Siri Pendedahan dan Penilaian Semula Yayasan Selangor – 2

Alahai Yayasan, Alahai INPENS

Oleh Ibnu Khuzaimah, Zamlan Arabi.

Peristiwa kejayaan Pakatan Rakyat yang paling “pelik” ialah kejayaannya memerintah Selangor. Kejayaan ini mungkin dikaitkan dengan pemikiran demokratik yang semangkin meningkat di kalangan penduduknya yang terdiri daripada pelbagai kaum dan kelas sosial.

Memenangi dan mengisi kemenangan adalah cerita berbeza.

Antaranya ialah wawasan Tan Sri Dato’ Menteri Besar untuk membantu para belia di negeri ini mengisi dan mewujudkan pasaran pekerjaan melalui pakej latihan kemahiran yang mempastikan belia yang dilatih ini mampu mencapai gaji minima RM1500 hingga RM2000 amat disanjung tinggi.

Pakej ini mula digerakkan bermula dengan 145 belia DUN Ijok telah di “motivasikan” oleh Yayasan Selangor di Kem Ampang Pecah pada 13 -15 Mei yang lalu. Maklumat yang diterima kesan dari program tersebut kurang memberangsangkan dan tidak mencapai objektifnya yang berkemungkinan disebabkan modul yang tidak sesuai.

Ini bermungkinan “impian” MB baru Selangor tidak di fahami dan dihayati oleh agensi di bawah pentadbirannya kerana mereka daripada ‘parti dan kiblat’ yang berbeza atau ia digerakkan oleh orang yang tidak kompeten dalam bidangnya atau melakukan tanpa penghayatan.

Lantaran kegagalan pusingan pertama ini, pakej kedua ditangguhkan. Pakej kedua ditangguhkan sehingga modul yang lebih ‘original’ dan disediakan oleh orang yang lebih ‘profesional’ disediakan.

Lebih baik berundur setapak untuk maju beratus tapak. Terkini diberitakan pakej kedua akan dilaksanakan di Dewan Harmoni, DUN Ijok pada 8 Jun 2008 akan datang..

Para belia ini sudah dimotivasikan, akan dilatih dengan pelbagai kemahiran oleh samada Kolej Inpens “International” (INPENS), Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS), KUIS dan UNISEL mengikut kecenderungan kerjaya mereka.

Perlaksanaan wawasan sebegini hebat lagi murni biasanya melalui perancangan yang teliti, mempunyai keesahan yang tinggi dan yang paling penting diterajui oleh pakar pembangunan sumber manusia yang bergeliga dan ikhlas.

Langkah pertama untuk memenuhi tuntutan ini dapat dilihat dengan menstruktur semula agensi kerajaan negeri yang berkaitan dengan pendidikan dan modal insan.YB Dr Halimah Ali sebagai EXCO berkaitan, amat proaktif dalam menjayakan wawasan ini.

Beliau bukan sahaja membawa imej dan wawasan MB malah Pakatan Rakyat secara khusus. Tergambar segala keindahan Manifesto PR. Melalui lawatan samada yang diatur atau bidan terjun ke agensi berkaitan. Menganalisis gaya ucapan beliau terpancar satu harapan baru ke arah pendidikan lebih seimbang dengan tuntutan duniawi dan ukhrawi.

Taklimat demi taklimat diadakan oleh para Pengurus atau dan Pengurus Besar tentang kehebatan organisasi masing-masing, tak ketinggalan Yayasan Selangor.

Status quo

Apabila pulang, biasanya banyak ’homework’ yang hendak dibuat termasuk menyusun status quo ’key personel’ supaya perlaksanaannya bukan sahaja teratur malah memberi kesan membanggakan kepada semua pihak dan dicemburui oleh pihak lawan yang sudah 50 tahun memerintah.

YB Dr Halimah Ali secara logiknya sudah bersedia untuk membawa segala cadangan ke mesyuarat EXCO agar program tersebut dapat dilaksanakan dengan segera sekurang-kurangnya dalam tempoh 100 hari PR memerintah.

Maka pada tanggal 15 Mei 2008, untuk merealisasikan wawasan tersebut diberitakan Kolej Inpens disahkan oleh SUK mengambil alih kampus IKYS di Kuala Selangor walaupun sebenarnya ia telah diputuskan sejak pemerintahan Mohd Khir Toyo.

Sepanjang tahun 2007 agak jenuh juga orang-orang Kementerian Pelajaran berulang alik ke IKYS gara-gara wawasan DS Khir untuk menjadikannya Sekolah Bestari Yayasan Selangor di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran melalui kempennya ketika pilihan raya kecil DUN Ijok Walau bagaimanapun program ini dibatalkan kerana masalah teknikal yang memang rumit.

Tiba-tiba kini Kolej Inpens muncul dan menghantar secara ’express’ Institut Kemahiran Yayasan Selangor ke Padang Terap. Perpindahan kali ke 4 dalam tempuh tidak sampai 10 tahun. Setiap kali perpindahan kos menelan berjuta ringgit. Manakala Inpens pula berpindah buat kali yang ke 5.

Keadaan menjadi haru biru. Kemasukan Kolej Inpens mengambil tempat IKYS dengan kadar kesegeraan yang superfast, seperti ada sesuatu yang tersirat dari yang tersurat kesan arahan bersurat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor kepada Pengurus Besar Yayasan Selangor.

Bersambung..
Siapakah Inpens?
Siapa Nana Maidin? Siapa Takril, bekas ADO yang terlibat dalam kes tanah/senapang patah di Kerling, Apakah dosa IKYS. Mengapa keputusan Peperiksaan pelajar Yayasan Selangor merosot?

One Response

  1. Pendidikan amat penting untuk anak anak bangsa serta generasi masa depan….

    Janganlah kita …atas nama politik dan kepentingan peribadi..menjadikan para Pelatih..Pelajar ..serta Mahasiswa mangsa kerakusan POLITIK kita…

    Berusahalah untuk memberi kualiti pendidikan yg terbaik untuk anak anak selangor….

    Mana2 Ketua Ketua Jabatan yg mempunyai harapan agar BN kembali memerintah Selangor elok lah ditukar sahaja….

    Mereka ini memang DURI DALAM DAGING….

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: