Breaking News – NC Unisel DIPECAT

Khalid mula bersihkan Selangor.

Setelah menamatkan khidmat Pengarah Muzium Selangor, kini Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menghunus pedang pemutus sekali lagi.

Kali ini pancungannya keras dan tuntas sekali.

Dalam mesyuarat Lembaga Universiti yang diadakan lewat petang Khamis Naib Canselor Unisel, Prof. Dato’ Dr. Razali Agus diberitakan diberikan notis berhenti 24 jam.

Serentak itu, Timbalan Naib Canselor, Pro. Dr. Rustam Abbas juga ditamatkan tempuh pinjaman dan dikembalikan semula ke UiTM.

Prof. Razali Agus mula berkhidmat dengan Unisel sejak Bulan Ogos 2007. Tokoh ini terkenal dengan penglibatannya dengan UMNO dan merupakan sangat kontroversi ketika menjadi TNC Universiti Malaya.

Mengikut sumber Unisel, Razali sebenarnya tidak diserapkan ke jawatan hakiki dan dalam tempuh ke dua percubaan.

Bagaimanapun sumber lain mengatakan bahawa Razali telah didapati menulis sepucuk surat kepada Kementerian Pengajian Tinggi, Dato’ Khaled Nordin mengatakan bahawa dia tidak selesa dengan Kerajaan Pakatan Rakyat. Malangnya surat tersebut telah singgah di meja Exco Pendidikan dan modal Insan Selangor.

Beliau adalah pengerusi PEMANTAU yang berperanan besar menjatuhkan Khalid semasa Pilihanraya Kecil Ijuk 2007. Khalid menebus kekalahannya pada PRU 12 yang lalu, sekaligus dilantik menjadi Menteri Besar Kerajaan Campuran Pakatan Rakyat Selangor.

Sementara itu Dr Rustam dikembalikan ke Uitm atas alasan siasatan BPR. Beberapa pihak yang ditemui tertanya-tanya samada BPR sudah mengemukakan pertuduhan atau tidak terhadap Rustam.

Dalam perkembangan yang sama beberapa pegawai di Universiti ini yang dikaitkan dengan UMNO juga diberitakan kepanasan dengan tamatnya dahan pergantungan, Razali Agus. Mengikut laporan sumber dalaman Unisel, Razali mengujudkan kumpulan-kumpulan UMNO di Unisel.

Mereka beritakan ada di semua jabatan seperti Jabatan Pendaftar, Bendahari, Perpustakaan, Korporat, Komunikasi Korporat, HEP, dan Sumber Manusia sebagai cara untuk mengawasi suara-suara PR di Unisel.

Dengan ini, proses pembersihan pengaruh UMNO sudah bermula di Selangor.

2 Responses

  1. Syabas Tan Sri Khalid? MB PR profesyenal?Adakah kerana Razali Agus tidak berpura2 dia dipecat? Khalid perlu mempraktikkan keprofesyenalannya. Razali profesyenal dalam kerjanya, memberi teguran2 tegas dan konkrit utk membangunkan Unisel walaupun tidak disenangi para pentadbir kerajaan negeri. Bukan utk dirinya. tetapi sebagai Anak Watan Selangor, mahu membangun Unisel tersohor seantaro dunia. TNCnya juga adalah anak selangor dan dilihat org mantan MB dahulu.

    Khalid pantas untuk menonjolkan kebersihannya dirinya bila ada intipan BPR terhadap pentadbirannya, seperti siasatan ke atas setiausaha sulit MB baru2 ini. Kalaulah sehari dua ini ada siasatan BPR atau Polis terhadap Tan Sri Khalid sendiri, adakah MB PR ini, akan profrsyenal mahu menggantung jawatannya ataupun meletakkan jawatannya?Khalid jangan terpedaya, mereka yg tercabar di Bangunan SUK, jelas tidak menyatakan kesetiaan kemana2? Kecuali, ikut sahaja untuk jaga kedudukan dan cari makan. Itu profesyenal?

  2. Syabas YAB Dato Menteri Besar, pancung jangan tak pancung

    Bukan senang nak membahagiakan semua rakyat Selangor…

    TERUTAMA sekali para Reformis dan Penyokong….nak membahagiakan Mantart MB dulu lagilah sukar….apa yg dibuat akan pasti akan diberikan komen oleh para penyokong dan para pembangkang…

    Saya melihat semacam TREND REALITY SHOW lah pulakk…
    Ada komen menyokong dan memuji…malah ada yg membangkang serta menghina…

    Yang Pasti Rakyat Malaysia baru 100 lebih telah menjalankan TUGAS MENGUNDI…tapi bukan melalui SMS tapi melalui PETI UNDI…nasib baik tak GUNA DAKWAT DAN CAP JARI..HE3..

    Sebagai Penyokong serta Pengundi Pakatan Rakyat Tempohari…saya tetap mempertahankan MB saya…

    Kesilapan kalau ada wajar di tegur…rasa tak puas hari wajar di luahkan…

    Tapi KEPERCAYAAN pada PEMIMPIN…selagi YAB Dato MB Menjalankan Tugas yg di Amanahkan DENGAN BETUL DAN ADIL, maka Saya dan Sebagaian Besar Rakyat Selangor akan tetap teguh di Belakang Beliau…

    Saya ada juga rasa tak sedap hati bila baca laporan tentang MB dan hubungkait denagn I-group, Kanzen… jangan jadi bom jangka jadiklah.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: