REBET TUNAI – Gula-gula pahit Dolah Badawi.

NAJIB PENIPU BESAR!


Dengan muka selamberland, Dolah Badawi yang memang tiada kelulusan ekonomi, dan Shahrir ‘Kunci’ Samad yang memang ekonomis mengumumkan kenaikan harga BBM (Bahan Bakar Minyak) yang tertinggi dalam sejarah Malaya @ Malaysia.

Kenaikan kali ini menggila, lebih gila dari gila babi, lebih gila dari gilanya Khir Toyo dan kuncunya yang menyapu tahi babi di muka sendiri bila berdemonstrasi menentang projek babi yang dia sendiri sudah setuju.

HANYA SATU PILIHAN. Naikkan harga minyak! Oppp, berikan rebet tunai. Entah apa niat rebet ini melainkan politik?? Mengapa ia tidak dibahas dahulu di Parlimen?

Petikan berita:

Kabinet hari ini meluluskan satu pakej penstrukturan semula subsidi bahan api yang turut merangkumi mekanisme untuk melindungi golongan berpendapatan rendah dan sederhana, kata perdana menteri.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata kabinet memutuskan untuk mengambil langkah-langkah berikut, sebagai pakej permulaan program penstrukturan subsidi:

*Bayaran tunai secara langsung kepada pengguna motosikal dan kereta kecil apabila harga minyak
meningkat. Wang itu akan dibayar melalui kiriman wang.

*Tiada peningkatan harga gas memasak dan gas untuk kegunaan teksi.

* Subsidi gas untuk sektor industri penjanaan tenaga akan dikurangkan perlahan-lahan.

*Tenaga Nasional Bhd dibenarkan menaikkan tarif elektrik, kecuali di Sabah dan Sarawak.

*Cukai tambahan ke atas pengeluar tenaga independen dan pengilang minyak sawit.

Langkah-langkah yang diperkenalkan ini dijangka meningkatkan inflasi dan mengurangkan pendapatan negara kasar.

Cuba lihat contoh perkiraan ini:

Harga minyak yang naik ini bukan sekadar 10 atau 30sen, tetapi mencapai ke jumlah RM0.70 pada harga petrol. Manakala minyak diesel melonjak harga kepada 150% dari hari asal. Kegawatan ekonomi yang dahsyat dijangka akan berlaku. Kenaikan BBM ini akan menjalar dan ia adalah adalah punca kepada seluruh aspek kehidupan. Apa pun alasan kerajaan, ia bakal mempengaruhi harga barangan lain.

Kalau harga minyak naik, sudah pasti akan menaikkan harga barangan barangan dan perkhidmatan yang lain.

Ini contoh perkiraan oleh seorang blogger/pembaca radenjowo:

Dalam sehari, berapakah sumbangan kepada rakyat….RM625/365 hari, bersamaan RM1.712 sen.

Andaian sebanyak 62.5 liter untuk seminggu.
Kalau dengan harga baru, akan membelanjakan sebanyak
[62.5 liter x RM2.70]RM168.75/seminggu.
Perbezaannya adalah 168.75 – 120.00, bersamaan dengan RM48.75.
Jika RM48.75/7 hari…..jumlah tambahan yang dibelanjakan adalah RM6.96/sehari.

Itu adalah perbezaan berbanding harga lama dan baru.

Berbanding dengan jumlah 1.712 sen pemotongan harga cukai jalan tadi, masih rugi sebanyak [RM6.96 – RM1.712] RM5.248 sehari.

Ini bermakna, jumlah pemberian rebet yang diberikan oleh kerajaan , tidak setara berbanding, perbelanjaan minyak yang bakal dikeluarkan.

Bagi yang baru membaharui cukai jalan sebelum pengumuman, hak rebet terlepas!

Itu bagi yang menggunakan kenderaan 2500 cc kebawah.

Bagaimana jika anda menggunakan kenderaan melebihi 2500cc? Anda terkecuali dari mendapat sebarang rebet.

Tiada pujian untuk kerajaan BN kerana rebet-rebet yang disebutkan hanyalah gurauan haprak Dolah Badawi.

One Response

  1. Bila Dato Sharir Samad,,,berkata minyak akan naik dalam bulan August… maka ramai rakyat marhein sudah mula membuat perkiraaan dan persediaan…

    TAPI memang atas dasar suka membuat suprise serta agak nya ada suara suara yg membangkang bagi pehak kawan kawan di Singapore….

    Maka…dengan MUKA SLUMBERLAND… pm KITA PUN membuat pengumum Pengstrukturan Subsidi Minyak…

    Bila di lihat dari rebate dan subsidi….maka jelas KERAJAAN BN…akan membebankan Rakyat dalam masa terdekat…..Bila BBM ( bahan bakar minyak) naik maka semua barang akan naik….BN = Barang Naik..he.. he.. he

    Dan subsidi harian. tu langsung tak cukop nak cover 10% pun dari jumlah kos tambahan yang akan ditanggung rakyat……

    Langkah langkah untuk meningkatkan ekonomi serta penjimatan kos kos pembangunan hendaklah diambil..

    Tolong hentikan Projek Projek Mega yg membebankan Kewanagn Negara,,,kerana Kerajaan perlu mengadakan Infrastrukture…Pelabur hanya melabur untuk Harta Harta yg mereka miliki sahaja…

    Yg pelik…kenapa pulak tarif Tenaga kat Sabah Sarawak tak naik…?

    Semua tindakan bermotifkan POLITIK….. serampang banyak mata. Tapi orang Sabah, Sarawak, dan Malaya tak sebodoh itu..

    Memang BANGSARTWAN LAH….

    ..

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: