3 tahun, peluh, airmata dan darah – sukarnya jadi marhaen.

Oleh Ibnu Khuzaimah

Setelah tiga tahun pertikaian berlanjutan, setelah berpuluh juta wang ringgit dibayar sebagai tol kepada Grand Saga, kini baharulah perjuangan rakyat marhaen terbela. Sekurang-kurangnya buat sementara.

Berasaskan perkiraan 10 ribu kenderaan melalui laluan ini seperti dilaporkan berita TV 3 iaitu 90 sen, hitunglah sendiri jumlah yang masuk kantong Grand Saga.

Akan tetapi nilai sebenar yang dibayar bukan 90 sen. Laluan yang semakin jauh untuk membuat pusingan U, kesesakan dan tekanan atau stress yang ditanggung oleh pengguna atau penduduk BMC.

Kini setelah Selangor dipimpin oleh kerajaan baru Pakatan Rakyat, suara marhaen dalam isu ini semakin jelas dan nyata. Bersama wakil rakyat dan exco, mereka terlibat di padang menolak batu penghalang yang berpuluh tan beratnya.

Kerajaan negeri melalui Menteri Besarnya perlu menulis surat agar menteri yang menjaga jalan campur tangan menyelesaikan masalah. Tan Sri Khalid Ibrahim juga mendesak agar pihak terlibat menyelesaikan masalah dengan mengambil kira kepentingan rakyat.

Bukan sekadar peluh, airmata malah darah juga turut menitis untuk membela sekelumit hak sebagai rakyat marhaen. Keberanian rakyat sekali lagi menang buat sementara sehingga semua permasalahan terurai antara pemaju Narajaya Sdn Bhd dan Grand Saga.

Penggunaan pasukan FRU gagal menundukan keazaman dan keyakinan penduduk BMC. Malang sekali tindakan kerajaan pusat amat perlahan. Kehendak rakyat dipenuhi setelah peluh, airmata dan darah menitis. Sikap lewa ini antara faktor yang menjadikan rakyat tidak memihak kepada kerajaan BN lewat PRU 12 yang lalu.

Agak jelik menonton berita TV 3 bila menteri jalan mengumumkan pembukaan sementara ini seolah-olah kemenangan besar bagi mereka, bertepuk, bersorak dan menjulang tangan pak menteri jalan, Dato Mohd Zin Mohamad. Terlupakah betapa sukarnya rakyat marhaen berjuang mendapatkan hak mereka.

Dunia mentertawakan cara Malaysia ini. Bayangkan sebuah syarikat besar bertanding membina dan meruntuh benteng batu yang besar sehingga 3 kali. Rakyat marhaen terpaksa menghadapi kehebatan kuasa pihak berkuasa. Terpaksa menghadapi semburan gas pemedih mata dan kini ada pula yang disiasat atas dakwaan cuba membunuh.

Peristiwa di atas adalah refleksi kebejatan pembangunan. Pembangunan yang dilaksanakan tanpa koordinasi dan perancangan dan meletakkan keuntungan sebagai paksi. Pihak-pihak yang terlibat perlu dipersalahkan. Pejabat Tanah, Majlis Perbandaran, syarikat terlibat dan lain-lain yang semberono tindakannya.

Perlu diingatkan, dimasa hadapan,terutama negeri Pakatan Rakyat hendaklah mengambil kira pihak ketiga, iaitu rakyat pembayar cukai atau pengguna penyumbang hasil dalam melaksanakan projek-projek awam terutamanya penswastaaan. ST

Banyak lagi projek awam yang dilaksanakan dengan tidak mengambil kira pihak ketiga. Kebanyakan projek awam ini menjurus kepada pengswastaan. Rakyat marhaen lah yang menanggung derita akibat perlaksanaan yang tidak mengambil kira pengguna.

One Response

  1. KALAU KEPUTUSAN PRU 12…..

    BN MASIH PERINTAH NEGERI SELANGOR….

    BN MASIH MENANG BESAR ..LEBIH 2/3 MAJORITI…

    BN MASIH TAK HILANG NEGERI YG TELAH HILANG…

    SAYA TAK FIKIR…..MD ZIN AKAN JADI MENTERI JKR…DAN SAYA TAK FIKIR SIMPANG BMC AKAN DI BUKAK SEMULA…….

    YANG PALING KELAKAR NYA……
    MENTERI JKR ..BERI AMARAN
    “JANGAN ADA PEHAK PEHAK TERTENTU CUBA MENANGGUK.DI AIR KERUH….”

    IR ZIN…

    “RAKYAT MALAYSIA….TERPAKSA BERTEMPUR DULU MACAM DI BMC …BARU BOLEH DAPAT HAK MEREKA….
    INI LAH SIKAP SEBENAR ..PEMIMPIN BN…….”

    .

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: