NORIAH – AHLI BARU Kelab Menteri tak berapa pandai

Soalan lisan dipinda lagi
Khamis, 10 Julai 2008

Kejadian meminda soalan lisan yang dikemukakan ahli-ahli Parlimen khususnya dari Pakatan Rakyat yang berlaku pada sesi lalu berulang lagi. Kali ini terhadap pada soalan yang dikemukakan Fuziah Salleh (KeADILan-Kuantan).

Sewaktu sampai giliran soalan tersebut, Fuziah menjelaskan bahawa soalan yang dikemukakan beliau itu telah dipinda tanpa izin. Jelas beliau, soalan yang hendak ditanyanya melibatkan isu Majlis Pembangunan Wanita Negeri tetapi telah dipinda kepada isu Majlis Penasihat Wanita Negara.

Dakwa Fuziah, soalan beliau itu telah ditukar pihak kementerian berkenaan kerana mungkin takut dan enggan menjawab soalan asal yang dikemukakan beliau.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Noriah Kasnon kemudiannya cuba berdalih dengan mengatakan bahawa pihak kementeriannya akan memberikan jawapan berdasarkan soalan yang dikemukakan dan menafikan tindakan meminda soalan itu.

Fuziah walaubagaimanapun tidak dapat menerima jawapan timbalan menteri itu dan mengkritik tindakan itu dan mengatakan alasan itu sebagai yang tidak mubasabah.

Lantaran bantahan Fuziah itu, Noriah memberi jaminan kementeriannya akan memberikan jawapan bertulis kepada Fuziah bagi menjawab soalan yang asalnya itu.

Timbalan Speaker, Ronald Kindee kemudiannya memanggil soalan berikutnya sekaligus menafikan hak Fuziah yang sebelum itu bertegas meminta dibenarkan memberikan soalan tambahan.

Dalam pada itu, Noriah mencelah lantas berkata bahawa soalan itu juga boleh ditanya Fuziah pada sesi parlimen yang berikutnya.

Tindakan Timbalan Speaker dan Timbalan Menteri itu, menyebabkan Fuziah membalas sekaligus mengakibatkan berlakunya aksi bertikam lidah antara beliau dan Noriah.

Dewan ‘panas’ seketika dengan kelantangan suara kedua ahli parlimen wanita yang bertikam lidah itu sebelum diredakan Ronald.

Sementara itu, Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) dan M. Kula Segaran (DAP-Ipoh Barat) turut bangkit mempertikaikan tindakan kerajaan yang sering meminda soalan seseorang ahli parlimen. Mereka menyelar tindakan itu dan mendesak supaya perkara itu tidak segera dihapuskan.

Sebagaimana sesi parlimen lalu, Speaker sekali lagi memberi jaminan bahawa perkara itu tidak akan berulang lagi.

Komen Editor :Mengubah soalan seseorang ahli dewan, apatah lagi bagi Dewan Rakyat, di mana undang-undang negara digubal, ini adalah satu kesalahan yang tidak boleh dimaafkan. Tambahan Noriah sebagai pengamal undang-undang, berkelulusan LLB, patut berpegang kepada piagam perundangan itu sendiri. Perbuatan Noriah ini seperti menukar baju dan seluar dalam sahaja bunyi nya. Mungkin terbawa-bawa perangai kehidupan kita yang suka tukar-tukar ke dalam dewan? Malang sungguh nasib pembayar cukai yang membayar gaji dan elaun mereka ini.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: