Kriteria Jadi Ketua Menurut Tan Sri Khalid

Berikutan beberapa kritikan dan surat terbuka kepada MB Selangor yang tersiar di banyak blog, Selangor Today berkesempatan mendapatkan penjelasan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim melalui koresponden Selangor Today Dr. Sulaiman Masri.

Kriteria Jadi Ketua Menurut Tan Sri Khalid

Oleh: Dr. Sulaiman Masri

Tidak mudah mengurus manusia. Dalam organisasi, ternyata sukar bagi
mengganti pengarah/pengurus/ketua/petugas yang sedia wujud. Paling
sukar, jika kumpulan terdahulu masih setia kepada sifu yang
kandatipun sudah “kehilangan tahta”.

Sementelahan pula, bakal atau calon pengganti dalam kerajaan
pengganti, mesti lebih wibawa, lebih profesional, lebih jujur, lebih
amanah, lebih pengalaman, lebih pandai, lebih wawasan, lebih…

Barangkali, andaian dan pernyataan sedemikian “melembamkan” YAB Tan
Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim, kini Dato’ Menteri Besar Selangor
Darul Ehsan, negeri termaju@terkaya di Malaysia, dalam hal
“menyingkir” kumpulan korporat@borjuis acuan Umno/BN, dan mengganti
dengan kumpulan korporat@teknokrat “berjiwa rakyat” asuhan Pakatan Rakyat.

“Kita di Selangor tidak membuat tindakan yang dilihat tergesa-gesa.
Kita mengambil iktibar pengalaman di Perak, agar tidak terjadi di
Selangor. Kita mesti bertindak secara lebih matang…”
Tegas Tan Sri
Abdul Khalid dalam pertemuan ketika diminta mengulas kritikan luar
terhadap gaya pentadbiran beliau yang dilihat “masih membiarkan”
kumpulan peneraju syarikat@jabatan lantikan era Dato’ Seri Khir Toyo,
dan yang sewaktu dengannya..

Menurut Tan Sri Abdul Khalid, beliau mahu lebih berhemah dalam
tindakan yang membabitkan pertukaran kumpulan petugas di Bangunan
Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah@Bangunan SUK, atau di daerah lain di
Selangor, yang melibatkan syarikat, PBT, institusi pendidikan,
pentadbiran daerah, pentadbiran kampung, dan yang seumpama.

“Terutama hal yang melibatkan pentadbiran agama Islam atau adat
istiadat negeri. Kita mesti memahami kehendak peraturan. Kita mesti
menghormati hak dan kuasa Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan
Selangor. Contohnya, saya mesti terlebih dahulu meminta pandangan dan
nasihat Baginda Sultan jika ada usaha mahu menukar peneraju Mais,”
katanya.

Demikian, ketelitian Tan Sri Abdul Khalid. Katanya, sudah ada cadangan
daripada pemimpin Pakatan Rakyat agar Selangor menukarkan kumpulan
petugas era Dato’ Seri Khir Toyo dengan kalangan profesional pilihan
Pakatan Rakyat.

Ketika ditanya adakah beliau mempunyai kriteria tertentu dalam usaha
mencari petugas bukan bertaraf Yang Berhormat bagi menggembleng
pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor?

“Orang itu mesti profesional, berkelayakan dan pakar dalam bidang
kerjaya yang bakal dipimpinnya”.
Katanya memberikan kriteria orang
yang bakal mengganti petugas lantikan kerajaan lalu.

“Orang itu juga mesti jujur, amanah, menyayangi rakyat, dan
keseluruhannya mesti lebih hebat daripada petugas yang nak kita
gantikan.”
Tegas Tan Sri Khalid.

Berkenaan dengan keahlian mana-mana komponen Pakatan Rakyat, Tan Sri
Khalid menjelaskan mereka yang bakal bekerja dengan kerajaan Pakatan
Rakyat berkesempatan menilai prinsip Pakatan Rakyat yang tidak rasuah,
tidak meminta komisen, menyertai tender secara terbuka, dan lebih
mengutamakan keadilan serta sikap sama rata terhadap rakyat.

“Saya yakin mereka kumpulan koporat dan teknokrat yang berjiwa rakyat
adunan kita, secara ikhlas sedia menjadi ahli PKR, PAS atau DAP.
Sebab, mereka akhirnya yakin dan sebati dengan perjuangan Pakatan
Rakyat”, tegasnya.

Daripada penjelasan yang ikhlas dan tegas, kita memahami, malah
mengagumi ketelitian dan keprihatinan Tan Sri Abdul Khalid, yang kini
mengadun pengalaman pentadbiran korporat semasa menerajui PNB dan
Guthrie, ke dalam pentabiran politik dalam kerajaan negeri.

Kejayaan Pakatan Rakyat membentuk kerajaan di Selangor Darul Ehsan
memang mengejutkan semua pihak. Kini, sudah melepasi bulan kedua YAB
Tan Sri Abdul Khalid menjawat Menteri Besar Selangor, kumpulan tumpas
dalam Umno, beserta konco dan geng mereka terus menghentam, menusuk
atas bawah gaya pentadbiran pimpinan PKR.

Mengapakah kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, yang dipimpin Tan Sri
Abdul Khalid terus dicemburui dan diberi perhatian oleh Umno/BN?

Lantaran, Selangor jauh meninggalkan negeri-negeri lain di Malaysia;
dalam hal infrastruktur yang lengkap dan mewah, pelaburan asing yang
berbiblion-bilion RM nilainya, golongan pekerja yang terlatih dan
mahir yang siap siaga, dan peluang pekerjaan yang jutaan banyaknya.

“Boleh Tan Sri ulangi kriteria memilih calon yang berhasrat menerajui
anak syarikat atau jabatan di negeri Selangor?”

“Bagi saya, profesionalisme, pengalaman, amanah, kejujuran dan
kesetiaan sangat diutamakan jika saya berhasrat mencari orang yang
bakal menerajui syarikat milik kerajaan negeri, misalnya, calon yang
bakal dilantik Naib Canselor UNISEL, petugas media, penjawat awam,
hatta pengarah MAIS, dan petugas lain,”
kata Tan Sri Abdul Khalid,
mengakhiri perbualan.

3 Responses

  1. Kelihatannya Kerajaan Selangor terlalu berlembut dan berhemah. Masa yang menghampiri dua bulan digunakan oleh Khir Toyo untuk menyerang Kerajaan baru yang belajar bertatih ini.

    Laporan-laporan akhbar portal Agenda Selangor jelas melihatkan ada sesuatu. Kumpulan akhbar yang ada ini diwarisi dari zaman Khir Toyo. Begitu juga GLC, Badan Berkanun, Yayasan Pendidikan Selangor, PBT, Majlis Bandaraya, dan lain-lain masih dipenuhi oleh pegawai-pegawai yang diwarisi dari kepimpinan bobrok Khir Toyo dan masih tidak memberi komitmen kepada PR.

    Rakyat mahu melihat tindakan tegas segera diambil, jika tidak akan memperlahankan lagi pergerakan perubahan di negeri ini yang merupakan tumpuan BN untuk menjatuhkannya.

    Bagaimanapun, bagi mereka yang sudah tidak mahu menerima kepimpinan baru ini, lebih baik mengundurkan diri sebelum dibongkar dan dipaksa berbuat demikian.

  2. SYABAS TanSri, SYABAS Sdr Fesal. Yang pasti perubahan akan berlaku dan mesti berlaku. Tanpa perubahan reformasi tidak akan berlaku walaupun nampak (seemed) dilakukan. Keterbukaan sdr berdua menegur dan menerima teguran adalah pemangkin berlakunya reformasi yang diingini rakyat. TAKBIR!

    Komen dari Tranungkite
    by gman68 on Wednesday, May 07 @ 22:49:01 MYT

    Sememangnya langkah yang di ambil oleh TS khalid itu menunjukkan kematangan beliau dalam menjalankan pentadbiran yang berteraskan kerajaan rakyat,namun sedarkah TS bahawa banyak yang perlu diperbaiki dan di rawat semula…Antaranya ialah semua PBT di negeri selangor itu sendiri.
    Dengan kata lain ianya tampak seperti dulu jugak,tiada apa pun bezanya baik dari kualiti kerja,mutu perkhidmatan dan yang lebih malang lagi ada antara ketua2 jabatan yang jadi duri dalam daging pada pentadbiran baru ini.
    TS harus mengambil langkah yang proaktif dan jangan membiarkan segelintir kakitangan ini yang merosakkan imej PR.
    Sebagai contoh,lihat saja Majlis Daerah Kuala Selangor… sama saja kerenah birokrasi yang harus dihadapi oleh kita bila berurusan di situ.
    Sedarkah TS, sewaktu PRU 12 yang lalu,siapa yang begitu BONGKAK dan SOMBONG nya MENURUNKAN POSTER KEADILAN DAN PAS di daerah Kuala Selangor? PENGUATKUASA MAJLIS DAERAH KUALA SELANGOR!!!!
    Kini mereka2 inilah yang merosakkan imej PKR dengan tidak melaksanakan tugas seperti yang TS kehendaki…
    Sekarang terserahlah kepada TS sendiri…..cuma jangan api dalam sekam ini nanti yang akan membakar TS sendiri.
    Lihat saja PTG Kuala Selangor…bersekongkol dengan TONTO mencuri pasir di Bestari Jaya…(kawasan DUN TAN SRI SENDIRI)…

  3. Respons YAB MB serta surat terbuka dari saudara Fesal..rasenye saling lengkap melengkapi dan berusaha secara jujur dan amanah untuk membangunkan Selangor Negeri tercinta ini.

    Sebelum tanggal 8 Mac kita hanya mampu memberikan idea idea yg bernas serta melontarkan komen2 yang pedas…tetapi kini kita telah dipilih untuk memerintah..

    Sungguh benar apa yg dikatakan oleh YAB Tan Sri Dato Menteri Besar….kita ini mesti kelihatan bijak dan sememang bertindak lebih bijak…mesti kelihatan bersih …malah lebih bersih…
    Apa apa pun …apabila berdepan dgn musuh politik yg tamak dan haloba …yang sekian lama membaham hasil mashul negeri,.., maka kita jugak harus lebih hebat bertindak, menyerang dan menghapuskan musuh2 ini..CUMA BEZA nyer..kita tidak perlu berlaku ZALIM…kerana ALLAH amat murka pada mereka yang melakukan kezaliman.

    Mana2 ketua ketua jabatan kerajaan negeri yang tidak boleh berfikir dan bertindak seiring dengan Wawasan Para Pemimpin Pakatan Rakyat ..maka dengan ini mereka dipelawa meletak Jawatan….mereka yang tak sanggup berkhidmat untuk rakyat …tetapi masih ingin berhasrat serta bernafsu besar untuk memanaskan kerusi yang sudah lama diteluri, maka tindakan keras perlulah diambil… BERUNDUR

    Adalah dicadangkan dibentuk satu JK KUASA KHAS MEMBENTERAS PENYELEWENGAN WANG DAN HARTA KERAJAAN NEGERI.

    Kita adakan unit audit khas yang bertujuan menyemak mana mana Jabatan , PBT serta Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri.

    Unit ini akan melakukan audit secara profesional.
    Lapuran akan terus dihantar kepada JAWATAN kuasa yg tersebut.

    Ini ada lah untuk menunjukan bahawa Kerajaan Negeri tiada dendam politik tetapi hanya bertindak keatas para penyumbang leweng yang dilakukan oleh mereka2 yang korup dimasa lepas dan jugak diwaktu akan datang.

    KIta perlu ingat ..Kuasa adalah Amanah dari Allah…

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: