Selangor perkasa pertanian moden.

SHAH ALAM, 21 Mei -Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor (DUN) yang ke-12 di bawah kerajaan Pakatan Rakyat telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah AlHaj.

Ketibaan Tuanku Sultan disambut dengan lagu ‘Negaraku’ manakala lagu ‘Perwiraku’ mengiringi Baginda ketika melakukan pemeriksaan kawalan kehormatan.

Dalam titah ucapan perasmian, Baginda berharap kerajaan Selangor akan terus memperkasakan konsep pertanian moden. Baginda percaya peranan sektor pertanian di Selangor amat penting sebagai sumber makanan dan bahan mentah pada perusahaan asas tani serta sumber pendapatan golongan petani di kawasan luar bandar.

Baginda berkata, nilai tambah sektor pertanian dijangka meningkat RM1.5 bilion berbanding RM1.4 bilion pada tahun 2007.

Baginda berharap kerajaan Pakatan Rakyat dapat mencari alternatif untuk meningkatkan taraf hidup golongan petani kepada kehidupan yang lebih selesa. “Kerajaan Beta akan membantu golongan petani, penternak dan nelayan miskin berpendapatan di bawah RM1500,” tegas baginda.

Manakala petani, penternak dan nelayan yang telah memulakan usaha pertanian akan dibantu untuk meningkatkan produktiviti agar memperolehi pendapatan melebihi RM3000 sebulan.

Dalam sektor pendidikan Tuanku turut berharap kerajaan akan memberi bantuan khusus bagi menambah baik kemahiran teknikal seperti mekanik kenderaan motor, juruteknik elektrik, pelukis pelan kepada pelajar lepasan SPM dan STPM. Menurut baginda, pelajar-pelajar akan diberi peluang melanjutkan pelajaran di Kolej Antarabangsa INPENS mengikuti kursus teknikal antara tiga hingga enam bulan atau setahun dengan kos pembelajaran ditaja penuh oleh kerajaan negeri. Image

Dari sudut sosial dan kebajikan Baginda berharap pembangunan yang akan dilaksanakan perlu mengambil kira aspek sosial dan kebajikan rakyat khusus golongan kurang upaya, orang miskin, warga emas, ibu tunggal dan sebagainya.

Baginda menekankan platform yang sesuai perlu disediakan bagi kumpulan sasar menyuarakan pandangan dan maklum balas kepada pihak berwajib dengan memberi ruang kepada wakil orang kurang upaya (OKU) berada dalam ahli majlis agar pembangunan tidak meminggirkan mereka.

Sidang kali ini akan berlangsung selama 4 hari ini melihatkan mood yang tinggi di kalangan kepimpinan Negeri Selangor dan anggota DUN dari Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor.

Bekas Menteri Besar Selangor, Mohamad Khir Toyo akan mengetuai ADUN Barisan Nasional selaku Ketua Pembangkang. ST

One Response

  1. Daulat Tuanku….Sembah kasih dari anak Selangor agar Tuanku memerintah dengan Adil kepada Rakyat serta memberi tunjuk ajar kepada pemimpin2 negeri yang Rakyat pilih…. Ampun Tuanku….

    Kepada YAB Dato Menteri Besar..Tan Sri Khalid…jangan Tan Sri lupa akan harapan rakyat Selangor yang majoritinya mahukan PR memerintah dgn adil, saksama serta bijaksana dan tak ingin lagi mahu di pimpin oleh tukang tukang lawak dari UMNO dan BN…

    YAB Tan Sri…dalam politik dan Piliharaya…
    “Yang Kalah kampung tergadai ..yang Menang sapu semua”….

    INI Lah Hakikat dan realti POLITIK…….

    Oleh yang demikian elok benarlah kalau …ditukarkan sahaja…semua Ketua Ketua Organisasi Kerajaan Negeri Selangor yg DULU….( semestinya dengan cara yg berhemah..)..dulu mereka2 ni memang kuat menjilat dan sama sama memperjuangkan serta bersekongkol.dengan budaya BN yg boros itu…

    Lantik sahaja muka muka baru yg mudah di bentuk…..atau memang menyokong Aspirasi Kerajaaan Baru….

    Kita harus Ingat….

    Susah untuk menumpaskan…
    Musuh Dalam Selimut…
    Gunting Dalam Lipatan…
    Duri Dalam Daging…..
    atau Api dalam Sekam…..

    Kita dah lihat Sejak 9 Mac…betapa banyak nye..asakan2 Politik yg kerajaan PR terima…akibat masih ramai Bangsat Bangsat Bee End…yang masih berada dalam kerajaaan PR….

    Kita hanya ada 6 bulan…..
    untuk meletakan asas yg KUKUH…dalam melaksanakan ASPIRASI PR…
    Rakyat dan Penyokong Memerhati dengan penuh harapan….

    KITA WAJAR BERTINDAK KEPADA MUSUH2 POLITIK…

    TAPI..

    JANGAN SESEKALI BERLAKU ZALIM PADA RAKYAT MARHEIN………

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: