Minuman Keras Di sebalik Forum Perdana Kuala Selangor

Di sebalik kejayaan Forum Perdana Ehwal Islam di Kuala Selangor pada 16 Mei 2008 yang lalu, muncul kisah kurang enak dan mual untuk didengar.

Foram yang menampilkan Dr. harun Din, Kharussani Zakaria Mufti Perak, Ust. Ismail Kamus dan Dr Hasan Ali sebagai moderator, menerima kehadiran lebih 11 ribu pendengar.

Namun, Forum Perdana anjuran Jabatan Agama Islam itu tidak kurang mendapat halangan berunsur sabotaj oleh musuh-musuh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.,

Pada peringkat awal masalah tempat menjadi halangan apabila YDP Majlis Daerah Kuala Selangor tidak begitu gembira cadangan menggunakan Stadium Utama Kuala Selangor dengan alasan padang rumput akan rosak.

Bagaimanapun penganjuran tetap diteruskan di padang stadium kerana jangkaan kehadiran melebihi 10 ribu orang menjadi kenyataan.

Malangnya, stadium tertutup yang hendak digunakan untuk solat hajat tidak kesampaian kerana tin dan botol minuman keras masih menghiasi di dalamnya

Solat hajat diteruskan di atas trek padang stadium utama dan foram berjalan lancar dengan kehadiran lebih 11 ribu orang. Turut hadir memberi amanat ialah Tan Sri Abd Khalid Ibrahim, MB Selangor.

Sikap YDP Majlis Daerah Kuala Selangor dipertikaikan.

Pertama, tidak memberikan respons positif seperti cuba menghalang penggunaan stadium utama untuk program tersebut.

Kedua, YDP ini, gagal memahami tugasnya sebagai penjawat kerajaan, bahawa kehadiran forum pada malam tersebut ialah pembayar cukai yang berhak kepada kemudahan awam.

Ketiga, tempat awam setelah disewakan kepada pihak lain untuk apa-apa program, tidak diselia seperti sediakala sebelum ia digunakan.

Kepimpinan YDP Majlis Daerah Kuala Selangor amat lemah lantaran berlaku nepotisma dan kronisma serta salah urus yang keterlaluan. Selangor Today mempunyai bukti-bukti jelas penyalahgunaaan kuasa YDP Majlis Daerah Kuala Selangor.

One Response

  1. Bila dah Bertahun keje dibawah BN…

    YDP Kuala Selangor ingat Gaji dia dibayar oleh Parti BN…atau Masih berangan nanti Khir Toy jadi MB ke…?

    Hello YDP KS…kalau tak boleh berkerja dengan Kerajaaan PR…Lu antar surat kat Muhd Taib…lu keje ngan Kementerian dia….lepas tu lu minta gaji lebih sikit…sebab lu kene buat dua keje….

    Satu Untuk Kerajaan BN..satu lagi lu kene buat keje untuk Parti UMNO…….

    Ni lah gua kata CEO & bujak pandai yang sekolah tinggi tapi akal rendah, yg masih ingat BN memerintah Negeri Selangor…Ada apa-apa yang tak clar?

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: