Nana Maidin yang biadap, CEO YS yang lembam!

Siri Pendedahan IKYS – Yayasan Selangor – Inpens


Oleh Zamlan Arabi, Ibnu Khuzaimah

“Saya orang Pak Lah! Saya sedang membawa dana Kementerian Kewangan 5 juta untuk Inpens”di hadapan staf Institut Kemahiran Yayasan Selangor.

Antara yang mendengar kenyataan ini termasuklah Pengetua Institut Kemahiran Yayasan Selangor, Kasmuni Selamat.
______________________________

Kuala Selangor – Di bawah ini adalah antara respons yang diterima berikutan pendedahan kepincangan Yayasan Selangor berikutan perpindahan Institut Kemahiran Yayasan Selangor untuk memberi ruang kepada Kolej Inpens International, satu cabang pendidikan di bawah PIYS (Pendidikan Industri Yayasan). Persoalan timbul kerana Inpens yang berprestasi tidak membanggakan, malah berpindah randah sehingga melibatkan berpuluh juta ringgit terbazir begitu sahaja.

Respon i) Apalah syarikat bengkrap. Berapa kali pindah randah. Kat Pulau Indah dah berapa banyak habis. Lepas nih pindah mana? Pi balik lah.

Respons ii) Mamak ini biadap! Begitulah pandangan ramai orang Kuala Selangor terhadap Datuk Maidin Pengerusi Inpens.

Respons iii) Mana boleh, macam ni. Dulu kat Shah Alam, gagal. Pindah ke Menara Maxisegar, gagal. Pindah lagi Pulau Indah, Gagal. Ni apa cerita ni?? Kali ni pindah Kuala Selangor, halau orang keluar dari sini. Jangan, buat aniaya, doa orang teraniaya, makbul!

Respons iv) Jika gaji besar boleh lah, yang jadi tukang kebun, peon, kerani, berapa tinggal? Minyak naik, beras naik, berapa sen yang tinggal kalau hari hari ulang alik 100km?
____________________________

Umum membidas kelemahan Yayasan Selangor, sekaligus kelemahan CEOnya Hj Takril Tasuki. Tindakan pihak kerajaan negeri melalui exco pendidikannya Dr Halimah Ali juga dikritik kerana tidak meneliti dan menerima pandangan lain tetapi agak angkuh dan tanpa sedar sekumpulan rakyat teraniaya.

Rintihan dan rayuan pekerja IKYS sebaliknya dipersalahkan kerana membiarkan kompleks yang besar kosong dengan hanya satu bidang kursus sedangkan kesalahan ini wajib diletakkan pada bahu Pengurus Besar Yayasan Selangor, Takril Tasuki yang menentang kerajaan baru pimpinan Tan Sri Khalid.

Di pihak IKYS sendiri mereka telah membuktikan dengan banyak cadangan untuk meningkatkan pusat latihan itu dengan beberapa bidang kursus tetapi dipandang sepi oleh pengurusan tertinggi Yayasan Selangor. Setakat ini IKYS hanya menawarkan kursus kemahiran pendawaian elektrik dan hawa dingin. Ramai lepasan IKYS sudah berjaya dalam bidang elektrik samada menjadi usahawan kontraktor elektrik, juruteknik, chargeman dan tidak ada rekod menunjukkan mereka tidak mendapat pekerjaan yang baik.

Sungguh malang bagi keseluruhan warga Institut Kemahiran Yayasan Selangor yang gembira dengan kerajaan baru dihalau keluar dari tempat bekerja mereka. Sebaliknya, ejen anti kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, terus seronok dengan agenda palsu mereka. Arahan menurun kain rentang oleh Takril adalah berikutan signal dari UMNO.

Ini jelas terbukti apabila Takril adalah orang yang menjadi dalang yang mengarahkan supaya kain rentang yang menyokong kepemimpinan Tan Sri Khalid yang dinaikkan oleh warga IKYS di runtuhkan.

Dalam satu SMS dari Pengetua IKYS, Kasmuni Selamat berbunyi: ”Takril arahkan turunkan kain rentang MB”
_________________________________

Pengurusan Lembam Yayasan Selangor.

Cuba semak prestasi pencapaian ’anak-anak Yayasan Selangor’ yang di tempatkan di asrama pusat kebelakangan ini. Jawapannya, menurun!

Program Yayasan Selangor antara lain memberi ruang kepada anak-anak Selangor yang gagal mendapat tempat di sekolah berasrama penuh (SBP). Yayasan Selangor menjadi pilihan terbaik. Tetapi dengan prestasi pengurusan pendidikan yang caca marba dan penuh dengan rempah ratus politik dan agenda pelik pengurusan tertinggi YS, pencapaian peperiksaan pelajar terjejas.

Sebenarnya staf IKYS malah Yayasan Selangor terutamanya ’lapis tiga ke bawah’ sudah bosan dengan polisi ’yo yo’ dan ’self-centred’ pengurusan tertinggi Yayasan Selangor.
Mereka mengharapkan perubahan kepimpinan dalaman Yayasan. Bonos yang mereka dapat ialah kerajaan baru yang adil, bersih, amanah dan berkebajikan.

Bayaran pertama bonos ini ialah dihalau keluar ke Bagan Terap, untuk mengisi pusat desa yang di ubahsuai melibatkan jutaan ringgit untuk dijadikan pusat latihan IKYS.

Di sebalik itu timbul cerita-cerita panas perebutan tender pembinaan atau baikpulih serta perpindahan dikalangan tertinggi Yayasan Selangor. Sejumlah RM 7.2 juta diberitakan diperuntukan oleh kerajaan lama Selangor pimpinan Khir Toyo.

Rancangan asal perpindahan ini adalah pada zaman Mantan MB Khir dengan ura-ura menjadikan IKYS sebagai kolej/sekolah bistari sebagai gula-gula dalam kempen pilihanraya kecil Ijuk 2007 yang mana Tan Sri Khalid Ibrahim tewas pada pusingan pertama.
_________________________________________

Kebanyakan staf IKYS sudah settledown di Kuala Selangor, sangsi apabila dikhabarkan perpindahan dibatalkan kerana kemunginan Inpens menyerapkan mereka. Lagi pun diberitakan berdasarkan beberapa catatan minit mesyuarat seolah-olah bersituasikan ’win-win’ diambil kira iaitu ’merger’ berasaskan merit samada semuanya diletakkan di bawah Inpens atau Yayasan Selangor manakala ’kampus’ Bagan Terap dijadikan cawangan IKYS.

Namun apa yang berlaku sebaliknya kerana pada 16 Mei yang lalu menerusi perbincangan dengan staf IKYS dengan Takril Tasuki, Pengurus Besar Yayasan Selangor mengambil langkah untuk berpindah ke Bagan Terap en-bloc.

Mereka kecewa, ‘frust’ kerana keagresifan orang-orang Inpens yang seolah-olah mendapat akses langsung dari Tan Sri Menteri Besar.

Dato’ Mydin, Presiden Inpens, apabila mendapat akses ke IKYS seperti ’tak hingin’ dengan staf dan program elektrik IKYS! Terkedu dan tersentak dengan penangan Datuk Nana Maidin yang terang-terang mendabik dada, ”saya orang Pak Lah”

Tuan Hj Takril atas nasihat atasan, pada 19 Mei mengambil keputusan membawa diri ke Bagan Terap walaupun mungkin secara ’sengaja atau tidak sengaja’ akan menyebabkan terlalu menyusahkan banyak pihak secara tidak langsung memberikan gambaran kurang elok kepada kredibeliti kerajaan negeri.

Mungkin kerajaan negeri melalui SUK yang telah dirasionalkan agar bersetuju untuk memberi lebih banyak pilihan institusi sambil membuka mata penduduk Bagan Terap agar menyokong Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun tindakan ini tidak memberi ’opsyen’ yang sesuai kepada para penggeraknya dan dirancang dengan teliti dengan mengambil kira soal-soal kebajikan sebagai keutamaan.

Namun mungkin juga ada teka-teki dan permainan silap mata kerana perpindahan IKYS dijadikan satu mekanisma mencipca wang melalui ubahsuai bangunan oleh Inpens di IKYS manakala Yayasan Selangor pula di Pusat Pertumbuhan Desa Bagan Terap”.

Satu komentar pembaca dalam isu ini berbunyi :
Perpindahan dari Kelana Jaya ke Maxy Segar di Ampang, kemudian ke Sek7 Shah Alam dan ke Pulau Indah (RM17juta utk menyediakan tempat di projek tak laku Brisdale anak syarikat KDEB di P.Indah) dan kini ke Kuala Selangor pula?

Bermillion lagikah duit rakyat dibelanja utk ke kantong orang2 tertentu? Rolling stones do gather moses or Yayasan Selangor has been the vehicle of prosperity of several unscrupulous script writers? Pasti komentar ini datang dari orang yang tahu sangat masalah Yayasan selangor dan Inpens.

Apakah benar wujud ‘the dream of three parties’ iaitu orang di SUK, YS dan Inpens yang mungkin tidak disedari atau dilepas pandang atau terlepas pandang oleh penguasa negeri? Kalau tidak ada apa-apa yang tersirat anggaplah satu bonus.

Yayasan Enggan Bayar Gratituti

Staf IKYS seperti dipaksa pindah dan tidak mahu diserapkan ke Inpens disebabkan Pengurus Besar Yayasan Selangor diberitakan enggan membayar ‘gratuity’ dan pampasan jika penyerapan berlaku. Pada masa yang sama Presiden Inpens menunjukkan sikap tak hingin kepada staf IKYS.

Hairan, padahal sebelumnya Takril Tasuki selaku CEO Yayasan Selangor, beliaulah yang bermati-matian agar Inpens mengambil alih IKYS supaya beliau kerja senang, hanya jaga budak-budak PMR dan SPM sahaja. Kini? IKYS masih dibawah Yayasan.

Mentang-mentang semua staf Yayasan Selangor tidak dibenarkan berkesatuan atau menyertai mana-mana kesatuan buruh, maka ada pihak yang mengambil kesempatan.

Staf-staf kena akur dengan perpindahan ini dan mesti sanggup berulang walaupun ada kuarters disediakan kerana tanggungjawab kekeluargaan berpusat di Kuala Selangor.

Soal kebajikan jangan fikir sangat sebab selama ini pun pihak pengurusan YS pun bukan peduli.

Tahun ini baharu terhegeh-hegeh membuat satu semakan ’lembab’ perlaksanaan skim SSM tanpa ’backdated’ walaupun Kerajaan Persekutuan melakukankannya sejak 2003 dan sudah membuat tiga kali semakan. Katanya tidak cukup duitDalam masa yang sama berpindah randah, sudah menelan puluhan juta ringgit. Hebat!

Pendedahan Akan Datang
CEO Yayasan Tiada Merit Bidang Pendidikan

3 Responses

  1. Maaf nyer ….

    Bila Institusi Pelajaran…..di jaga oleh Bangsatwan Bangsatwan….maka yg depa tahu KUASA dan WANG…..

    Adalah dicadangkan agar Dato Naina Mydin …buat sahaja satu Institusi Pendidikan Swasta…..

    Minta lah duit dari ..orang kampung lu…YB Menteri Kewangan Nana Momat Yackop

    Pemindahan ..IKYS…kalau ikut MB dulu…siapa nama dia .K.Toyo…semua nyer mengikut prosedur yg telah ditetapkan…

    Prosedur aper…bukan duit dia yg keluar….duit Rakyat Selangor…

    Yang lagi …pelik bin ajaib…IKYS….ADALAH KEPUNYAAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR….

    SEJAK BILA KAT SELANGOR…ADA PERKAMPUNGAN NAINA…ATAU MAMAK KUTTY…??

  2. Sdr Editor, Beberapa persoalan asas perlu ditanya. Adakah IKYS akan lebih efektif dan produktif dgn berpindah ke Bagan Terap? Adakah Inpens akan lebih efektif dan produktif dgn berpindah ke kompleks IKYS di K.Sgor?
    Kalau jawapannya IKYS dan Inpens adalah lebih produktif dan efektif di K.Sgor, adakah dgn kedua2nya di K.Sgor akan membantutkan produktiviti mereka atau malah boleh mewujudkan sinergi antara mereka yang aktivitinya banyak kesamaannya. Bukankah kos operasi, penggajian pengurusan dan overhead dapat dikurangkan? Bukankah mereka yang telah pencen ide, yang lebih banyak memberi alasan dpd membangunkan tindakan, boleh ditamatkan kontrak atau vss?
    Memindah Inpens beberapa kali adalah salah, mengapa diulangi kesilapan tersebut ke atas IKYS? Membuat keputusan memindah IKYS jelas silap dan berbaur kepentingan2 yg tidak memihak kpd IKYS mahupun negeri. Menyedarinya, adalah satu kesilapan yg lebih besar untuk melaksanakan satu keputusan yang salah!

    Di manakah kepentingan para pelajar dalam kemelut ini? Adakah para peneraju IKYS, Inpens, Yayasan Sgor, SUK, malah pemimpin politik dulu dan kini lebih penting daripada keutamaan para pelajar dan pelatih?! Sedarilah untuk apa institusi2 ini diwujudkan? Mungkin kalau jumlah wang berjuta yg telah dibazirkan diberi kepada bilangan alumni yang tak seberapa jumlahnya, mereka telah berjaya menjadi peniaga jutawan.

  3. LAGI PENGURUS AYSK KLANG Yg LEMBAM

    SDR EDITOR,

    Saya setuju dengan prestasi pelajar yang SEMAKIN MERUDUM di Yayasan Selangor.Ini kerana terdapat pengurus asrama yang lebih mementingkan “duit poket luar” dr menjaga kebajikan dan prestasi pelajar.Bahkan beliau ( pengurus AYSK ) secara terangan menjalankan perniagaan kosmetik dan spa serta melibatkan diri secara langsung sebagai “broker” tender dan sebutharga di YS sendiri. Banyak komentar dr ibubapa menyatakan pengurus asrama ini jarang kelihatan di asrama kerana sering berkeliaran” di SUK Selangor mencari projek dan tender!!!.Oleh itu di mana rasional beliau sebagai seorang pengurus asrama YS-AYSK? Maka sebagai imbuhan prestasi pelajar yang TERBURUK dalam sejarah YS pada PMR DAN SPM 2007!!!

    Malahan dalam PRU12 beliau sebagai AHLI WANITA UMNO berdiri dgn lantang berdiri di atas pentas menghentam” pembangkang. Namun setelah PKR memerintah beliau menyorok diam seperti tikus!

    Penyalahgunaan kuasa juga telah lama berlaku, iaitu dengan memberi keistimewaan kepada anak beliau sendiri tinggal di asrama sedangkan beliau tidak tinggal di asrama ( mengikut prosedur pengurus telah disediakan rumah ). Jadi di manakah fungsi YS bagi menyediakan kemudahan pelajaran bagi mereka yang tidak berkemampuan!

    Namun begitu CEO YS bertindak bijak “menutup” kelemahan kakitangan YS di asrama AYSK sehinggakan kes seperti seorang ustaz membelasah pelajar DITUTUP ( 2007 ).Pada dasarnya pihak pentadbir YS khususnya CEOnya sendiri sewajarnya lebih memberi perhatian terhadap fungsi YS sebagai suatu badan yang berteraskan pendidikan bukannya perniagaan!

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: