ROMBAKAN BESAR-BESARAN LZS

Oleh: Zamlan Arabi

Lembaga Zakat Selangor akan mengalami satu rombakan besar-besaran dalam masa yang terdekat ini.

Pengurus Bahagian Agihan LZS, Zulkefli Abdul Hamid diberitakan kasualti paling utama dalam rombakan kali ini. Beliau yang pernah ditahan reman oleh Badan Pencegah Rasuah baru-baru ini di diberitakan meletakkan jawatan secara terhormat dalam rombakan ini.

Sehubungan ini, Pengurus Besar LZS, Ahmad Shahir yang juga telah dipanggil memberi keterangan dalam siasatan BPR masih dikekalkan sebagai Pengurus Besar LZS buat masa sekarang.

Rombakan ini melibatkan bahagian pengurusan pertengahan, bawahan dan pengurusan tertinggi Lembaga Zakat Selangor. Ia melibatkan hampir 30 orang kakitangan LZS.

Menurut sumber terdekat, rombakan kali ini melibatkan pertukaran kakitangan LZS ke wilayah-wilayah lain di Negeri Selangor.

Beberapa kakitangan LZS yang dihubungi mengesahkan akan rombakan ini. Sebahagiannya berpendapat rombakan ini adalah langkkah pro-aktif yang diambil oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor untuk memulihkan semula imej LZS yang agak menurun sejak kebelakangan ini.

Kemaskini:
Lembaga Zakat diberitakan adalah antara penyumbang sejumlah wang yang besar kepada Balkis yang kontroversi sekarang ini.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: