DEBAT MINYAK – ANWAR IKON KOMERSIL BARU

Sekurang-kurangnya 10 juta penonton Malaysia dan puluhan malah ratusan juta dalam sedunia akan memilih saluran yang menyiarkan terus menerus debat bertajuk ” HARI INI MEMBENTUK KERAJAAN, ESUK TURUN HARGA MINYAK” antara Anwar Ibrahim dan Shabery Cheek.

Dari jumlah satu jam, hanya 50 minit untuk perdebatan manakala 8 minit adalah untuk komersil. Berapa nilai masa perdana bagi setiap saat komersil prime-time? Ia mencecah ribuan ringgit. Bagi jumlah 8 minit komersil, besar kemungkinan ianya mencapai angka melebihi 2 juta ringgit, tidak termasuk lain-lain kelebihan sampingan melalui penggunaan web-TV dan akses melalui jaringan maya.

Jika jumlah kutipan air-time diambil kira, maka semua pihak yang terbabit, samada Anwar, Shabery, Dewan Bahasa dan Agenda Daily perlu berkongsi hasil setelah ditolak pelbagai kos terlibat. TV 9, TV7, Bernama TV, Astro Awani antara penyiar yang akan memberi liputan terus menerus acara debat agung ini.

Bagi ikon seperti Anwar, sekali bersyarah di luar negara dlam siri discourse dan ucaptama diberitakan mencapai puluhan ribu ringgit. Ini terbukti kerana Anwar merupakan crowd puller dalam siri syarahannya di luar negara.

Dengan isu yang begitu panas melanda Malaysia, dunia sedang tertumpu akan pertistiwa yang sedang berlaku di Malaysia ini. Selamat menonton

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: