KES TANAH – Selangor beri khidmat peguam

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan negeri Yaakob Sapari, hari ini meminta kepada individu-individu yang tertipu dengan sindiket penerokaan tanah tadahan air di Tanjong Karang membuat laporan segera kepada pihak polis untuk menuntut semula kerugian yang mereka alami.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri Selangor akan memberikan khidmat peguam percuma kepada semua mereka yang membawa perkara ini kemuka pengadilan.Sebelum ini dilaporkan kira-kira seluas lebih 700 hektarkawasan hutan terbabit telah diterokai dan dijual kepada pembeli dengan kadar RM8000 setiap plot 2 hektar.

Hutan Simpan Raja Musa, Hutan Simpan Bestari Jaya dan Hutan Simpan Ladang Hopeful menjadi kawasan tadahan air untuk pesawah sekitar Tanjong Karang. Penerokaan haram ini akan membawa masalah jangka panjang kepada sistem ekologi dan pertanian sekitarannya.

Beberapa pihak yang temui merakamkan rasa tidak gembira mereka akan kejadian ini. Kekesalan jelas ditujukan kepada Pejabat Tanah Kuala Selangor.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: