Breaking News : DATUK FAUZI KELUAR UMNO MASUK PKR

Desas desus bahwa Datuk Fauzi Abd Rahman keluar UMNO sudah menjadi kenyataan beberapa jam tadi. Ia diumumkan bersama program Jelajah Anwar di Kuantan dihadapan kira-kira 30 ribu rakyat yang menghadiri ceramah itu.

Bekas S/u Parlimen dan Timbalan Menteri Penerangan, Bekas AHLI MT UMNO, Ahli Parlimen Kuantan dan bekas ADUN Baserah ini terkenal dengan keberaniannya pernah mendedahkan kepincangan UMNO di zaman Tan Sri Khalil Yaakob menjadi Mentri Besar Pahang.

Dalam aduan itu, beliau mendakwa Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Khalil Yaakob, mengagihkan kawasan balak tanpa mengikut kuota yang ditetapkan Dasar Perhutanan Negara ketika menjawat Menteri Besar Pahang antara 1986 hingga 1999.

Serentak dengan aduannya, Fauzi meletakkan jawatan sebagai ADUN Baserah dan MKT UMNO kerana tidak bersetuju dengan amalan rasuah dalam pemilihan UMNO bahagian Kuantan.

Fauzi adalah waris kepada Datuk Abd Rahman Yaakob, Bekas Menteri Pelajaran zaman Tun Razak memimpin Malaysia.

Dengan ini Fauzi dijangka akan diberikan kepercayaan untuk menerajui PKR Negeri Pahang.

Rencana berkaitan – Malaysiakini
Subki Latiff

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: