TV 3 Suku


Koleksi ini melihatkan transformasi Khir Toyo, dari seorang tukang cabut gigi yang hitam legam kulitnya, dari seorang yang berhidung jambu, kini berhidung mancung berkulit putih. Apakah keperibadian sebenar Khir Toyo ini? Dengan selamba membohongi rakyat Malaysia, “putihnya kulitku kerana tempe”. Masa akan membongkar kisah sebenar mantan MB Selangor yang korap ini. Setialah dengan masa, masanya akan sampai.

Dari kekunci Editor.

TV 3 tidak mahu jadi juara kampung. TV 3 mahu jadi global… dan macam, macam lagi pernah dinyatakan oleh peneraju TV 3.

Namun, apa yang diperkatakan satu waktu dulu hanya baris-baris muluk yang mual dari seorang CEO sehebat Farid Ridzuan.

Realitas, TV 3 sebenarnya juara kampung, juara yang hanya mampu melalaikan minda rakyat dengan program Jom Hebohnya. Peratusan besar yang menonton JH melebihi 80 peratus umat Melayu.

Hari ini TV 3 menjadi benar benar 3 suku dengan siaran yang menghentam Kerajaan Selangor secara semberono. Berpesta besar-besaran seperti menjelang PRU 12 yang lalu.

Membuat libasan seperti kerbau naik minyak, seperti babi dimasuki kerengga hidungnya.

Hairan sekali, TV3 ini seperti mahu jadi juara yang entah siapa jurulatihnya. Jika siaran gila yang seperti ini hendak digunaka pakai untuk menghentam pembangkang atau negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat, maka RTM lebih layak berbuat demikian.

TV 3 suku, benar-benar 3 suku. Farid Riduan dimalukan dengan siaran yang sebegini. Begitu juga Shabery Chik menteri yang menjaga penyiaran, di malukan sekali gus. Hilang acara global, TV 3 tidak layak langsung untuk menjadi juara waima juara kampung.

Kini apa tindakan yang perlu Kerajaan Selangor ambil?

Pertama, hentikan acara Jom heboh di Selangor. Ambil tindakan drastik yang berani. Pakatan Rakyat menang dalam PRU lalu tanpa TV 3 suku. Mengapa perlu beri muka kepada fitnah-fitnah melalui saluran ini berterusan. Rakyat dan pendokong Pakatan Rakyat perlu memulaukan saluran yang gila ini.

Kedua ambil segera tindakan drastik membersihkan Selangor dari anasir gunting dalam lipatan. Tukar segera pegawai tinggi kerajaan, jabatan dan anak syarikat yang jelas hingga kini masih belum menyatakan taat setia kepada negeri ini.

Ketiga, keperluan satu sistem penyampaian berita dan saluran maklumat yang telus untuk rakyat, samada akhbar, portal berita dan cable TV.

Khir Toyo perlu dipertanggungjawabkan dalam usha memfitnah Negri ini. Pelapor kepada polis yang menipu dalam laporannya perlu diambil tindakan undang-undang.

One Response

  1. TV3Qtr. – perlulah di berikan amaran secara bertulis agar menghentikan serangan POLITIK kepada kepimpinan Negeri Selangor…
    Kita perlu ambil tindakan secara berhemah… salah satu cara ialah TV3Qtr dibenarkan menganjurkan Program Membuang Masa Rakyat JOM BUAT HEBAH dgn syarat2 yg ketat…

    Sekali lagi YAB Dato Menteri Besar di sarankan agar cepat2 menukar GUNTING Dalam LIpatan Musuh Dalam Selimut dan Duri Dalam Daging …di Jabatan Kerajaan Negeri dan State Link Company…

    Saya amat yakin…YAB Dato Menteri Besar amat arif dalam perkara ini..

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: