UMNO PARTI LAWAK

Oleh Zamlan Arabi

Mokhzani perlu diberikan tabik hormat, tabik spring atau segala tabik yang ada dalam kamus politik negara. Mokhzani mengikut jejak langkah ayahnya Dr. Mahathir, keluar dari UMNO.

Anak mana yang tidak terhina jika ayahnda yang dikasehi dinista dan dihina seolah-olah tidak ada langsung kebaikan yang dilakukannya.

“Duri sudah tercabut keluar” ulasan ini datang dari Musa Hitam, yang biarpun terbuang dari kepimpinan Mahathir satu ketika dulu, diambil dan diberi peranan di Bangsa-bangsa Bersatu dan kemudian diberi peranan yang khusus oleh pentadbiran Mahathir.

Hari ini Musa Hitam mengetuai konglomerat perladangan terbesar Sime Darby yang telah mengusai semua kuasa perladangan lain seperti Guthrie dan Golden Hope dengan jentera ambil alih Synergy Drive.

Biarpun terdapat komen lain dari pihak yang lain, komen Musa Hitam ini dianggap keterlaluan. Ulasan seperti ini memberi gambaran bahawa Musa Hitam Masih dendam dengan Mahathir. Bagi ahli PAS Musa Hitam adalah protagonis dalam sejarah Memali yang hingga kini masih misteri.

Rafidah Aziz dengan selambanya membidas bahawa Mahathir tidak setia. Tipah seorang ini dah lupa berapa kali Mahathir bagi dia nyawa politik dulu-dulu.

Mukhriz tidak menyambut seruan ayahnya, sebaliknya duduk untuk menyerang dari dalam. Ulasannya dan desakannya terhadap Dolah Badawi untuk melepaskan jawatan di hentam oleh Pemuda UMNO dan Mukhriz hendak dirujuk kepada JK Pengurusan UMNO yang dipengerusikan Najib Razak.

“Saya tidak akan keluarkan sebarang kenyataan kalau saya sendiri tidak sanggup menerima tindakan termasuk dari jawatankuasa pengurusan,” katanya.
Dalam ucapannya di Parlimen Mukhriz mempamerkan keberaniannya dengan membidas tindakan kerajaan membenarkan Halliburton Corp membuka kilang di Johor. Syarikat ini terlibat dalam pembekalan senjata dan membina kem tentera Amerika di Iraq

Apakah implikasi kedudukan Mukhriz, MP Jerlun, jika dia dihadapkan ke Jk Pengurusan? Pecat? Gantung keahlian? Beranikah Najib sebagai Pengerusi JK Pengurusan bertindak kepada anak seorang yang mahukan dia jadi Perdana Menteri menggantikan Dolah Badawi???

Mukhriz akan terlepas sekali lagi. Besar kemungkinan. Sebelum inipun tiada tindakan berani diambil apabila UMNO ditarbi oleh Mukhriz. Pelik tetapi benar. Sebuah organisasi besar seperti UMNO tidak mampu mendisiplinkan seorang dua ahlinya yang menentang arus.

Kini tidak sesiapa yang dapat menahan lagi. Malah keris puaka Hishamudin juga tidak mampu menahan “exodus” yang akan berlaku.

Ayahnda, Bonda Siti Hasmah, Hadi Derani, dan pasti Pak Siwarso Sanusi Junid dan segerombolan besar UMNO akan mengikut jejak langkah pencipta UMNO baru ini. Setakat ini sebuah cawangan di Pokok Sena, Merbok dan PJ Selatan di Selangor dilaporkan sudah berbuat demikian.

Setakat rencana ini ditulis, beberapa lagi maklumat untuk keluar UMNO en-bloc sudah diterima disamping luahan secara individu yang tidak terkira. PKR dan PAS perlu bersedia mencetak lebih banyak borang keahlian dalam masa terdekat.

Terbaharu diberitakan, dua orang pemimpin tertinggi Bahagian Sungai Besar Khir Toyo sudah mengistiharkan keluar UMNO. PKR Bahagian Sungai Besar dilaporkan menerima keahlian baru seramai 3000 orang disamping itu PAS juga menambah keahlian baru hari demi hari.

Exodus ini akan membawa kehancuran UMNO. Tunggu sehingga bulan Julai nanti, banyaklah cawangan UMNO yang tidak cukup korum mesyuarat. Kemungkinan akan berlaku perwakilan haram, mesyuarat tidak sah dan sebagainya akan membawa natijah perit kepada UMNO.

Lawak Bodoh Mahathir dalam gempak kali ini ialah “keluar sementara” dan masuk semula jika Dolah Badawi meletak jawatan.

Jika ini berlaku, maka satu lawak terbesar dalam dunia politik sedunia akan terpahat di Malaysia. UMNO akan menjadi parti lawak dengan badut-badut yang lucu untuk main sarkis…

Dalam sarkis sekalipun, jika badut tidak pandai buat lawak, sarkis akan kosong, budak-budakpun akan menarik tangan ibu-bapa untuk keluar segera dari sarkis itu. Tetapi sarkas UMNO kini jadi amat menarik ibarat menonton soap opera atau sinetron Bawang Putih Bawang Merah..

Barisan MP UMNO dan BN dengan sifatnya yang stereotype, dulu kini dan selamanya. “Kami berdiri teguh menyokong kepimpinan Perdana Menteri”.

Terkenang-kenang, masuk UMNO tak isi borang, yuran UMNO tak pernah bayar, kini boleh pulak keluar masuk. Lawak juga bila Ali Rostam tunjuk hero, muncul dengan keahlian UMNO beribu orang sedangkan ketika ini berbondong-dong orang keluar UMNO. Lawak-lawak. ST

One Response

  1. Bila sajer mendapat tahu yg TDM menarik diri dari menjadi ahli UMNO…(… Bukan Letak Jawatan….he3…)

    dan bila dengar sajer TDM cakap macam tu….saya terus ketawa…..dan yang lebih lawak lagi MEDIA ARUS PERDANA KEPARAT DAN BANGSAT tur pun IKUT jugak ulang cakap 2 TDM…Ia itu TDM meletakkan Jawatan dari UMNO….
    ( bukan letak jawatan lahhh…tetapi MENARIK DIRII….ha3..)

    Dan saperti biasa….

    para pemimpin 2 besar UMNO..yg dulu nyer…mendapat tempat dalam kerajaan kerana dipercayai oleh TDM…kini secara terang terang mengutuk OTAI ni….

    As for me….even though i am angry at TDM for a lot of things…..but hei ..!! ..you UMNO ministers…at least reserve a bit of your comment to TDM…he was your former BOSS…..and he is old ma…

    ni lah yang UMNO nak ajar Bangsa Melayu….

    1. Memperjuangkan Bangsa Melayu… – porahhh… org UMNO sendiri yg kuat menindas Bangsa Melayu yg bukan penyokong POLITIK mereka……

    2. Memperjuangkan Kedaulatan RAJA2 Melayu..- Podahhh…mereka yg paling kuat menghina RAJA Melayu….lihat Krisis Raja dulu….dan selepas PRU.12..lihat reaksi Bangsat bangsat UMNO terhadap RAJA Melayu kat Trengganu..Kedah..Perlis dan jugakk kat Perak…

    3. Memperjuangkan ISLAM…??…..segan saya nak komen kalau tengok Pak Lah …dengan KONsep Islam Hadhari nyer dan actuall thing yang berlaku kat keluarga serta kaum kerabat dia….ramai pemimpin UMNO kini tak segan silu menunjukan perangai macam bukan orang Islam…suka berpoya poya dan membazir wang rakyatt……..

    Yang ramai dan pasti…..macam Tan Sri Aziz Tapa …OTAI UMNO bercakap……

    “Ramai nak jadi ..Pemimpin UMNO sekarang, kerana untuk..kepentingan DIRI …KEluarga dan Kawan2…..”..makna kata nak cari DUIT Banyak2
    dan ingin Jadi Popularr…

    Ini orang UMNO yang berpengalaman cakap bukan saya yang cakap…..

    So…memang ramai yang jadi Pelawak….walau pun nampak bodoh atau buat buat Bodoh…yang nak dikejar ialah DUIT,,,,apa orang lain nak cakap lantak lah…….

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: