini’?

Umum mengetahui kehebatan Dato’ Mohamed Radzi Manan, seorang saudagar peralatan ketenteraan (Pengerusi Eksekutif Le Proton Lima Sdn Bhd) dan dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri Perak hanya di zaman YB Dato’ Seri DiRaja Tajol Rosli. Tinggal pula di kawasan perumahan mewah di Bukit Tambun yang berjiranan dengan Kerabat Diraja Negeri Perak, menunjukkan nikmat kemewahan yang beliau nikmati sebagai Ketua UMNO Bahagian Kampar. Tetapi persoalannya adakah begitu hebat individu yang diberi nama Mohamed Radzi Manan ini?

Pernah bertanding sewaktu pemilihan Majlis Tertinggi UMNO 1996-1999 dengan mendapat tempat ke 35. Memenangi pilihanraya sebelum ini dengan majoriti 1, 970 menentang calon PKR, tak begitu berkesan sewaktu menjawat jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri dan pelbagai lagi. Masih teringat bagaimana sorakkan di Kediaman MB Perak apabila nama anak beliau di calonkan untuk bertanding menggantikan tempat beliau. Bukan sorakkan menyokong, tetapi membangkang pencalonan tersebut sehinggakan ada yang sanggup berkampung di Kediaman MB Perak untuk menyatakan rasa meluat mereka terhadap pencalonan tersebut. “Budak beringus hendak diletakkan menjadi calon, kenapa tidak dipilih orang yang telah lama berkhidmat dalam Umno bahagian, yang banyak berjasa” adalah antara kata-kata yang dihemburkan oleh mereka.

Hebat Radhi Manan! UMNO untuk anak beranak, Ketua Bahagian – Radhi Manan, Ketua Wanita – Isteri Radzi Manan, Ketua Puteri – Anak Saudara Radzi Manan, sekarang ADUN Tualang Sekah – Anak Radzi Manan. Saya tidak menyalahkan suara hati golongan ini kerana jika beginilah ‘role model’ pembela UMNO yang maha hebat sudah pasti untuk PRU-13 UMNO boleh gulung tikar.

Umum mengetahui anak beliau bukan ahli UMNO di Bahagian Kampar, suatu ketika dahulu ‘anak emas’ Radzi Manan ini merupakan ahli pergerakan Puteri UMNO Bahagian Tambun, disebabkan perselisihan beliau dengan Ketua UMNO Bahagian Tambun, anak beliau dipindahkan ke salah satu Bahagian di Kuala Lumpur.

Apakah jasa besar beliau sewaktu menjawat jawatan sebagai Exco dahulu? Apakah produk pelancongan atau model pertanian yang berjaya beliau ketengahkan sewaktu menjadi exco dahulu? Yang pasti rakan-rakan agak takut untuk menghantar proposal kepada beliau, takut salin kulit kata mereka!

Saya agak risau kalau inilah model pejuang untuk membela dan menyatukan UMNO, lebih baik bermula sekarang kita pakat beli kopiah putih lebih-lebih sikit takut tak sempat.

Brother, pangkat tak boleh di bawa mati! UMNO bukan milik anak beranak!. UMNO adalah milik Orang dan Ahli UMNO.

One Response

  1. Pak Din,
    Nampak suara hati pak din marah sangat dato’ Radzi ni dan macam pak din begitu minat dgn cerita keluarga serta semua tindak tanduk Dato Radzi sampai kepejabat pun tahu apa yg terjadi?
    Kemungkinan mika ni dulu sayap kanan beliau kot maka bila tak dapat apa yg dihajati mula lah memburukkan beliau.
    Nah sekarang Pakatan Rakyat dah memerintah pegi le minta apa yg mika dan sahabat mika nak Tak perlulah salin kulit ke.Nanti tak tersalin terus jadi ular!
    Kalau nak tahu apa dato buat mengenai pelancongan , pertanian kebudayaan, tanya lah dgn jabatan berkenaan yang semua mesyuarat dipengerusikan Dato Radzi, Mintalah minit mesyauarat maka terbeliak mata mika nanti. Tak terbaca dan jejakilah tempat yg dibangunakan tu , Tak payah jauh nun dekat gua tempurung dekat batang hidung mika, dulunya dah hutan banat sekarang berebut orang nak berniaga pengunjung meningkat
    lipat kali ganda. Penjenamaan pembangunan lembah tempurung menguntungkan orang daerah tempatan. Agrofest tahun lalu di sg siput direkodkan pengunjung dan peniaga tertinggi dalam sejarah pertanian di Perak.
    Banyak lagi tak larat teman naik taipkan kalau hendak tahu buat kata teman, pegilah kejabatan berkenaan. Mika pulak apa sumbangan mika pada masyarakat melayu kampar?

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: