“SAYA ORANG PAK LAH” – Siri 3 Pendedahan Yayasan Selangor

“Saya orang Pak Lah! Saya sedang membawa dana Kementerian Kewangan 5 juta untuk Inpens”

Gambar: Takril Tasuki, Pengurus Besar Yayasan Selangor

Oleh Zamlan Arabi, Ibnu Khuzaimah

Pada 24 April 2008 satu surat ’umum’ arahan dari Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri agar Pengurus Besar Yayasan Selangor memberi kerjasama terhadap kemasukan Kolej Inpens yang diketuai Dato’ ’Nana’ Mydin dan ’Nana’ Dr.Aziz ke Kampus IKYS yang menyebabkan suasana agak tegang berlaku.

Bagaimana Inpens yang banyak hutang dengan Yayasan Selangor boleh ’telan’ IKYS? Lebih ’tegang’ lagi apabila budaya pelajar Inpens membawa imej ’International’ ke Kuala Selangor yang sebelumnya aman tenteram dan agak kekampungan kerana biasanya pelajar IKYS adalah lelaki disamping penekanan saksiah keagamaan sepanjang berkursus di IKYS.

Staf IKYS naik pusing kepala kerana keputusan yang dicatatkan pada kertas minit berbeza dari segi perlaksanaanya. Akibatnya ada ’kaduk dah naik junjung’ yang memanipulasi pengurusan ’lembam’ ibu pejabat Yayasan Selangor.

Sejak pemerintahan BN lagi sudah diberitakan IKYS dipindahkan ke Pusat Pertumbuhan Desa di Bagan Terap dengan projek pengubahsuaian lebih kurang RM7.2 juta yang diuruskan oleh kroni bekas MB melalui Yayasan Selangor.

Ini kerana sudah dihebohkan kampus IKYS akan dijadikan Sekolah Bestari Yayasan Selangor kendalian Kementerian Pelajaran. Pusat pertumbuhan desa sebenarnya di ‘design’ bukan untuk tujuan pendidikan tetapi memandangkan ia kawasan mantan MB Khir Toyo, maka kaedah ‘build first justify later’ digunakan.

Apabila tarikh pilihan raya dalam ramalan, justifikasi mesti dibuat untuk mengelakkan ia jadi gajah putih sambil mendapatkan dana pilihanraya serta ‘mileage’ politik. Itulah antara sebabnya peti undi Bagan Terap dalam DUN Sungai Panjang dalam PRU12 tidak mendapat kesan tsunami malah memihak ’gila’ kepada bekas MB.

Inpens sebenarnya tidak ’float’. Sebelum ini sudah beberapa kali berpindah randah. Dari Kelana Jaya, Maxi Segar dan Pualu Indah. Semasa di Pulau Indah ini, sekumpulan lebih 20 orang staf Inpens diselamatkan dan diserapkan antaranya ke Unisel kerana Inpens dikatakan tidak mampu kewangannya. Perkara ini boleh disahkan oleh ramai orang. Hairannya, apabila staf lama dikeluarkan Inpens mengambil pula staf baru yang sama jumlahnya.

Inpens yang ‘sesak’ nafas kerana pelbagai masalah di Kampus Pulau Indah mendapat durian runtuh apabila diarahkan berpindah ke Kuala Selangor. Presidennya Dato’ Mydin dan CEO nya ‘Dr’ Aziz yang kedua-duanya ’Nana Tanjung’ bermain mata dengan orang-orang besar di SUK, bergegas ke Kuala Selangor bukan sahaja membawa imej koperat malah politik dengan pengakuan “Saya orang Pak Lah! Saya sedang membawa dana Kementerian Kewangan 5 juta untuk Inpens”di hadapan staf IKYS. Kecut perut staf marhain IKYS!

Berkemungkinan besar beberapa ’top gun’ GLC malah di SUK Selangor semasa zaman DS Dr Khir bukan dipilih atas kehendak MB tapi diarahkan dari Putrajaya dan team-team tertentu dalam UMNO! Itu sebabnya bekas MB sentiasa panas punggung dengan kebocoran pelbagai maklumat yang dianggap sulit.

Buktinya lepas PRU12, tone warna kem-kem dalam UMNO menjadi semakin jelas dan rakyat boleh membuat telahan sendiri.

Bersambung..

5 Responses

  1. Saya tak terkejut satu hari nanti IKYS ini akan pindah lagi buat kali ke lima pula.

    Bagi Jenderal Jenderal Politik…yang hidup..makan dan minum mereka …atas dasar POLITIK maka …apa sahaja TINDAKAN MEREKA….sebenarnya mempunyai 2 maksud utama

    1. WANG
    2. KUASA

    DAN INILAH YG BERLAKU APABILA ..NANA2 TANJONG…INI AMAT BERMINTA UNTUK MEMBANGUNKAN INSTITUSI PELAJARAN DI NEGERI SELANGOR…

    Saya tumpang kesian kepada staf-staf IKYS yang sudah menetap, membeli rumah dan berkeluarga di Kuala Selangor kini perlu berulang alik 100 KM setiap hari. Mereka tidak langsung diberilkan peluang membela diri, malah ikut sahaja kata dan kehendak CEO Yayasan yang kaki BN dan jaga bontot.

    Yang saya lihat dalam hal ini, keputusan tidak mengambil kira pendapat kedua. Halimah Ali main telan sahaja apa yang dilaporkan. Rayuan staf-staf ini tidak diambil hirau. Malah seorang pegawai khas Halimah Ali bercakap kasar dan sombong kepada mereka ketika mereka merayu pertimbangan sewajarnya.

    Adil, bersih , amanah, berkebajikan
    ??? Pooorahhhh. You are loosing votes to accomodate one or two non performing CEO.

  2. Salam. Sila rujuk struktur pentadbiran kerajaan negeri Selangor di post saya bertarikh 10hb Mei 2008
    “CARTA ORGANISASI KERAJAAN NEGERI SELANGOR”. Keputusan tidak boleh dibuat hanya dengan mengangkat telefon. Mesti ada justifikasi dan kertas kerja. Ini bukan soal atau melibatkan peribadi. Ini masalah rakyat. Perlu ada “deliberation” and “due consideration”. The right to hire and fire is not my prerogative. I’m just a public servant and we practise “syura”. We don’t make policies and issue instruction by “just writing memo”. Who is going to answer to the rakyat if something goes wrong later. Millions of Rm of rakyat’s money is involved. We don’t make decision just at a snap of the fingers. Thank you.

  3. Dr Halimah perlu berhati-hati, jangan terpesona dengan geletekan nana mydin. Bukan 20 orang staff inpens dipindahkan ke unisel. Ramai sebenarnya. Nasib kami ex-inpens now unisel ni langsung tak terbela. Berpindah tanpa pampasan, lepas kami dipindah, yang kekal di inpens dapat kenaikan gaji…. pelik bin ajaib, mulanya kata tak cukup duit, so kami kena pindah. Lepas tu boleh pulak dia naik gaji. Inilah kelebihan Nana Mydin siputar alam.

    Pengurusan INPENS, YS, dan UNISEL lebih kurang serupa je. Ini semua acuan BN. Dr.Halimah kena kerja keras, selidik sedalam-dalamnya. Jangan mudah percaya dengan pengurusan…. tanya orang bawah.

  4. Sdr editor, satu jawapan buku teks dari YB baru kita. Setakat mana ‘deliberation’ yang telah dibuat; apa pula ‘due consideration’ yang diambil kira? Sejauh mana kertaskerja YB telah dimajukan? Majlis syura perlukan analisa maklumat dan isu2 yang telah dicerakinkan; juga pilihan cadangan2 penyelesaian. Seperti juga simtom penyakit perlukan diagnosis segera dan cadangan pilihan2 rawatan. Bagaimana pun mendiagnos pesakit tidak sama ke atas institusi. Doktor sosio-politik berbeza dgn doktor perubatan.

  5. YB Dr. Halimah…

    DALAM POLITIK . Apabila kita memperkatakan tentang tugas dan tanggung jawab , kebijaksanaan serta keberanian membuat keputusan untuk RAKYAT ..maka ia tidak akan dapat memusakan hati semua pihak…

    Saya amat sedih …apabila YB. Dr. menjawab bantahan serta aduan kami dengan meminta kami merujuk dulu ” CARTA ORGANISASI NEGERI SELANGOR”…

    JUST TO HIGHLIGHT TO YOU THAT THE CHART WAS PREPARED TO EASE THE ADMINISTRATIVE FUNCTIONS….

    Adhering to the procedures is not an issue

    PREPARING THE NECESSARY PAPER IS ADMINISTRATIVE REQUIRMENT

    THE REAL ISSUE HERE IS…

    ARE WE BRAVE ENOUGH TO TAKE THE FIRST STEP….??

    OVER TO YOU YB . DR.

    PLEASE TAKE CARE OF THE RAKYAT…..

    NOT …THE RAKYAT HAVE TO TAKE OF YOU………

    PLEASE DO NOT ACT LIKE BN POLITICIANS…..

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: