SELANGOR BARU

Oleh Dr, Sulaiman Masri

TANGGAL 22 Jun 2008 akan menjadi satu tarikh yang akan diingati dalam sejarah Negeri Selangor pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besarnya.

Tidak dinafikan, banyak pihak, terutama media cetak dan elektronik Barisan Nasional, terus memperkatakan dan menyoal gaya dan keberkesanan pentadbiran @ pengurusan Negeri Selangor sekarang.

Sesungguhnya, tahap kecekapan dan keberkesanan, mahupun kegagalan kepemimpinan Pakatan Rakyat (PR) di Selangor, yang diterajui YAB Tan Sri Abdul Khalid bin Ibrahim, sesuai diperhati, dinilai dan diulas
dengan adil dalam tempoh-tempuh berikut:

– 100 hari mulai 10 Mac 2008 (pad 21 Jun 2008)
– 365 hari pada 12 Mac 2009
– dua tahun pada 13 Mac 2010
– tiga tahun setengah pada Julai 2011

Dalam tempoh tersebut, adakah manifesto dalam PRU-12 ditunaikan? Adakah pentadbiran dan pengurusan negeri berjalan dengan lebih cekap… lebih adil…lebih terbuka; hasil negeri menjadi lebih; pelaburan asing makin banyak?

Adakah pembahagian kekayaaan semakin merata; rakyat semakin sejahtera; kadar pengangguran menurun menghampiri sifar; pengaruh UMNO makin lenyap? Atau, sebaliknya?

Negeri Selangor, berkeluasan lebih 791 ribu hektar, berpenduduk lebih lima juta orang, menurut anggaran 2008, meliputi sembilan daerah pentabiran.

Dua daerah “terkaya” dan dikuasai PR, berpenduduk lebih sejuta orang, iaitu Petaling (keluasan 48,432 hektar; 1, 452.900 orang), dan Hulu Langat (keluasan 82,620; 1, 060.200 orang).

Sebaliknya, daerah Sabak Bernam yang kaya dengan sumber pertanian, berkeluasan 99,714 hektar, berpenduduk kurang 140 ribu orang, kini masih dikuasai Umno/BN. Insya-Allah, dalam PRU-13, dikuasai PR.

Pentadbiran Negeri yang diterajui Tan Sri Khalid, berpusat di Tingkat 21 Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz@Bangunan SUK, Shah Alam.

Pentadbiran Tan Sri Khalid dikritik, dirisik dan dikomen terang-terangan, malah dicemburui oleh mantan MB, Dr. Mohd Khir Toyo dan konco-konco, sejurus selepas Tan Sri Khalid menerima watikah jawatan Dato’ Menteri Besar (MB) Selangor daripada DYMM Sultan pada 13 Mac 2008.

Kalangan pengundi, penyokong Pakatan Rakyat, dan rakyat pendukung PKR, khususnya, pula mahu melihat perubahan yang dijanjikan semasa kempen PRU-12.

Menurut Haji Mohd Yahya Sahri, pegawai khas Tan Sri Khalid, lebih 20 item dalam manifesto PR bakal dinikmati rakyat Selangor, menjelang 2012. Yakni, secara berperingkat!

Menurut Tan Sri Khalid selaku MB, mulai Jun ini, rakyat Selangor mendapat air bersih percuma bagi kegunaan sehingga 20 meter padu setiap bulan, bersamaan RM11.40.

Para pelajar yang mendapat tempat belajar di institusi pengajian tinggi (IPT) awam atau swasta, bakal menerima bantuan khas sehingga RM1000.

Itu adalah yang bersifat material. Manifesto yang tidak bersifat material iaitu membentuk kerajaan yang telus, tidak rasuah dan berkebajikan sudah berjalan sejak detik 12 malam 8 March yang lalu. Ini adalah amat penting dalam memastikan lain-lain manifesto berjalan lancar.

“Bagaimana pula dengan pertukaran ketua-ketua jabatan dan CEO syarikat milik kerajaan negeri, yang “diragui” tindak tanduk mereka, atau kini masih “memihak” kepada Bekas MB dan Barisan Nasional?” Tanya penyokong, petugas, pemerhati @ peminat PR.

Dr. Khir Toyo menerusi blog sendiri, dan Senator Tan Sri Muhamad Taib, menerusi media arus perdana, terus berusaha meneropong, mengkritik dan ‘mengambil berat’ terhadap pentadbiran negeri Selangor yang diterajui Tan Sri Khalid @ Pakatan Rakyat.

“Bila lagi Tan Sri Khalid nak bertindak, tukar itu, ubah ini, buat itu…Mengapa lambat sangat?” Tanya penyokong, petugas, pemerhati@peminat PR.

Mungkin selepas 100 hari pertama. Tunggu tarikh 22 Jun 2008. Era Selangor baharu, mesti dimulakan. Kita yakin, Tan Sri Khalid (dan barisan kepemimpinan PR) tentu sudah sedia dengan senarai pelan tindakan konkrit yang bakal direalisasikan mulai tarikh tersebut.

“Kita harap ketua-ketua jabatan atau bos-bos syarikat milik kerajaan negeri, yang berasa diri mereka bakal “diganti” selepas 100 hari PR mentadbir Selangor, segeralah undur secara terhormat, atau
‘dihapuskan'”. Tegas kumpulan ‘advocat’ PKR.

“Tan Sri Khalid dan barisan kepemimpinan PR Selangor, pasti sudah menyediakan sejumlah pakar dan korporat yang lebih profesional, berpengalaman, tidak rasuah, berjiwa rakyat, jujur, amanah, dan tekun
bekerja, yakni lebih hebat daripada tinggalan MB Selangor terdahulu.

Selepas tiga tahun pentadbiran, mulai Mac 2011, kita menggempur bagi kemenangan PKR, PAS, DAP dalam PRU-13….

Sesungguhnya, kejayaan mengekalkan kemenangan dalam PRU-13 (pada 2013?), tentunya banyak bergantung pada empat tahap kejayaan pentadbiran dan pengurusan barisan kepemimpinan PR di Selangor Darul Ehsan.

Mari terus berusaha dan berdoa agar Kerajaan PR di Selangor yang diterajui YAB Tan Sri Dato’ Abdul Khalid bin Ibrahim “mampu melakukan perubahan” serta mengisi perubahan itu dengan cemerlang.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: