Adun Teratai & Masalah Tanah Perkuburan Islam Ampang

Adun Teratai, Janice membangkitkan mengenai masalah perkuburan Islam diampang yang tidak dirancang oleh pentadbiran lalu. Cara beliau menghujah isu ini sangat professional dan memahami aspirasi masyarakat Islam setempat.

Beliau berkata, masalah tanah perkuburan Islam Ampang tidak berlaku dalam sehari.

“Menurut hujah-hujah MPAJ, isu ini mula dibincangkan seawal tahun 2000. Masalahnya, kenapa selepas lapan tahun, saya katakan sekali lagi kepada semua YB-YB yang berada di dewan yang mulia ini, lapan tahun, masalah ini belum diselesaikan sepenuhnya.

“Kenapa pihak berkenaan enggan atau keberatan merancang terlebih dahulu? Apakah kita hendak menunggu sehingga kehabisan tapak perkuburan, barulah kita mula memikirkan jalan penyelesaian?

“Keadaan ini umpama tidak menyediakan tandas ketika membina rumah baru. Apabila kita memerlukannya, barulah pergi korek lubang tandas. Akibatnya, tandas sini tandas sana.

“Lubang tandas yang dikorek boleh menyuburkan tanah di sekitarnya, boleh menanam pokok durian berorganik. Tetapi, kalau sebidang tanah telah dijadikan tanah perkuburan, orang yang hidup langsung tidak boleh membuat apa-apa. Inilah masalah pembangunan yang tidak dirancang!” tambahnya.

Jenice berkata, sebagai Adun Teratai, beliau faham dan peka terhadap masalah kekurangan tanah perkuburan Islam.

“Tetapi kita perlu menyelesaikan masalah ini dengan kaedah yang profesional, umpamanya, berapa banyaknya keperluan tanah perkuburan di Ampang setahun, berapakah tapak perkuburan yang boleh disediakan dalam seeker tanah.

“Atas alasan-alasan seperti di atas, saya mencadangkan supaya satu penyelidikan selanjutnya dilakukan dengan teliti terhadap tanah perkuburan baru, antaranya ialah, lima ekar tanah boleh memuatkan berapa tapak perkuburan dan boleh digunakan selama berapa tahun mengikut kadar kematian setempat,” tegasnya.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: