BABI DAN LOMPAT

    Ulasan Dr. Siti Mariah tentang isu babi dan lompat parti.

Sedutan dari interbiu ekslusif dengan Malaysiakini

Ulasan Dr Siti Mariah tentang kontroversi penternakan babi?

Isu babi banyak diputarbelitkan. Kita tengok bagaimana Utusan Malaysia memainkan isu ini. Kalau kita tengok Sinar Harian, lain pula ceritanya. Sinar Harian mendedahkan daripada A ke Z. Orang Selangor sendiri sudah tahu – ada penerangan, ada risalah daripada sekretariat Pakatan Rakyat untuk menerangkan isu babi.

Tetapi masalahnya orang-orang Melayu di negeri-negeri lain yang capaian maklumat mereka amat rendah. Mereka hanya bergantung kepada televisyen dan juga Utusan Malaysia.

Kalau mereka mendengar cerita dari mula, jelas projek itu diluluskan di zaman (Datuk Seri Dr Mohamad) Khir Toyo. Mereka sudah membuat kajian dan sebagainya. Selangor hanya menyambung (projek itu).

Kalaupun kerajaan (Pakatan) sekarang yang meluluskan, saya masih boleh menyokong sebab kita melihat isu babi bukan isu agama. Babi haram dimakan, tapi bagi orang bukan Islam itu adalah hak mereka.

Kalau kita nak bising (hal ini), isu rasuah kita patut bising lebih lagi.
Isu rasuah tidak ada kelonggaran dalam Islam. Arak tidak ada kelonggaran dalam Islam. Riba tidak ada kelonggaran dalam Islam. Tapi babi ada kelonggaran. Kalau kita tidak ada makanan, babi boleh makan.

Jadi orang kita sudah salah tumpuan. Benda yang tidak mutlak haram, mereka telah jadikan isu. Jadi, melihat pada kepentingan masyarakat, babi perlu diternak secara moden (dan mesra alam). Pencemaran alam sekitar yang berlaku sekarang ini – sungai, parit, sumber air, bau busuk, kita suka seperti itu?

Adakah faktor emosi orang Melayu itu dimainkan dalam isu?

Orang Melayu dari kecil diajar bahawa makan babi itu haram. Dia boleh minum arak, tetapi dia tidak akan makan babi. Dia boleh tidak sembahyang tetapi babi dia tidak makan. Itu masalahnya, kita ini sudah silap.

Seterusnya tentang isu lompat parti, secara peribadi Dr Siti Mariah bersetuju atau tidak dengan tindakan ini? Ada kritikan daripada BN, misalnya tindakan ini tidak beretika.

Ia tidak layak bercakap soal etika. Tapi secara peribadinya, kita mahu membina (peribadi) ahli politik yang beretika. Saya sendiri tidak bersetuju mereka yang melompat parti.

Tetapi dalam politik, alasan-alasan bagi mereka yang hendak melompat (parti) disebabkan mereka tidak nampak kehadiran mereka dalam BN dapat membela rakyat.

Contohnya di Sabah dan Sarawak. Antaranya kita tidak sedar yang sebenarnya Jabatan Pembangunan Pusat (JPP) yang BN perkenalkan sewaktu PBS menang dulu (mentadbir Sabah) masih kekal. Sekarang, mereka minta ia mansuhkan. Maknanya, (kerajaan) pusat sendiri tidak beretika, melanggar etika federalisme dan negeri.

(Kerajaan) pusat sendiri telah melanggar etika federalisme ini sudah lama. Jadi rupa-rupanya mereka menurunkan dana persekutuan melalui JPP – padahal sesama parti BN (kerajaan pusat dan negeri).

Di Kelantan, sudah lama BN buat begitu. Terengganu (mulai pentadbiran PAS 1999-2004) juga sudah nyata.

Walaupun secara peribadinya saya tidak bersetuju (wakil rakyat lompat parti), tetapi apabila kita bercakap soal politik, kita bercakap tentang kesejahteraan negara. Kita bercakap tentang apa yang perlu kita lakukan sekarang.

Orang kata, pada masa lepas kita (pembangkang) sering berbuat baik. Orang kata kalau jenis musuh (BN) yang tidak boleh diambil kira (buat berunding) – hari ini cakap lain, esok cakap lain.

Masa ia sedang lemah tu, masa itulah kita bantai biar mati terus. Saya minta maaf, saya kena cakap benda ni. Secara politiknya begitulah.

Sebelum ni, tengok apa yang mereka (BN) kata. Mereka mahu pembangkang sifar (di Selangor). Mereka seolah-olah tidak mahu (kewujudan) pembangkang langsung. Kita bukan hendak pembangkang sifar. PAS dan PKR kata, kami mahu pembangkang dan dalam jumlah yang baik, bukan hanya bilang dengan jari tidak sampai sepuluh (wakil rakyat). Kita mahu demokrasi hidup.

Mereka awal-awal lagi hendak sapu bersih Kelantan (daripada PAS).

Jadi, jangan cakap soal itu (etika). Jangan cakap tentang etika, mereka tidak ada locus standi untuk bercakap (tentang) etika.

Tentang isu lompat lagi, kenapa isu ini kedengaran daripada PKR, kurang kedengaran daripada DAP dan PAS?

Ahli PAS sendiri agak curiga dengan orang (yang suka) lompat-lompat. Mereka tidak boleh menerima orang melompat masuk parti (PAS) kerana kita hendak orang menyertai kita memahami perjuangan kita dan bukan atas kepentingan-kepentingan lain.

Apa yang dia dapat dengan masuk PAS? DAP pun serupa.

PKR pula saya nampak – oleh kerana mereka lebih pelbagai kaum, lebih (mudah) diterima (ramai) dan (berdepan) stigma macam kami (PAS) ini Islam, DAP itu Cina. PKR, orang kata, mewakili pelbagai kaum.

Oleh kerana Datuk Seri Anwar (Ibrahim) sendiri mempunyai banyak talian dengan orang Umno. Beliau pernah menjadi pemimpin negara. Beliau mengenali mereka secara peribadi – itu kekuatan beliau.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: