Khir & Pembangkang kena buah satu

Oleh Zamlan Arabi

Khir Toyo dan barian pembangkang mendapat pukulan buah satu lewat ucapan titah perasmian Sidang DUN Selangor bermula 21 May 2008.

“Beta memandang serius perbelanjaan peruntukan (seorang) ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) tahun 2008 yang habis dibelanjakan pada dua bulan pertama tahun ini,” titah Sultan Sharafuddin Idris Shah ketika merasmikan pembukaan persidangan penggal pertama DUN Selangor hari ini.

Sultan Selangor dipercayai merujuk laporan seorang wakil rakyat BN yang membelanjakan RM500,000 tidak sampai 60 hari hingga Februari lalu untuk beberapa projek di kawasan DUN Kampung Tunku.

Ahli DUN dari kepimpinan yang lalu di sahkan telah membelanjakan sejumlah RM27 juta dalam tempuh tidak sampai 3 bulan. Butiran lengkap perbelanjaan itu kini beredar di internet, antaranya di blog wakil DAP Kampung Tunku, Lau Weng San.

Bekas menteri besar Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, yang kini ketua pembangkang di DUN itu, berkata beliau harus melihat data-data tersebut terlebih dahulu sebelum mengulas lanjut.

Bagaimanapun, katanya, perbelanjaan seseorang ahli DUN bergantung kepada wakil rakyat itu sendiri.

“Selagi mengikut peraturan tiada masalah,” katanya kepada Malaysiakini sewaktu diminta mengulas teguran Sultan Selangor.

Khir dijangka akan menerima bidasan hebat dari barisan Kerajaan lewat banyak isu yang panas seperti Balkis dan lain-lain.

2 Responses

  1. Adalah dicadangkan kepimpinan sekarang menubuhkan satu jawatan kuasa …perlu ODIT semua Wabg Rakyat yg telah dihabiskan..

    Wang tersebut mungkin dibelanjakan untuk menyediakan Prasarana2…… TETAPI bagaimana ketelusannya.

    Perlu di lihat dari KOS sebenar nya…..

    Saya yakin..mesti ada penyelewengan dari segi agihan KONTRAK dan KOS…

    JANGAN BIARKAN RAKYAT MERANA DEK POLITIKUS YANG RAKUSSS….

    PENUBUHAN JAWATAN KUASA ODIT PENTING DARI SEGI POLITIK DAN JUGA DARI SEGI UNDANG UNDANG……

    KITA TAK MAHU DITUDUH TAHU BUAT BISING SAHAJA…. TAPI TAK TAHU NAK BERTINDAK…

    INGAT …PR SEKARANG ADALAH KERAJAAN YANG MEMERINTAH NEGERI SELANGOR…

    INILAH MASA UNTUK KITA MEMBONGKAR PENYELEWENGAN BN KHIR TOYO DAN KUNCU KUNCU NYER… SEWAKTU PERINTAH SELANGOR.

    LAGI SATU….. BALKIS…Benarkah Bakti sudah memulangkan wang RM9.9 juta itu??

  2. Sdr editor, sering diungkap ‘selagi mengikut peraturan tiada masalah..’ untuk membenarkan perlakuan2 yang ditegur oleh kerajaan BA. Sedangkan isu moral dan kebertanggungjawaban kepada rakyat apatah lagi kepada ALLAH telah diletakkan di bawah kaki para peneraju keputusan! Begitulah jeliknya keperibadian para pemimpin yang mementingkan undang2 dunia yang boleh diperlakukan mengikut skrip mereka yang berkuasa.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: