Betulkah Razali Agus sedang sibuk menjilat ludah sendiri?

By ZainulFakar

Umno di Universiti kadang-kadang semacam soldadu UMNO/BN di luar sana. Sibuk mencari talian hayat untuk terus rakus berkuasa atas pentas masing-masing.

Namun, kehidupan politikus UMNO/BN di Universiti yang di bawah autonomi kuasa negeri Pakatan Rakyat (PR) kelihatan tidak tentu arah.

Pakai baju sejuk di tengah-tengah matahari memacak atas kepala. Pakai kepiah dan mungkin serban ketika mandi.

Deman, makan cili api. Lapar, gigit tayar. Pendek kata, kehidupan mereka ini tidak semacam ahli akademia Universiti. Macam pesakit jiwa, ada lah!!!

Inilah perasaan yang sedang menghantui Bekas Timb. Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (TNC HEPA) saya, Dato’ Prof. Dr. Mohd Razali Agus.

Sekarang Si Kangkung Razali Agus ini nazak di kerusi Naib Canselor Universiti Industri Selangor (UNiSEL).

Dahulu, jika ada mana-mana mahasiswa lantang menentang kepemimpinan zalim Si Kangkung ini di UM, mereka ini akan dilabelkan pembangkang.

Mereka ini diusir keluar kolej kediaman walaupun mereka ini aktif dalam aktiviti di peringkat kolej. Mahasiswa yang islamic juga dihalau keluar dari kolej kediaman kerana dendam beliau kepada PAS dan Pembangkang di luar sana.

Ibu bapa mereka diugut dan ditakut-takutkan secara psywar; sampai ada mahasiswa trauma dan paranoid.

Saya , Zainulfaqar Hj. Yaacob merupakan salah seorang bekas mahasiswa UM yang pernah berdepan dengan sikap bodoh Profesor Kangkung ini.

Macam-macam perasaan telah saya rasai dahulu. Namun, Alhamdulillah, saya yakin dengan janji Allah.

Saya yakin bahawa doa orang yang dizalimi akan dimakbulkan oleh Allah. Saya berdoa agar segala inzar (amaran daripada Allah) ini dapat diambil pengajaran bersama kelak; insya Allah…

Saya patut mengambil pengajaran. Aktivis-aktivis mahasiswa di luar sana pun mengambil teladan.

Dan mereka yang pernah menzalimi aktivis mahasiswa (yang belum dihina oleh Allah lagi di dunia yang fana’ ini) patut mengambil pengajaran dan bertaubat!.

Tengok! Apa sudah jadi dengan Razali Agus????!!!!!

Pasca peralihan kuasa Kerajaan Negeri Selangor pada Pakatan Rakyat menyaksikan kegelisahan Razali Agus semakin ketara.

Hari ini, Si Kangkung tersebut mula sibuk mengikut punggung Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam acara rasmi kerajaan.

Lebih dari itu, Si Kangkung ini sibuk mencium tangan MB Besar yang pernah difitnahnya dalam Pilihanraya Kecil Ijok yang lepas.

Terbaru, Prof. (Kangkung) Dr. Mohd Razali Agus ini (bekas TNC saya) telah berjanji untuk melaporkan secara langsung kegiatan mahasiswa di UNISEL demi membuktikan ketaatannya kepada MB Selangor.

Kita boleh lihat dalam beberapa tabloid alternatif di ibu negara keluaran lepas.

Meludah ke langit, kena muka sendiri. Menjilat ludah sendiri rupanya Si Kangkung itu!!!!

Bukan taat!!! Tetapi bimbang kedudukannya sebagai NC di IPT tersebut bagai telur di hujung tanduk.

Malam ini, saya akan membawa isu ini sebagai isu sampingan dalam mesyuarat SMM di ibu negara.

Menurut satu sumber, Si Kangkung Razali Agus ini juga dalam senarai pendek untuk digulingkan kerana beliau bukan mengajar mahasiswa berfikir, tetapi membongsaikan fikrah mahasiswa menurut acuan sempit UMNO.

Mari kita lihat, betulkah Si Kangkung Razali Agus ini sedang sibuk menjilat ludah sendiri?

Agak-agaknya, berapa banyak ludahnya telah dijilat sehingga saat ini??? Hanya Razali Agus dan Tuhan-nya sahaja yang tahu jawapan sahih bagi kedua-dua persoalan di atas ini…

Komen Editor :
Persoalannya disini apakah dasar Kerajaan Baharu Selangor? Kelihatannya Razali Agus akan terus jadi TNC, Rosmah Mansur terus jadi Cancellor. Dalam UMNO sendiri, Sanusi Junid dipecat sebagai Presiden UIA dengan segera bila keluar dari UMNO. Tetapi, Selangor kerajaannya berubah, tak seorangpun dipecat mahupun ditukarkan. Tunggulah sampai seratus hari nanti mungkin ada perubahan. ST

4 Responses

  1. SdrZainulfakar, dewasalah.. anda bagai mahasiswa yg penuh emosi dan amarah. Sebagai lepasan Univ Malaya anda memalukan alumni UM yg ramai di kepimpinan koporat dan negara. Razali pun kini mungkin sedar dia telah semakin tua dan spt anda dan rakan2 anda doakan mahukan dia bertobat dan mendekati Tuhan. Mungkin dulu dia mengikut perintah kerajaan pusat.. apa bezanya kini mengikuti pula arahan kerajaan negeri..apatah lagi kalau ianya dilihat sebagai penebus dosa2 lama. Lebih2 lagi Unisel di bawah potfolio EXCO dari pimpinan partiPAS yg lebih islam dari BN. Tidak bolehkah sdr Zainulfakar bersangka baik mendoakan yg terbaik untuk dia dan universitinya?

  2. Sebenarnya ramai pelajar-pelajar UNISEL yang masih menuntut sekarang dan sebelumnya bersyukur sekiranya si Razali dan sekutu bbinya ini disepak tendang. Kerajaan Negeri Selangor yang ada diminta mengingati pepatah melayu supaya jadi SEPERTI MELEPASKAN ANJING TERSEPIT

  3. Terima kasih atas komentar dan nasihat.

    Untuk makluman viva080308, saya telah tanya seorang teman aktivis di Unisel ketika saya membentangkan suatu kertas kerja akademia di Selangor minggu lepas.

    Beliau memaklumkan bahawa ada skandal terbaru di UNISEL. Teman-teman saya di sana sedang mengumpulkan bahan-bahan signifikan dan akan fail timbulkan secara berperundangan.

    Selebihnya, Sdr boleh buat rumusan sendiri tentang diri bekas TNC saya.

    Untuk makluman teman-teman, Biro Pengaduan Awam (BPA) Jabatan Perdana Menteri telah follow up kes ini 2 hari lepas.

    Sdr. Karim (mangsa yang disogok duit oleh Razali Agus dan Dr. Adham Baba di KK7 UM tiga tahun lepas) sendiri telah hubungi saya lewat malam semalam untuk memaklumkan perkembanan siasatan BPA ini.

    Menurut wakil BPA, Tn Hj. A****e, kes ini sengaja ditangguhkan oleh pihak-pihak tertentu melalui sogokan duit 3 tahun lalu. Pegawai tersebut telah diheret ke Tribunal sendiri.

    Terima kasih BPA. Terimakasih JPM. Terima kasih Selangor Today.

    http://zainulfaqar.wordpress.com

  4. Ramai lagi org mcm NC Unisel kt dlm tu … semua ni org2 UMNO yang nak jaga kepenyingan masing2 …. masih berebut kuasa .. tak sedar diri dah tak berkerajaan, tapi masih bersikap tamak kuasa … Yang lain ni perlu didedahkan juga agar kerajaan PR tak tertipu

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: