Selangor – Rombak GLC Segera

Enggan berkerjasama: Pengarah JAIP diarah bertukar

Tahniah Nizar – Selangor Bila??

Oleh Zamlan Arabi

Tindakan Kerajan Perak pimpinan Nizar Jamaluddin menukarkan seorang pekerja serta merta dalam tempuh 24 jam perlu dilihat dengan positif dan dalam kerangka yang lebih besar.

Tetapi malangnya ia telah dipolitikkan oleh media arus perdana dan konco-konco Barisan Nasional.

Menurut Menteri Besar Perak, pertukaran adalah perkara biasa. Apatah lagi pegawai tersebut tidak selari dengan hasrat Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak. Sebelum ini semua negeri Pakatan Rakyat sudah berlembut meminta supaya mereka ini berkerjasama dengan kerajaan baru.

Barisan Nasional bagaimanapun terus dengan misi dendam kesumatnya melalui KPLB, mengekalkan Ketua Kampung untuk menyaingi Katua Kampung Pakatan Rakyat yang akan disusun semula dalam masa terdekat.

Keberanian Negeri Perak perlu dicontohi oleh Negeri Selangor dan lain-lain tadbiran Pakatan. Jabatan-jabatan Negeri seperti Pejabat Tanah dan Daerah, Majlis-majlis Daerah, LZS dan lain-lain perlu diperbetulkan dengan segera.

Kemungkinan berlakunya terlalu banyak penyelewengan dan amalan tidak sihat seperti kronisma, nepotisma dan rasuah melalui pemberian tender dan kontrak, pemilikan tanah secara seleweng dan sebagainya sukar dinafikan.

Bagaimana pula dengan Syarikat-syarikat Kerajaan Negeri di perbadankan? Pastinya syarikat milik Ngeri Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah bernilai beratus malah ribuan juta ringgit.

Apakah Kerajaan Negeri Selangor masih mahu bermain-main catur dengan pentadbran anak-anak syarikat negeri yang ada ini? Semua GLC masih dipenuhi wajah-wajah BN. PKNS, KDEB, adalah dua konglemerat utama Selangor perlu segera dirombak diikuti anak-anak syarikatnya yang begitu banyak jumlahnya.

KPPS pula perlu diberi semangat baru kerana , krisis makanan yang sedang melanda dunia wajib ditangani segera.

Sehingga rencana ini ditulis, belum ada tindakan menyeluruh dilakukan. Dalam masa seratus hari, sesuatu yang nyata perlu diperlihatkan kerana rakyat menanti dan memandang. Budaya baru bekerja perlu segera diperkenalkan. Kerajaan Pakatan Rakyat perlu ditadbir dengan kaedah tersendiri yang bersih, adil dan berkebajikan.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: