AUKU SENSITIF??

Jawapan Kepada Soaln Bertulis YB Batu Gajah Fong Fo Kuan

Soalan:

Puan Fong Po Kuan (Batu Gajah) minta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan mengapakah pindaan kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti masih enggan dibentangkan di Parlimen untuk memberi kelonggaran keapda para pelajar Universiti melibatkan diri di dalam politik.

Jawapan

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, deraf kajian cadangan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) telah memasuki fasa akhir. Kementerian menjangkakan akan membentangkan deraf tersebut di Mesyuarat Parlimen yang akan datang.

Memandangkan AUKU 1971 adalah suatu Akta yang amat sensitif sifatnya dan mendapat perhatian semua pihak sama ada parti politik, pelajar pensyarah, ibubapa atau masyarakat amnya, maka proses pindaan AUKU sudah pasti akan mengambil masa yang agak lama. Maka adalah tidak tepat jika dikatakan Kementerian enggan membentangkan pindaan AUKU di Parlimen.

Pindaan AUKU mesti diperhalusi dengan mengambil kira setiap sudut penilaian dan kepentingan”stakeholder”. Kementerian tidak mahu nanti apabila AUKU dipinda akan timbul ketidakpuasan hati ibu bapa yang pada hemat Kementerian lebih mengharapkan anak mereka menimba ilmu dan tidak terlibat dengan parti politik atau sebagainya yang boleh mengakibatkan kegagalan dalam pengajian di universiti.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: