Badi Kerusi MB Selangor

Oleh Zamlan Arabi

Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim semolek-moleknya merenung sejenak sejarah kerusi panas MB Selangor yang sudah membakar hangus tiga punggong yang mendudukinya. Muhamad Taib, Abu Hasan Omar dan yang terbaru dengan penuh dramatik dan aib serta memalukan ialah Khir Toyo @ Tempe man.

Kesemuanya yang hangus dan hanyut dari kerusi panas itu berikutan peristiwa-peristiwa istimewa yang melanda diri mereka.

Mohamad Taib meletakkan jawatan berikutan dakwaan di mahkamah Australia membawa RM3.8 juta tanpa membuat deklarasi mengikut undang-undang Negara itu. Bagaimanapun Muhamad Taib didapati tidak bersalah dengan alasan pembelaan yang lucu dan lawak, “saya tak faham bahasa Inggeris”.

Abu Hasan Omar pula agak ‘sleazy’ kisahnya. MB yang menggantikan Muhammad Taib ini pula turun dengan cara yang agak pelik, setelah dinaikkan dengan cara yang agak pelik.

Kerajaan membazirkan wang rakyat dengan mengadakan pilihanraya “swapping” dimana Ahli Parlimen Jamaludin Adnan meletak jawatan untuk bertanding DUN manakala Abu Hasan meletak jawatan Ahli Parlimen/Menteri untuk membolehkannya bertanding sebagai ADUN seterusnya membolehkan dia dilantik menjadi Menteri Besar Selangor.

Abu Hassan MB “swapping” itu pula tidak sempat untuk dilihat sebagai MB yang rakus membahagikan khazanah negeri kepada kroni-kroninya, tiba-tiba, dia meletakkan jawatan atas alasan kesihatan. Pengumuman itu di buat oleh Muhammad Taib sebagai Timbalan KP UMNO Selangor.

Sukar dipercayai kerana diketahui Abu Hassan ini amat gemar bermain golof dan beriadah di KGSAS.
Akhirnya terbongkar juga kisah disebalik perletakan jawatan itu.

Abu Hassan semacam dipaksa atau ugut untuk melepaskan jawatannya. Jika tidak, akan didedahkan skandal seks yang melibat iparnya sendiri yang sehingga kini tidak dibuktikan. Seluruh keluarganya ikut menanggung beban atas kisah-kisah yang entah betul entah kan tidak.

Abu Hassan tumbang juga dengan badi kerusi MB. Disebalik perletakan jawatan, Abu Hassan di beritakan tidak mahu melepaskan Putrajaya untuk dijadikan Wilayah Persekutuan.

Keberanian Abu Hasan mempertahankan Putrajaya dari menjadi WP perlu diberi pujian. Faktor PJ sangat berasas kerana kisah-kisah skandal seks bukan menjadi perkara besar dalam UMNO.

Apabila Abu Hasan meletakkan jawatan segala tuduhan mengaitkannya dengan adik iparnya lenyap.

“Adalah amat malang tetapi nilah realiti politik UMNO, jatuh menjatuhkan adalah didalam UMNO sendiri”, Abu Hasan pernah berkata dalam nada yang amat kecewa.

Putrajaya menjadi Wilayah Persekutuan sejenak Khir Toyo menggantikan Abu Hassan.

Muhammad Taib dilihat sebagai satu kuasa sebalik penurunan Abu Hasan. Hubungannya yang kuat dengan pucuk pimpinan atas tidak dinafikan. Dia dilantik semula sebagai Senator dan diberi jawatan Ketua Penerangan UMNO Malaysia oleh Dolah Badawi Presiden UMNO.

Dia bangun lebih cepat dibandingkan dengan kawan-kawannya yang jatuh terutama Rahim Thamby Chik yang juga turun sebagai Ketua Menteri Melaka kerana dikatakan terlibat dalam skandal seks bawah umur. Memetik kata-kata Mat Sabu, “Rahim Thamby Chik yang shiok, Lim Guan Eng yang kena jel”.

Selangor sekali lagi menjadi tumpuan. Siapa ganti Abu Hasan?? Masing-masing melobi dan pasang angan-angan.

Tiba-tiba, seorang budak mentah yang suka menggelarkan dirinya budak sampah, entah dari mana asal usulnya dikutip oleh Mahathir Mohamad. Mohamad Khir bin Toyo alias Joyo Adikeromo ditabalkan sebagai MB Selangor yang ke 13 menggantikan Abu Hassan.

Maka bermulalah satu kehidupan bagi seorang politikus kecil, berkulit hitam sawo matang, hidung jawa, muka jawa, cakapnya bertelo jawa kerana dia orang jawa, menduduki kerusi panas di tingkat 21.

Muhamad Taib, terus sahaja sebagai Timbalan Ketua Perhubungan manakala Khir Toyo menjadi Ketua Perhubungan sesuai dengan jawatanya sebagai Menteri Besar.

Transformasi Budak sampah ini sebagai MB Selangor, seperti gelombang melanda. Segala tindakannya nampak bertenaga dan garang dalam pelbagai aspek walaupun ianya tidak lebih sebagai retorik yang mahu melihatkan dirinya lain dari MB Selangor yang sebelumnya.

Sememangnya jelas, Khir Toyo berbeza dari yang lain, malah berbeza juga dengan jawa lain setelah dia berjaya meruntuh serta menutup surau dan kuil hindu, membentuk kroni, serta mengubah wajahnya. Dia juga lain dari yang lain kerana berani acapkali berbohong cara semberono kepada rakyat. Pembohongan klasik Khir Toyo, “makan tempe kulit jadi putih”.

Khir Toyo akhirnya terbenam oleh hambatan tsunami politik yang melanda Negara. Dia terpaksa meninggalkan tingkat 21. Walaubagaimanapun diberitakan masih sempat melenyapkan banyak dokumen penting di SUK pada malam 8 March yang lalu.

Muhammad Taib mengambil alih Ketua Perhubungan UMNO dan kini saban hari berperang di alam siber dengan Khir Toyo melalui blog masing-masing. Berita terbaharu, Muhammad Taib sedang menanam calon-calonnya untuk terus membenam Khir Toyo di peringkat Bahagian.

Nama Khir Toyo akan terpadam dari scenario politik Selangor dan UMNO bersama gelaranya seperti tempe-man dan budak macho sungai besar. Khir sudah ber-A-Khir.

Impian aKhir kini adalah supaya tidak terpenjara berikutan perbagai kerja-kerja terkutuk yang dilakukan olehnya sepanjang menjadi MB Selangor. Tidak lupa juga kes panas yang melibatkan isterinya dalam Balkis membabitkan RM9.9 juta yang dipindahkan kepada Bakti. Kini tersebar pula berita angin mengatakan Khir memiliki sebuah jet yang disimpan di negara jiran.

Selamat datang Khalid Ibrahim. MB Selangor yang ke 14. Dari latar belakang ekonomi yang mantap, pengalaman dan pentadbiran korporat yang hebat, dan ahli ekonomis yang disegani ramai. Untuk menggambarkan nya kita ambil petikan Surat terbuka kepada Tan Sri Khalid, tersiar sebelum ini:

“satu satunya anak Melayu yang ‘single-handedly’ melakukan ‘dawnraid’ di London hingga membawa sekaligus Konglomerat Guthrie pulang ke Malaysia sekaligus membuat Perdana Menteri Britain Margharet Thatcher termangu-mangu sehingga menggubal undang-undang supaya tidak berlaku lagi seumpamanya. You are the first and the last!

Khalid Ibrahim tidak datang dari kerangka politik yang hebat. Ketika didalam UMNO, Khalid tidak berpeluang langsung mengasah bakatnya. Ushanya dalam UMNO terhalang ketika Abu Hassan memimpin UMNO Kuala Selangor.

Apakah Khalid juga akan mendapat badi kerusi tingkat 21? Masanya masih panjang.
Bagaimanapun umum boleh membuat tanggapan ini tidak akan berlaku kerana Khalid tidak datang dari kerangka politik naungan yang rosak seperti BN dan UMNO.

Pertama sekali, Khalid bukanlah calon MB yang miskin kedana berbanding MB sebelumnya seperti KHir dan Mat Taib yang katakan rakus membaham khazanah negeri semasa memanasi kerusi tingkat 21

Sukar untuk dilupakan ketika Almarhum Baginda Sultan Selangor, bekas bapa mertua Mohamad Taib berkata, lebih kurang begini, “kalau macam ini, Beta kena pindah Pulau Ketam, tanah di Selangor dah habis Mat Taib gasak”.

Berbeza dengan Khalid, dia sudah meliana (jutawan), lama sebelum memimpin Selangor. Bermakna Khalid tidak akan rakus untuk mencari sesuatu bagi mengisi kantong dan tembolok peribadi. Fokusnya pastilah untuk memenuhi mandat rakyat.

Apa kelemahan Khalid tidak diketahui sangat. Hanya masa yang akan memberi jawapan.
Bagaimanapun sedikit sebanyak sudah mula dipersoalkan. Kegemaran Khalid membandingkan pengalamannya sebagai CEO Guthrie ketika berucap dimana-mana sudah mula mendapat perhatian.

Banyak pendapat mahukan Khalid berhenti menjadikan pengalamannya sebagai CEO Guthrie sebagai kayu ukur kemampuannya sebagai pemimpin negeri. Ia hanya sesuai ditekankan dipentas ekonomi dan GLC Selangor yang nyata tidak begitu kemas dan mantap diurus.

Memimpin sebuah negeri, apatah lagi politik yang hebat seperti Selangor tidak sama dengan memimpin sebuah badan korporat yang dianggotai oleh 40 ribu pekerja, kata mereka. Kebimbanagan ialah Khalid kurang arif dalam sepak terajang politik yang penuh liku dan cabaran.

Jika Khalid gagal melaksanakan janji dan manifesto kerajaan sebelum pilihanraya lalu, pasti rakyat akan mengaum marah. Rakyat sudah menjalankan tugas untuk berubah dan meletakkan ejen perubahan mereka yang tertinggi di tingkat 21.

Antara janji yang patut segera dilaksana ialah penurunan kadar air, manakala yang sedang dinanti sekarang ialah hadiah khas RM1000 kepada anak Selangor yang berjaya ke Universiti.

Hingga kini Selangor belum membuat pengumuman manakala Kedah sudah mengumumkan manakala Terengganu juga sudah berbuat demikian. Setakat rencana ini ditulis, UNISEL sudah mula menerima pendaftaran siswa baru manakala surat tawaran ke Universiti lain akan keluar dalam masa terdekat.

Akhirul kalam, kita berdoa dan berharap Tan Sri Dato’ Khalid Ibrahim tidak akan terkena badi kerusi panas tingkat 21 . Bola sudah di kaki, lawan sedang kepenatan, gawang terbuka luas, apa lagi?
Bermain bola jangan terlalu defensive kerana majority tokoh bolasepak berpendapat, “Attack is the bet defence”.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: