SEKITAR DUN SELANGOR

DUN Selangor Luluskan Peruntukan Tambahan 127 juta.

Dewan Undangan Negeri Selangor hari meluluskan sejumlah RM127,483,000.00 bajet tambahan peruntukan pembangunan bagi tahun 2007. Bajet tambahan ini bertujuan menampung pembayaran pelbagai peruntukan, Jabatan Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Perbendaharaan, JKR serta sejumlah peruntukan perbendaharaan luar jangka, di bawah Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2007) 2008 , semua peringkat.

Peruntukan ini antara lain menampung kekurangan akibat keborosan dan terlebih belanja kerajaan yang lalu pimpinan Khir Toyo. Dengan kelulusan ini pelbagai projek yang dilaksanakan oleh kerajaan yang lalu terutama semasa PRU ke 12 akan dapat dibayar dengan segera.

Selain itu usul perlantikan Ahli-ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Kerajaan negeri Selangor juga telah diluluskan. Usul perlantikan JK Pilihan Khas mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Special select committee and Transperancy – SELCAT) juga diterima sebulat suara tanpa bantahan ahli- ahli Dewan.

Selangor haramkan Islam hadhari

Kerajaan Selangor telah mengarahkan pengharaman sebarang program untuk menyebarkan Islam hadhari, tafsiran agama yang dikembangkan sejak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri.

Pengerusi jawatankuasa hal ehwal agama negeri Datuk Dr. Hassan Mohamed Ali berkata, semua masjid dan surau diarah tidak lagi dibenarkan mengadakan program yang menyentuh konsep Islam yang diperkenal sejak empat tahun lalu.

“Kita haramkan Islam hadhari di Selangor ini kerana Islam yang kita amalkan dulu dan hari ini tidak berubah dan sudah cukup.

“Oleh yang demikian, kita mahu sandarkan ajaran Islam sebenar untuk memerintah Selangor ini dan bukannya Islam Hadhari,” beliau dipetik sebagai berkata pada sesi penggulungan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Memorandum Anti ISA.

Sementara itu, satu kumpulan bertindak anti ISA (GMI) berhimpun diluar DUN Selangor menyampaikan memorandum mendesak pembebasan semua tahanan ISA. Di dalam DUN pula usul tergempar pembebasan tahanan ISA juga dibahaskan.

Menarik sekali dalam perbahasan ini, ADUN KG. Tunku, Lau Weng San memetik satu ayat dari Surah An-Nisa dan beberapa ayat dari Al Quran mengenai prinsip keadilan untuk menguatkan hujah beliau. Ketika ditanya mengenai perkara ini, beliau menjelaskan bahawa beliau telah membuat kajian.

Dalam kenyataannya, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid menegaskan bahawa Kerajaan Selangor akan membantu keluarga tahanan ISA yang terlibat.

Sementara itu di luar dewan, seorang ADUN BN ketika ditanya mengapa beliau tidak membela bossnya Khir Toyo yang dibelasah teruk di dalam dewan memberi jawapan mengejutkan.

“Tak pedulilah, tak campur”! Mungkin kerana baru dan masih tercari-cari rentak atau mungkin fakta yang dibentangkan oleh Hassan Ali ketika menggulung perbahasan tidak dapat dipertikaikan.

Persidangan kali ini akan berlarutan hingga lewat malam untuk menyelesaikan pelbagai isu yang berbangkit. ST 7.35 pm

2 Responses

  1. Sdr Editor, akan ramailah para kontraktor dan broker2 projek tersenyum lebar dgn kelulusan RM127.4juta tambahan utk membayar kerja-kerja yang telah diluluskan sebelun PRU12. Pimpinanan Tan Sri Khalid janganlah terlalu ‘naive’ to honor semua kontrak terutamanya yang ‘direct nego’ atau runding-terus, atau dimaju oleh kepentingan sama tapi nama-nama syarikat yang lain.

    Perlu disemak harga-harga projek berbanding dengan spesifikasi serta ‘as-built’ di tapak projek; sebelum bayaran progress dibuat, jika tidak kerajaan PR yang ada ni akan ditertawakan oleh mereka yang cekap mencadang dan melulus projek-projek segera di seentero Darul Ehsan ini!

    Perangai memohon peruntukan tambahan dan berbelanja melebihi bajet sudah jadi kebiasaan kerajaan yang lalu. Mereka berbelanja lebih sebelum PRU 12 dengan andaian mereka tidak akan kalah. Kini setelah kalah, kerajaan PR yang di hentam oleh akhbar MSM saban hari terpaksa membuat peruntukan tambahan untuk mencuci tahi peninggalan kerajaan yang lalu.

    Bedekah-dekahlah riang-ria ketawa mereka. Baik benar hati kerajaan PR ini. Semuga Allah akan memberkati kerajaan ini.

  2. “Usul perlantikan JK Pilihan Khas mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Special select committee and Transperancy – SELCAT) juga diterima sebulat suara tanpa bantahan ahli- ahli Dewan.”.

    Amatlah diharapkan agar SELCAT – dianggotai oleh petugas petugas yg jujur dan amanah….

    Ini ada lah kerana bukan sahaja bertujuan untuk memastikan segala prosedur di ikuti dan kos yg dikenekan mengikut kadar semasa ..

    SELCAT juga perlu mencadangkan penambahbaikan dalam prosedur….

    yang penting kebajikan rakyat SELANGOR terbela…

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: