THE DEBATE … The winner is….

” Datuk Sri Anwar wins the debate, Shaberry wins MKT UMNO with the highest vote. Tonite, all the the UMNO and BN economists will gather to rebut Anwar in MSMs tomorrow.”

“Datuk Sri Anwar menang perbahasan, Datuk Shabery Cheek, akan menang MKT UMNO dengan undi terbanyak dalam sejarah UMNO Malam ini pakar ekonomis UMNO dan BN akan berbincang untuk membidas Anwar dalam akhbar-akhbar arus perdana”

“Tiba-tiba perjalanan dari Shah Alam ke IJN Jalan Ampang menjadi begitu cepat, mengambil masa hanya 20 minit”, kata seorang sahabat yang menghubungi Selangor Today. Beliau sempat mengikuti debat ini di IJN sambil melawat adiknya yang akan menjalani pembedahan di sana.

Seluruh rakyat menumpu kekaca television. Kafe-kafe berinternet, seperti Starbucks dan kafe WI-FI penuh, dengan masing-masing bertumpu kepada laptop mengikuti debat ini.

Jelas sekali , Shabery bukan lawan Anwar. Begitu juga soalan dari kem Shabery tidak menyengat untuk menduga Anwar. Kail tidak sepanjang mana.

Percobaan Shabery untuk mengheret Anwar kedalam isu politik dan serangan peribadi gagal dan mudah dipintas oleh Anwar.

Kesan awal. Anwar berjaya menyampaikan mesej jelas kepada rakyat apa yang hendak disampaikan.

Lenngok atau bahasa badan Anwar begitu hebat. Sebaik sahaja debat tamat, dia terus bergerak ke arah Shabery dan bersalaman dengan nya. Inilah lagak tokoh rakyat.

Shabery mungkin sedang terpinga-pinga samada meletakkan jawatan sebagai Menteri di RTM.

Kenyataan Shabery menghina rakyat marhaen bahawa tak ada rakyatpun tak cukup makan walaupun harga minyak tinggi. Pahang sebuah negeri perintah BN yang tertinggi kemiskinan tegar, entah berapa ramai yang tak cukup makan. Apa takrif cukup makan bagi Shabery?

Kemungkinan: Shabery digugurkan dan ini memberikan jalan kepadanya untuk menyertai Pakatan Rakyat lantaran Shabery juga tidak asing dalam dunia politik pembangkang malah ketika zaman mudanya biasa menjadi penulis di Harakah.

Bagaimanapun Shabery perlu diberikan pujian berani menjadi anak jantan walaupun masih belum penuh ilmu di dada berbanding pemimpin BN yang lain. Sememangnya layaklah bila Shabery tidak langsung memberi kredit kepada Dolah Badawi dan Najib.

One Response

  1. Sdr Editor, media-media perdana terpaksa memuji-muji Sabery (walaupun tidak layak) juga persembahan Anwar, kerana jutaan rakyat telah terpaku dan terpukau mengikuti debat bersejarah itu. Adalah janggal kalau media perdana menungkah arus reaksi rakyat malam tadi.

    Pun begitu, akan bermulalah ‘count-down’ untuk Sabery di kabinet kerajaan kini…’Quantum Leap’ yg beliau berjaya memperolehi dengan tersiarnya debat tersebut, dengan ikon antarabangsa pula tu, akan menjadi ‘liability’ kepada anak jantan negeri Mat Kilau ini dalam karier politik dalam UMNO. Akan keluarlah ‘jantan-jantan’ Pemuda terutamanya, juga ‘orang-orang tua’ UMNO yang masih perasan gagah nafsunya, mahu mengecilkan peranan Sabery dan reformasi media yang beliau telah mulakan.

    Bagi DSAI, beliau akan terlalu ‘occupied’ dengan hambatan proses perundangan. Pun begitu ‘Rakyat’ yang jelas meniti dijiwa dan diucap berpuluh kali oleh DSAI di debat itu, telah mendapat ‘Message’ DSAI!

    Penjual Cd dalam ceramah Pakatan Rakyat juga pasti mendapat goreng pisang baru yang panas. Seluruh isi rumah negara ini akan memiliki CD yang bersejarah ini.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: