DAP Manipulasi Ahli Majlis – MDKS

DAP Manipulasi Ahli Majlis Daerah Kuala Selangor. 7 wakil dalam Majlis Daerah. Kebanyakan orang luar


Sudah jelas dan terbukti DAP mengambil peluang dan memanipulasi dalam pemilihan Ahli Majlis Daerah khususnya Kuala Selangor. Tindak tanduk DAP ini secara sengaja memperkecilkan kredibilii parti sejawat PKR dan PAS dalam Pakatan Rakyat.

DAP mengambil peluang untuk memberi hadiah kepada sekutu dan kroninya dengan mengorbankan hak pembayar cukai tempatan. Prinsip asas berkerajaan tempatan diketepikan dengan mudah. Malah, unsur kronisma mula terserlah.

DAP sudah mula bermain api. Manakala MB Selangor tidak kisah dan membiarkan api itu marak menyala.

Dalam pilihanraya umum yang lalu, Parlimen Kuala Selangor menawarkan 3 kerusi DUN. Satu memihak kepada Barisan Nasional di Jeram, manakala Bukit Melawati dan Ijok memihak kepada PKR dan PAS mengungguli Parlimen Kuala Selangor.

Apabila Selangor jatuh ke tangan PR, di Kuala Selangor, seperti ribut bekas ahli-ahli MCA menubuhkan cawangan DAP terutamanya Pasir Penambang dan Jeram. Pengamat politik daerah ini tahu benar siapa sebenarnya yang benar-benar DAP dan siapa sebenarnya sesumpah. Dengan anggaran awal DAP akan mendapat 3 atau 4 kerusi Ahli Majlis di anggap memadai dan bersesuaian dengan kehadirannya yang kecil.

Kejutan demi kejutan berlaku. Kini DAP mendapat 7 kerusi. PKR 6 kerusi dan PAS 6 kerusi, selebihnya diisi dari NGO dan profesional. Terdapat sedikit pertukaran saat akhir dimana Azmi Ahmad ditukar menggantikan Dr Idris manakala Hj Kudus digantikan dengan En Zainal dari Permatang.

Hanya 2 wakil DAP anak tempatan ia itu Low Tan dan Tan Hon Li, manakala Kwi Ai Mei juga dikenal pasti mewakili DAP tetapi diletakkan atas tiket NGO. Ketika pertemuan menerima watikah, Kwi Ai Mei tersasul menyatakan ia wakil DAP.

Kalangan DAP tempatan sendiri sukar mempercayai Kwi Ai Mei boleh terpilih.

Selain mengisi kouta nya dengan memberi laluan kepada Khairul Anwar Ahmad Nor, Ang Boon Teck, Ahmad Bongsu Hamid Tuah, Selvandran Ponglidian semuanya adalah dari luar. Ang Boon Teck diberitakan seorang sepupu YB Sekinchan Ng Sue Lim (kronisma).

Ini bermakna DAP mendapat 7 kerusi kesemua melalui manipulasi NGO. Ahmad Bongsu pernah bertanding dalam Pilihanraya atas tiket DAP, Khairil Anwar adalah anak kepada bekas pengerusi DAP Ahmad Nor. Jelas sekali DAP mahu membalas jasa pemimpin lama mereka dengan mengorbankan hak pembayar cukai Kuala Selangor.

Adalah amat mengelirukan mengapa DAP mengambil tindakan ini dan tidak menghormati pembayar cukai Kuala Selangor.

Tindakan ini akan mencalarkan perasaan PKR dan PAS. Tindakan ini adalah permulaan kepada kehancuran Pakatan Rakyat. Sudah nampak kegelisahan beberapa pihak. Ada juga pendapat yang mahukan PAS tarik ‘hand brake’ untuk menghentikan gelagat lucu DAP dan Khalid Ibrahim.

2 Responses

  1. Macam-macam cerita panas …
    Macam-macam kekecohan … bosan dah dengar
    tapi nak menyibuk juge

    Inilah rupanya kejutan selepas 100 hari … cerita yang sangat membosankan dan mengecewakan.

    Macamana ni Tan S…? baru perkara-perkara kecil dah bersikap tak telus (mengikut penulis) menjadi huru hara. Macamana nak tadbir kerajaan Selangor dengan lebih baik dan teratur dari UM-NO dahulu. ” CAKAP BIAR DARI KEPALA DULU, BARU KELUAR KAT MULUT ” cakap tak sama mau bikin.
    Sekarang ni semua orang dah tahu … yang marah dan memusuhi PKR (MB) ialah orang PKR sendiri.
    Orang-orang PAS pulak, bantu-bantu la sikit … kan kongsi mentadbir … jangan “play safe” aje.
    Sekarang ni… orang UM-NO ketawa tak kering gusi dan mengutuk habis.

    Pasal pemilihan AHli MAjlis pun, macam tender / sebutharga secara selektif yang selalu diadakan di Kuala Selangor. Nampak nya sama macam budaya BN jugak.

    ambil contoh aje…
    Ada satu cerita kanak-kanak … kisah sebuah pelayaran yang penuh dengan harapan, untuk mencari tanah untuk dijajah yang akhir ceritanya sangatlah menyedihkan. Kisah menceritakan seorang nakhoda kapal yang degil dan sombong, bermusuh pula dengan anak-anak kapalnya. Permusuhan yang berterusan menyebabkan kapal terumbang ambing dilautan tanpa arah tuju. Jerung-jerung (um-no) menanti masa menungggu kapal karam. He he he makanan kita …

    … Nak melayari bahtera dengan lancar, Nokhoda kena la pandai bodek anak kapalnya. Itu pun tak reti ke ?

    Tengok dalam mangkuk putih, PKR(melayu) vs. UM-NO(pun melayu) berdo’a la kita jangan sampai malapetaka itu berlaku dan serius.

  2. Nak tambah sikit lagi komen ..

    Betul-betul Tan S… ni tak patut.
    Tak adil la jadinya … ” LEMBU MENANG BERTANDING LAGA SEPARUH MATI DAN PATAH TANDUK, sapi(DAP) dapat nama dan anugerah tali pinggang hitam “

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: