Siri Pendedahan IKYS-YS – Takril Perlu Berhenti!

Kolej Inpens – Pakar Pindah Randah

INPENS International College is a private higher learning institution fully backed by the Selangor State Government. The college was established on 19th September 1993.”

Oleh Ibnu Khuzaimah, Zamlan Arabi

“INPENS stands for Industri Pendidikan Negeri Selangor (Selangor Education Industry). Its first campus was in the Emile Woolf building at Jalan Pudu, Kuala Lumpur. INPENS then shifted its operation to Ainomichi building in Kelana Jaya. In May 1998, INPENS was again relocated to Maxi Segar building in Pandan Perdana before moving to Section 7, Shah Alam in March 1999. Currently, INPENS International College is located in Pulau Indah, Port Klang.

Current campus has an infrastructure that is second to none and is equipped with the teaching-learning facilities. At present, INPENS is able to plan its various programmes and training on par with the need to supply skilled workers who are both dynamic and patriotic.”

Sejarah asal Inpens sebenarnya ditubuhkan pada tahun 1985 bertapak di Kampus Kelana Jaya berketuakan Allahyarham Dr. Katni Kamsono Kibat, di bawah kawalan SAP Holdings dan kemudian di ganti oleh Dr Kamal Bashah di bawah kawalan Yayasan Selangor. Ia kemudian dipimpin Allahyarham Tuan Hj Ani Sujak.

Melalui laporan dalam laman webnya, Kolej Inpens sudah 5 kali berpindah randah. Pada satu ketika hanya 4 bulan di Maxi Segar Pandan Perdana sebelum berpindah ke Shah Alam.

Mengapa Kolej yang kerjanya berguling-guling ini masih dibiarkan berguling sehingga ke Kuala Selangor?
Mengapa setelah berjuta-juta dibelanjakan dengan kelengkapan yang berkelas tinggi dan international mahu berpindah ke kampung?

Jawapannya pasti ada. Brisdale Holdings sudah dijual kepada pehak lain dengan harga kacang putih. Mengapa IKYS Kuala Selangor yang perlu jadi mangsa atas permainan korporat di GLC Selangor?? Mengapa Inpens tidak kembali ke tempat lamanya di Shah Alam? Imej International lebih sesuai di Shah Alam atau lain-lain bandar besar.

Kursus otomotif, kecantikan dan solekan, Komputer, Pembuat Pakaian Wanita, Juruteknik Penyejukbekuan dan Penyaman Udara dan pendawaian elektrik ditawarkan oleh Kolej Inpens. Hah, bagaimana sebuah kolej yang sebegini berpindah randah macam berpindah rumah??

Bayangkan penempatan semula peralatan dan kos pindah. Sedikit? Do rolling stones gather mosses (say money)?

Exco Pendidikan dan Modal Insan Kerajaan Adil, beramanah, Bersih dan Berkebajikan Negeri Selangor, Dr Halimah Ali nampaknya terpesona dengan geletek Nana Maidin, Takril Tasuki dan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Agak menarik, Inpens juga menawarkan Sijil Elektrik MLVK. Taraf sijil ini lebih rendah berbanding sijil keluaran IKYS yang menawarkan Sijil kompetency yang diiktiraf oleh Suruhanjaya Tenaga, JBE dan Persatuan Penjaga Jentera Malaysia.

Lepasan IKYS mendapat kelayakan PW1, PW2, PW3, PW4, dan sehingga chargeman jika melanjutkan kursus. Dari satu sudut tenaga pengajar IKYS lebih berpengalaman mendalam dalam bidang kompetensi elektrik.

Disinilah lojiknya Inpens “merge” dengan IKYS tetapi rencana asal merger ini tidak berlaku sebaliknya, IKYS terhalau oleh Kolej yang sentiasa berpindah randah ini. Entah pernah untung entah tidak sejak ia ditubuhkan? Menurut sumber dalaman, Inpens masih berhutang lapuk dengan Yayasan Selangor! Merger adalah lebih praktikal kerana ia mengambalikan semula Inpens kepangkuan Yayasan Selangor.

Hairan, GM Yayasan Selangor, Takril Tasuki begitu mudah mengalah malah tidak langsung mempertahankan IKYS! Seperti ada sesuatu yang tersirat. Surat arahan yang longgar dari SUK menjadi lesen untuk Inpens segera memasuki IKYS. Teori “the dream of three parties” kini sudah berasas!. SUK, Takril, dan Inpens!

Takril – Pengurus Besar Yayasan Selangor yang Non Educationist

Takril Tasuki menyertai Yayasan Selangor sebagai Timbalan Pengurus Besar II pada tahun 1998 merupakan bekas ADO Tanah di Hulu Selangor semasa pemerintahan Tan Sri Muhammad bin Muhd Taib. Macam-macam cerita orang Hulu Selangor juga mengenai isu tanah di Kerling ketika beliau menjadi ADO.

Berikutan kes yang disebutkan diatas, Takril dikatakan disejukkan sebagai TPSU di Kementerian Sumber Manusia sebelum di bawa masuk oleh Tuan Hj Idrus Bahari ke Yayasan Selangor walaupun kurang disenangi oleh Dato’ Abu Hassan. Daapat difahami, Takril orang Mohd Taib.

Apabila DS Khir Toyo menjawat MB, Takril melobi jawatan Pengurus Besar melalui orang-orang kuat MB di Yayasan Selangor yang juga AJK UMNO Bahagian Sg. Besar. Dato’ Zulkarnaian Pengurus Besar tidak disambung kontrak manakala Tuan Hj Idrus Bahari, Timbalan Pengurus Besar I masuk umur bersara.

Dari segi merit dan moralnya Tuan Hj Idrus boleh dilantik menjadi GM sejak zaman Dato’ Abu Hassan malah ketika DS Khir sebagai MB kerana beliau adalah gurunya semasa menuntut di SMK Dato’ Harun dahulu namun memilih Tuan Hj Takril atau mungkin sudah menjadi rezeki dan faktor ’kejawaan’.

Sebagai gula-gula, Tuan Hj Idrus ditawarkan menjadi pengurus anak Syarikat YS iaitu YS Parking yang berorientasikan perniagaan ”parking”.

Perlantikan Tuan Hj Takril mencipta sejarah kerana satu-satunya bekas PTD yang ’non-educationist’ menjadi GM di Yayasan Selangor dan menjadi pelengkap kepada kerajaan ’jawa’ Negeri Selangor berwatak ”Kere Munggah Bale” yang menjadi penyumbang besar kejatuhan kerajaan BN kepada PR pada PRU12 .

Tuan Haji Idrus keluar ’sehelai sepinggang’ dari Yayasan Selangor dengan menumpang teduh di rumah anaknya angkara orang bawaannya dan bekas anak muridnya apabila YSP dibubarkan.

Mudah difahami ketidakupayaan Tuan Haji Takril memacu Yayasan Selangor yang ’berharta’ setaraf atau lebih hebat dengan dengan yayasan negeri lain boleh dikaitkan juga dengan ’kawalan’ pentadbiran dan politik oleh mantan MB.

Namun ia bukan alasan sekiranya beliau lebih meletakkan keutamaan kekuatan ’amanah’ melalui keazaman wawasan pendidikan yang meyakinkan seiring dengan kekuatan personaliti berbanding dengan kepentingan diri.

Melalui semakan rambang kakitangan Yayasan Selangor apabila berhadapan dengan masalah beliau lebih gemar membuat rombakan pentadbiran yang kadangkala tidak masuk akal.

Secara moral dan politik, perpindahan ke Bagan Terap adalah semata-mata keazaman para stafnya mempertahankan IKYS daripada dikuburkan dengan kesanggupan untuk berulang alik dari Kuala Selangor dan menunjukkan kegagalan besar Tuan Haji Takril sebagai anak kelahiran Kuala Selangor! MB bagaimana?

Tuan Pengurus Besar Yayasan Selangor bukan sahaja ’non educationist’ malah ’tidak ada wawasan’!

Pada tahun 2005 lawatan dari Workers Insitute Technology untuk membuka kemahiran kemahiran ’welding’ di IKYS tapi dilayan ’sejuk’ oleh Takril. Sedangkan WIT adalah badan bersifat antarabangsa dalam pentauliahan bidang kimpalan.

Begitu juga pada tahun yang sama apabila JKM menawarkan kursus jurusan pemasangan dan penyenggaraan ’air-cond’ di IKYS, beliau juga bersikap ’dingin’ tetapi tiba-tiba ’panas’ pada awal tahun ini apabila Inpens yang mempunyai kursus yang sama datang bertandang ke Kuala Selangor.

Walaupun Inpens pada awalnya tidak ’direstui’ oleh JKM kerana tidak membuat makluman perpindahan pusat latihan tetapi di atas kepintaran dan pengaruh Dato’ Mydin di SUK sambil membuat surat ’back dated’ kepada JKM memaklumkan perpindahan tersebut, maka akhirnya perintah dikeluarkan agar kursus tersebut dikendalikan Inpens.

Meloponglah Takril Tasuki kerana lakonannya hendak mempertahankan IKYS gagal! IKYS mungkin tidak diganggu-gugat oleh sesiapa jika sudah ada tiga kursus di kampus yang boleh menampung 1000 pelajar itu hanya dipenuhi oleh 200 orang pelajar jurusan elektrik.

Dengan ini terjawab sudah tuduhan yang dilemparkan bahawa IKYS tidak berusaha meningkatkan dan memperkembangkan kursus di pusat itu.

Pengurus Besar Yayasan Selangor perlu bertanggung jawab diatas kegagalannya. Pengurus Besarnya, Takril Tasuki perlu meletakkan jawatan.

Kepada Dr Halimah, ingatlah kesusahan yang di hadapi oleh pemangkin-pemangkin IKYS. Layanan biadab pegawai khas anda ketika mereka berkunjung ke pejabat anda amat dikesali. Ada yang hampir mahu membaling dan mematah-matahkan kad keahlian PAS mereka ketika itu.

Sehingga kini, belum nampak apa-apa blueprint dari exco pendidikan dan modal insan akan perancangan pendidikan di Selangor ini. Setakat yang diulang-ulang ialah hub pendidikan, perasmian, lawatan namun belum ada satu tindakan yang boleh dibanggakan untuk memperkasa industri pendidikan negeri ini.

Apakah ini kerana YB Dr Halimah juga bukan dari latar belakang pendidikan, ‘non-educationist’? Mengapa laman web-blog Dr Halimah yang one way traffic, dan tiada disertai alamat e-mail?

Kebimbangan disini adalah, jika pendidikan dan latihan di Selangor terus diuruskan secara caca marba, kemungkinan besar misi belia yang dibawa oleh MB Tan Sri Khalid akan menemui jalan buntu. ST.

5 Responses

  1. Sdr Editor, VIVA! SYABAS! Yang tidak berubah dalam kemelut pindah-randah ‘expose’ anda adalah ego dan keangkuhan para pembuat dasar dan keputusan, untuk kembali kepada tujuan utama penubuhan institusi2 milik rakyat ini. Sesungguhnya kalau para peneraju keputusan di kerajaan BA kini, juga mewarisi keegoan dan keangkuhan, tidak meletakkan dgn Adil sesuatu ditempatnya, akan malanglah rakyat yang meletakkan harapan tinggi kpd Pimpinan YAB MB.

  2. Kesungguhan Ibnu Khuzaimah …terus memperjuangkan isu YKS ada lah berpaksikan “Pentingnya Latihan Kemahiran”…untuk anak anak Selangor.

    Para Pentadbir dan Ahli Politik serta Ahli Koprat yg Keparat..tolong lah …jangan jadikan Para Petugas serta anak2 Selangor yg menuntut di situ MANGSA kedengkilan pemikiran kolot yg hanya tahu KUASA dan WANG sebagai KIBLAT hidup.

    Rayuan disampaikan agar EXCO Pelajaran Selangor, agar mempunyai POLITICAL WILL yang kuat…kene tolak NANA yg sombong dan bongkak serta berpura ingin berjasa…pada hal niat sebenar INGIN MEMBEDAL..WANG PERUNTUKAN YG AKAN JATUH DARI LANGIT BN….

    KITA MEMANG BOLEH BERKERJASA DGN KERAJAAN PUSAT…TETAPI…KITA HENDAKLAH MELETAK PARA PENTADBIR YG JUJUR AMANAH SERTA SETIA KEPADA KOMITMEN KERAJAAN PR YG INGIN MEMBAWA PERUBAHAN KEPADA NEGERI SELANGOR…

    JANGAN HIRAUKAN …NGO “BANTRAS’ MASA MANTA MB apa nam Dr. K.toyo….berkuasa…mana dia ahli ahli ..”BANTRAS”….kenapa taj di tubuhkan…macamlah BN,tu tunai semua janji manifest….

    Lagi Satu …pasaL kenaik harga petrol..

    Mana budak pengangur yg bernama SHAID….naper tak buat REPORT POLIS kat kerajaan Pak Lah….

    Ish,.. Geram

  3. Salam. Sila rujuk respons 2 respons saya dalam AR Risalah dipost oleh penulis yang sama.

  4. Kere Munggah Bale

    Kakak saya pernah memberi nasehat padaku semasa kecil.

    Sabda beliau saat itu “jika kamu jadi orang terpandang, berkedudukan atau kaya sekali, kamu harus waspada pada dirimu sendiri.”

    “Kenapa memangnya kek, wong diri sendiri kok perlu diwaspadai,”begitu tanyaku tak mengerti.

    “Orang yang tiba-tiba punya punya kuasa sehingga menjadi orang terpandang, berkedudukan atawa kaya sekali, kalau ndak bisa menguasai diri, biasanya akan menjadi adigang,adigung dan adiguna. Itu ibarat Kere Munggah Bale,” Kakek memberi penjelasan.

    Dalam fokas pre pru 12, tidak memikirkan hak dan aspirasi rakyat adalah hak mereka.

    Sikap kurang ajar pimpinan yang diletakkan oleh rakyat ditempat nya ditarik semula lantaran mreka itu adalah kere munggah bale. Dipilih untuk ditempatkan di satu tempat yang betul, tetapi mereka itu ebenarnya orang yang salah diletakkan ditempat yang salah. St

  5. YB Dr. Halimah,

    In the world of POLITIC….when ever there is an Election…the result is that…
    “THE WINNWER WINS ALL…THE LOSER LOSE ALL..”

    The enemies must be push down all the way politically …

    Mercy shall only be shown and given to those who is willing to change…volunteeraly

    I the case of IKYS – YS…

    I have to agree with Ibnu Khuzaimah…

    Indeed we need to change The Present Guy…..

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: