PAKATAN RAKYAT DAN PENTADBIRAN SELANGOR

14 Mei 2008
Oleh: Dr Sulaiman Masri

Dalam taklimat pada Seminar Khas bagi Ahli-Ahli Yang Berhormat (YB) Dewan Undangan Negeri Selangor, dan pasangan, pada Khamis, 8 Mei 2008, bersamaan 2 Jamadil Awal 1429, para peserta diberitahu tentang sejarah, carta dan data pentadbiran awam Negeri Selangor.

Taklimat tersebut bertujuan memberi maklumat terkini kepada YB-YB Pakatan Rakyat, yang didirikan PKR, PAS, DAP. Malah taraf ‘YB bermaklumat’ memang bertepatan bagi majoriti YB Pakatan Rakyat (PR) yang buat pertama kalinya terlibat dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor, yang bermula pada 21 Mei 2008.

PR berjaya membentuk kerajaan di Selangor pada 9 Mac 2008, selepas menang majoriti bagi kawasan dewan undangan negeri (DUN) Selangor pada PRU-12.

Jawatan Menteri Besar (MB) Selangor, lantas disandang YAB Tan Sri Dato’ Abdul Khalid bin Ibrahim, calon PKR bagi DUN Ijok. Maka dalam catatan sejarah, Tan Sri Khalid, Menteri Besar Selangor ke-14. .. Baca seterusnya

One Response

  1. Sdr editor dan dr. Sulaiman, cabaran kerajaan baru BA mentadbir selangor adalah lebih kompleks daripada Negeri2 Tidak Bersekutu seperti Kelantan dan Kedah. Para pegawai kanan pentadbiran negeri Selangor adalah dpd Pegawai Tadbir dan Diplomatik yang berpaksikan kpd Ketua Setiausaha Negara dan JPA yang di bawah Jabatan Perdana Menteri. Justeru, kemungkinan menjadi mata, telinga dan tangan kerajaan pusat memang pasti.
    Adalah kritikal para penjawat politik kerajaan negeri Selangor terutamanya di pejabat YAB Tan Sri Menteri Besar serta barisan EXCOnya, segera menguasai wibawa pengurusan dan pentadbiran negeri. Lantaran Kelantan dan Kedah para pentadbirnya adalah di bawah State Civil Service yang paksinya adalah kerajaan negeri, kerajaan BA di sana seharusnya akan lebih mudah ditadbir.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: