BERITA TERBAHARU : WAN AZIZAH LETAK JAWATAN

Jam 3.45 Petang – Khamis.


Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Wan Azizah Wan Ismail, meletakkan jawatan sebentar tadi sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh untuk memberikan laluan kepada Penasihat PKR Dato’ Seri Anwar Ibrahim bertanding dalam pilihanraya kecil dan bergerak ke Parlimen.

Surat perletakan jawatan telah dihantar kepada Speaker Parlimen tengah hari tadi.

Dengan ini semua andaian Anwar akan bertanding di beberapa Kawasan Parlimen meleset. Sebelum ini, disebut beberapa kerusi yang mungkin ditandingi oleh Anwar, termasuk Kulim Bandar Baharu, Bandar Tun Razak dan Lembah Pantai.

Kerusi Bandar Tun Razak diwakili oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Lembah Pantai (Nurul Izzah) dan Gombak pula diwakili oleh naib presiden PKR, Azmin Ali.

Permatang Pauh dianggap sebagai kerusi yang selamat berdasarkan kepada keputusan pilihanraya umum lalu, Wan Azizah menang besar dengan majroti 13,388.

Beliau mendapatkan 30,338 undi, menewaskan calon Barisan Nasional (BN) dari Umno, Datuk Pirdaus Ismail yang memperolehi 16,950 undi.

Wan Azizah mewakili kerusi Permatang Pauh selama tiga penggal. Dalam pilihanraya 2004, beliau menang tipis dengan majoriti 590 undi, juga menewaskan Pirdaus.

Keputusan Wan Azizah dianggap sebagai satu jalan untuk menyegerakan proses menawan Putrajaya.

Dengan ini dijangka akan diadakan dua Pilihanraya kecil serentak, di Kulim Bandar Bharu dan Permatang Pauh.

Kalangan UMNO yang ditemui melahirkan rasa terkejut dengan perkembangan terbaharu ini.

Barisan Nasional dijangka menghadapi masalah untuk mencari calon yang layak untuk menentang Anwar di Permatang Pauh. beberapa pihak menggambarkan Ezam Mohamad Nor, bekas Ketua AMK Keadilan akan dijadikan ayam sabung oleh BN di Permatang Pauh. (klik untuk cerita Ezam)

Reaksi Anwar – Malaysiakini

Sementara itu, Anwar pula berkata, beliau terharu dan terhutang budi kepada Wan Azizah.

“Selama ini Azizah telah memainkan tanggungjawab sebagai ahli Parlimen dan ketua pembangkang yang cemerlang dan efektif,” katanya sambil menambah keputusan tersebut bukan mudah untuk diambil.

Anwar kata, keputusan itu juga diambil dengan melihat juga kerusi Bandar Tun Razak dan Gombak.

Katanya, pemimpin PAS dan DAP telah menghubunginya dan menyokong penuh beliau bertanding dalam pilihanraya kecil di Permatang Pauh.

Menurut, pemimpin DAP, Lim Kit Siang telah menghantar wakil parti itu menghadiri sidang akhbar tersebut, iaitu ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai

Manakala PAS pula, kata Anwar, tidak dapat menghantar wakil sebab mereka sedang bermesyuarat di pejabat agung parti tersebut.

Ditanya mengapa beliau tidak bertanding di kerusi Kulim-Bandar Baharu, Anwar berkata, petisyen yang dikemukakan di situ akan mengambil masa yang panjang untuk selesai.

Mengenai jawatan ketua pembangkang yang kosong selepas Wan Azizah mengosongkan kerusi Parlimennya, Anwar berkata, ia akan diberitahu minggu depan.

Perlindungan Istimewa Untuk Saiful Buhari

Peguam Saiful Buhari Azlan gagal menjelaskan kepada media apabila dia di’grill” dengan soalan mengapa Saiful diberi “police protection” yang istimewa?

“Bimbang akan keselamatannya”, kata peguam Zamri Idrus.

Insiden ini berlaku dalam sidang akhbar 3 para oleh Saiful melalui peguamnya.

Ditanya lagi, Zamri berkata Saiful meminta perlindungan itu dari pihak polis.

Tonton Video Rakaman
Anwar di JAIS
Sumber : Malaysiakini tv

SELAMAT JALAN KHIR TOYO

Oleh Abang Mahmor

Sejak kebelakang ini, mantan Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Mohd Khir Toyo nampaknya sedang menjalani hukuman terhadap sikap angkuh dan tamaknya mentadbir Negeri Selangor sebelum ini.

Patutlah sebelum ‘tergolek’, beliau sendiri sudah bersifat ‘buang tabiat’ dengan mengubah wajahnya menjadi jawa terhansem di rantau ini. Ditambah pula dengan jawapannya kepada wartawan yang bertanya perubahannya itu hanya kononnya dengan makan tempe banyak-banyak.

Oleh kerana dia menteri besar ketika itu, ramai yang percaya lalu tempe terus naik harga dengan mendadak. Ia secara tidak langsung menjejas produk seri muka pula jadinya. Itu salah satu kenyataannya yang memberi kesan buruk dan dianggap buang tabiat. Terus Membaca..

Mat Said, mu jangan dengor cakap Bedoloh..

Pengalaman menaiki S320 seorang Menteri Pencen.

“Esuk ikut aku balik kawasan”, ajak Menteri pencen. Waktu itu jam 2.00 pagi. Keesukannya awal pagi kami sudah bergerak ke kawasan dari Kuala Lumpur. Saya duduk di kerusi hadapan, bersama pemandu manakala menteri pencen duduk di belakang, biasalah.

Kami berbual dari topik ke topic. Ketika giliran saya bercakap, meneteri pencen menyahut, ya,ya. Saya terus berbual, dia mendengar. Agak 5 minit saya bercakap, menteri pencen tidak lagi bersuara, ya,yaa. Dia sudah tertidur.

Saya minta pemandu berhenti di hentian Rehat dan Rawat.

“Wah, bercakap sorang saya tadi”, kata saya pada menteri pencen lewat secawan kopi segar.

“Kau tau, itulah, masa aku nak tidor. Malam tadi kita habis pukul 2.30, sampai rumah pukul 3.00. Dengar bebel Mak Datin lagi. Pukul 7 dah kena bangun’.

Saya berfikir sejenak. Semasa membuka boot kereta S320 itu ada segala macam keperluan peribadi siap tersusun termasuk sekotak kecil air mineral. Dalam hati kecil saya, berkata, “patutlah kereta selesa, supaya senang ‘cover’ tidur yang terlepas sepanjang perjalanan”.

“Bahawa para wakil rakyat atau pemimpin, punya masa tidur yang amat kurang. Penggunaan kenderaan yang amat selesa amat membantu supaya kelihatan segar sentiasa, taklah tidor masa perhimpunan”.

Ahmad Said, tak payah loh mu ikut arahon Bedoloh Bedowi, mu guno jer keto tuh. Tak kang dia nok buang mung dari MB. Ahh, baru setimba minyok weiii!

Mind schooling race – Can PR states lead the way?

“We can embark upon a longitudinal comparative study – which states will progress better with a different set of idea of what education ought to be. The Yellow states of Pakatan Rakyat and the Blue states of Barisan Nasional can each be given five years to showcase improvement. We need to give them only these concepts to work on: “nature of the human beings”, “nature of the human mind”, “nature of learning and teaching”, “nature of change”, “nature of intellectual freedom”, “nurture of human intelligence”, “nurture of multiculturalism”, and “nurture of class consciousness”.

…..Perhaps the state of Selangor as the most progressive state can show us the way forward in education; and the fruits of success shared with others. It can even be a hub for top notch and quality education that will link its institutions with top notch programs, institutes, and colleges worldwide.

…..Perhaps this state can be spearhead the radical reform and see an intellectually sustainable culture emerging. Perhaps Selangor’s state university UNISEL (Universiti Industri Selangor) can be the impetus for change; spearheading comprehensive reforms at all levels.
Read through..

Ceramah Dato’ Hasan Ali & Dato’ Tuan Ibrahim

Dubur Saifool tidak koyak! Doktor Sembunyi

Tiada kecedaraan, koyak atau apa-apa tanda yang menunjukkan berlaku sodomi terhadap Saiful dan dubur-duburnya. Laporan perubatan bebas yang dilakukan terdahap Saiful membuktikan kebenaran. Mengikut sumber tertentu Doktor ini juga sedang menghilangkan diri dikhuatiri dipaksa untuk mengubah laporannya.

“Dr Mohamed Osman examined Saiful but found no evidence that he had been sodomised, either by Anwar Ibrahim or anyone else for that matter. The doctor’s report (which can be viewed below) says that there is zero (0) skin tearing, zero (0) active bleeding, zero (0) traces of pus, etc., which basically means he can’t be suffering from a pain in the anus as what he alleges.”

The doctor’s report says it very clearly. Saiful was never sodomised, either by Anwar or anyone else. Why is the government still pursuing the case against Anwar? And why are they looking for the doctor who has now gone underground with his whole family?

By Raja Petra Kamarudin

On 21 July 2008, I published an article in this same column called HOW, YET AGAIN, THEY ARE TRYING TO FABRICATE EVIDENCE AGAINST ANWAR. (Read the article here ).

In that article I mentioned as follows: You see, they asked a certain doctor from a certain hospital to conduct an examination on Saiful. The doctor did so and he came out with a report that said there is no evidence Anwar had ever penetrated or sodomised the young man. The police then picked up the doctor and detained him for three days. As much as they tried to force him to change his report to implicate Anwar he refused to do so.
Continue reading here