AHLI MAJLIS Di MDKS – Kenyataan BBRP

KENYATAAN BADAN BERTINDAK RAKYAT PRIHATIN KUALA SELANGOR

Dengan begitu banyak kontroversi lewat perlantikan Ahli-ahli Majlis Daerah di Seluruh PBT di Selangor, kini sampai masanya untuk memantau, memerhati, sejauh manakah perlantikan ahli Majlis Daerah yang dipilih dari kalangan orang luar boleh memberi kesan yang baik terhadap pembayar cukai di sesebuah Pihak Berkuasa Tempatan.

Bagi Majlis Daerah Kuala Selangor beberapa nama yang perlu di perhatikan. Mereka merupakan kalangan Ahli Majlis yang dipayung terjunkan oleh pihak atasan tanpa memikirkan sensitiviti tempatan. Kira-kira 30 peratus AHli Majlis yang baharu dilantik adalah diimpot dari luar.

Umum perlu memerhatikan mereka ini;
– mampu berada di kawasan bila diperlukan,
– tidak mengamalkan kronisma dan kepentingan peribadi sebagai Ahli Majlis.
– menghadiri program rakyat anjuran parti pemerintah iaitu PR.

Kepada Ahli Majlis terdiri dari wakil tempatan, adalah diharapkan dapat memperbaiki urustadbir MDKS yang jelas sekali berlaku penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan.

Isu pembayaran lewat, monopoli segelintir kontraktor, perbelanjaan tidak berhemah, kesihatan dan kebersihan, lanskaping yang tidak betul adalah antara perkara yang perlu diambil perhatian segera.

Badan Bertindak Rakyat Prihatin tidak akan teragak-agak untuk terus merujuk sebarang penyelewengan kepada pihak Badan Pencegah Rasuah dan kegagalan mereka untuk memberi khidmat yang lebih baik untuk pembayar cukai Daerah Kuala Selangor akan menggugat kredibiliti kepimpinan Tan Sri Abd Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor.

Kepada Tuan Haris Kassim (YDP MDKS) dan seluruh anggota Ahli Majlis, Selamat Berkhidmat.

Badan Bertindak Rakyat Prihatin

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: