KEMBALIKAN PILIHANRAYA MAJLIS TEMPATAN

10 July 2008
Kenyataan Akhbar Badan Bertindak Rakyat Prihatin Kuala Selangor.

Tindakan Kerajaan Negeri melalui EXCO Kerajaan Tempatannya melantik Ahli-ahli Majlis Daerah dari Luar Kawasan menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat tempatan khususnya pembayar cukai dalam Majlis Daerah Kuala Selangor.

Perlantikan yang di buat oleh Kerajaan Selangor nyata bercanggah dengan prinsip-prinsip berkerajaan yang biasa diamalkan oleh sesebuah Pihak Berkuasa Tempatan.

Dengan nama Kerjaan tempatan itu sendiri jelas menunjukkan bahawa perlantikan orang luar sebagai Ahli Majlis amat bercanggah dengan kebiasaan bahawa sesebuah kerajaan tempatan dianggotai oleh ahli-ahli masyarakat tempatan itu sendiri untuk mengurus daerah tersebut.

Mengikut senarai yang dikeluarkan oleh Kerajaan Selangor, hampir 35 peratus ahli yang dilantik adalah dari luar kawasan. Pemilihan yang sebegini menutup peluang anak tempatan yang berkelayakan untuk berkhidmat kepada masyarakatnya.

Pada masa yang sama, tokoh-tokoh tempatan yang bertungkus lumus membantu pihak kerajaan ini untuk berkuasa melalui pilihanraya umum yang lalu seperti tidak dihargai dan dipandang sepi.

Melalui senarai yang dikeluarkan, jelas sekali pihak kerajaan tidak menunaikan gembar gembur untuk memilih kalangan yang berkelayakan atau berpendidikan sekurang-kurangnya SPM atau Diploma. Dalam kategori NGO dan professional pihak kerajaan negeri mengambil jalan menghina anak Kuala Selangor, seolah-olah tidak ada yang berkelayakan professional manakala dalam pemilihan NGO wakil yang dipilih tidak mempunyai kedudukan dalam NGO yang jelas. Terdapat seorang calon yang mempunyai kepentingan perniagaan keluarga di Majlis Daerah Kuala Selangor.

Perlantikan ini juga menunjukkan berlaku manipulasi dalam pemilihan dimana senarai calon NGO diisi oleh ahli parti-parti tertentu yang dibawa dari luar. Setelah dihalusi terdapat pula ahli-ahli ini mempunyai hubungkait persaudaraan dengan seorang ahli Yang Berhormat. Unsur kronisma tetap ada.

Sebagai satu catatan, Majlis Daerah Kuala Selangor telah tidak diurus dengan baik sejak sekian lama. Pelbagai aspek penambah baik perlu diberi perhatian.

Bagaimana mereka yang tidak dikenali ini malah tinggal berpuluh batu/kilometer dari daerah ini dapat berkhidmat dengan berkesan?

Badan Bertindak Rakyat Prihatin (BBRP) mendesak supaya calon-calon luar ini menarik diri dan menghormati hasrat penduduk tempatan. Fenomena ini juga berlaku dibeberapa PBT lain di Selangor.

Akhirnya, BBRP Kuala Selangor mendesak supaya Pilihanraya Kerajaan Tempatan di hidupkan semula!

4 Responses

  1. Ini takkk adill … Tan S….
    Tak adil dan degillll … Kalau orang luar boleh jadi ahli di sini, boleh kah orang Kuala ni, jadi ahli di Kelang, Ampang, dan lain-lain.
    Parti Ke ADIL an di Selangor sudah menjadi tidak ADIL kepada ahli penyokong kuatnya sendiri dan rakyat di Kuala Selangor.

    Tak habis lagi isu perlantikan Ahli Majlis.

    Terkenang masa BN dulu, Ahli Majlis yang dilantik kesemuanya dipilih mengikut Ketua-KetuiaBahagian dan sekutu-sekuti, Ketua Parti Komponen dan Ketua Ceruk-Peruk dalam Daerah Kuala Selangor. Pada hal asal kerja hakiki mereka tu sebagai tukang kebun sekolah ada… Tauke kedai tayar ada… Kutu Rambu ada… Kontraktor pun ada.

    Yang pasti semuanya orang parti. Pemimpin nya pada masa tu pandai main peranan. Tak payah pun pilih NGOk/PRO, berkelulusan tinggi dan sebagainya. Tak faham macamana orang seperti Dr. Badrul Amin yang bukan calang taat sedia pada perjuangannya pun tak dipilih di Sabak Bernam?

    Isu perlantikan Ahli Majlis di Kuala Selangor ni sebenarnya perkara kecil aje… tapi menjadi semakin besar, berpunca dari sikap seseorang yang mempunyai sikap degil dan kurang faham. BELIAU ni.. sendiri cakap sendiri tak ingat dan tak serupa bikin.

    Buatlah apa yang disuka… kuasa dah di tangan. Yang pasti di fikirkan… isu-isu hangat ini, akan jadi ceracak-ceracak duri bakal mencucuk.

    Malu lah weiiii… perkara kecil pun tak boleh handle ha..ha..hahhh (terdengar orang-orang BN dah mula gelak besar)

  2. Ahli Majlis Tempatan….kira2 macam Menterilah kat Bandar Bandar Kecilll.
    Jadi seperti biasa ..akan ELAUN BULANAN DAN ELAUN DATANG MESYUARAT DAN LAIN LAIN ELAUN…
    Tak kiralah dimana mana pun…tak kita apa pekan ..bandar.. bandaraya.. negeri.. dan negara pun…Bila jadi AHLI YG BERHORMAT AKAN ADA ELAUN….Ini lah sebenaranya yg dikejar oleh kebanyakan ORANG…TERMASUK PEMIMPIN PARTI PARTI PEMBANGKANG ATAU PUN PENYOKONG ATAU YG PALING BANGSART YG DUDUK ATAS PAGAR…DUA DUA DIA SOKONG DUA DIA BANGKANG TAPI ELAUN DIA NAK JUGAKKK….

    SO..SEKARANG NI SEMUA NAK NAMA DAN NAK KUASA…NAK BUAT KEJE DAN BERKHIDMAT TU BELUM TENTU LAGIII…

    SEMUA LUPA YG BILA ADA JAWATAN …KENE ADA TANGGUNG JAWAB..DAN BILA ADA TANGGUNG JAWAB ..KENE PIKUL LAH TANGGUNG JAWABB TUR…ITU ADALAH AMANAH…

    KALAU DALAM ISLAM TAK JALANKAN AMANAH BERERTI BERDOSA….
    KALAU BAGI YG BUKAN ISLAM..TAK JALANKAN TANGGUNG JAWAB..MAKNENYER DAH TIPU ORANG ORANG YG DIA WAKILI…

    SEMALAM GUA TENGOK MANTARRTT MB DR. K….DAPAT LAGI KUAR TV3SUKU…BUAT STATEMENT YG MENGATAKAN ADA BEKAS BANDUAN PUN BOLEH JADI AHLI MAJLIS…PERNAH LARI DARI TAHANAN PLAK…BIAR BETUL MANTARRRT MB NIE…TAK KAN PIHAK POLIS TAKK TANGKAP AHLI MAJLIS TUR….

    MANTARRT MB NI….SEJAK SEJAK TAK JADI MB…PERIHATIN BETUL DIA KAT MASAALAH RAKYAT SELANGOR…..SEMUA DIA NAK PERJUANGKAN…!!!

    PESAN GUA KAT MANTARRRT MB NIE….

    KALAU ADA HASIL2 YG MASYUUKKK CARA IKUT PROCEDUE TAPI HARAM….ELOK LAH YOU PULANG BALIK KAT RAKYATTT SELANGOR….KALU LU RASE SEMUA KEKAYAAN YG LU ADA SEKARANG ADALAH HASIL TITIK PELUH LU…DAN LU KUMPUL HASIL GAJI BULANAN LU MASA JADI MB DULU…..MAKA LU SIMPANLAHHH…BUAT ANAK CUCU LU…

    BY THE WAY TO OUR TB. MB SEKARANG…KALAU ADA KESILAPAN MAKLUMAT YG DIBEKALKAN OLEH EXCO EXCO YB. MB BERKENANN PELANTIKAN AHLI MAJLIS KERAJAAN TEMPATAN…MAKA ELOK LAH DI AMBIL TINDAKAN SEPATUT NYER…

    BAGI ORG BN…SEBENAR NYER MEREKA GELAK BESAR DALAM KESEDIHHHAN…. SEBAB TAK DAPAT BELASAH DUIT RAKYAT UNTUK TEMPOH 4 TAHUNN NIE…..HE3…

  3. ketua Konspirasi kekalutan ini adalah……jeng jeng jeng…

    bagi saspennn….sikit

  4. Hello princenine … marah sangat nampak.. pada Mantarrt MB K Toyo…

    Betul jagak… dulu banyak perkara yang dia buat tak betul. Masa ini la kita bantai dia cukup-cukup yeeee… Tapi muka dia kalis haba tak lut ejekan, mata palsunya pula kalis pandang dan telinganya ada filter, macam telinga…he hemm… kalis pendengaran. Semuanya dah di modify. Dia kan banyak duit… yang dikumpul dari berbagai punca pencarian, halal haram tak kira.

    Ada sapa-sapa yang boleh tolong jawab ? Mantarrrttt MB K.Toyo ni… sapa yang lantik dia jadi Ketua Pembangkang BN ? Rata-rata mengata… dia la punca kekalahan BN Selangor. Barang di ingat, kalau dia la lagi ada di BN Selangor… makan tanah la lu BN. Dengar… penyokong BN bukan benci parti tapi benci dia. Tu lah sebabnya PR12 banyak yang lompat undi… BN kalah. Muhasabah diri la Mantarrtt MB K Toyo… jangan la jadi penyibuk keluar muka kat TV3suku komen pasal Ahli Majlis MDKS nak dapat publisiti murahan. Orang BN sendiri meluat tengok ko… menjebek bibir sampai ke tanah. Oleh itu ko tu layak dengan gelaran Ketua Penyibuk aje. He heh heh…

    Hello keadilanselangor….
    Jagan buat saspennnn la… terkezuttt besar ni…

    Dulu para pejuang PKR bekerja keras REFORMASI untuk menang dan naikkan Tan S… ni, sampaikan duit kocek sendiri habis dan seluar luar dalam setahun tak ganti. Sekarang apa dah jadi… BEROK DI HUTAN DI SUAPKAN, ANAK DI RUMAH MATI KEKEJANGAN, betul-betul tak patut… memang dah terang dan nyata tak telus.
    Dengar jugak berita gempar… jeng.. jeng.. jeng
    Nak bagi suspennnnn jugak sikit

    Cerita gempar selanjutnya, selepas ini.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: